X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!

2 min bacaan
Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!

Jika ibu bapa suka minum yakult, pasti ada kalanya anak juga ingin mencuba. Tapi selamat ke minuman probiotik ini untuk anak usia 2 tahun ke bawah?

Pertanyaan ini ada melintas di kepala saya beberapa waktu lalu. Itu pun, setelah anak saya yang berusia setahun setengah ingin mencuba yakult yang saya minum.

Tak disangka, anak saya suka dengan rasanya. Dan sejak itu dia mula meminta untuk diberikan yakult setiap hari.

Tapi selamat ke minuman probiotik ini diberikan kepada anak di bawah usia 2 tahun?

Kata doktor mengenai minuman probiotik untuk anak

Dr. Devka Yuldharia dalam alodokter.com mengatakan produk yakult mengandungi probiotik yang memiliki banyak manfaat.

Di antaranya untuk membantu meredakan cirit-birit, meringankan radang/iritasi usus, mencegah alahan dan selesema, meringankan gangguan kulit, membantu menjaga rahim dan saluran kencing, menjaga kesihatan mulut dan mencegah jangkitan pernafasan.

Namun minuman probiotik ini sebaiknya diambil secara hati-hati oleh anak-anak kecil.

Juga pada wanita hamil, orang dengan gangguan sistem imun, dan orang yang telah lanjut usia.

“Apabila anak anda mengalami gangguan pencernaan, sebaiknya anda membawa anak anda ke doktor agar dilakukan pemeriksaan lebih lanjut dan diberikan rawatan yang tepat. Pengambilan probiotik hanya bersifat membantu dan tidak dapat menggantikan fungsi perubatan medikal.”

Selain itu seperti diterangkan dalam Kompas.com, menurut Dr. Atilla Dewanti, Sp.A., ia adalah selamat untuk anak di usia 6 ke 24 bulan untuk mengambil minuman probiotik.

Terutama saat dia sedang diserang cirit-birit. Dos minuman yang tepat adalah setengah hingga satu botol dalam sehari.

Anjuran Atilla ini diperkuatkan oleh sebuah kajian yang menemukan manfaat bakteria baik (probiotik) pada anak-anak, iaitu meringankan gejala cirit-birit dan mencegah cirit-birit akibat penggunaan antibiotik saat anak sakit.

Minuman ini memang boleh diambil sekali sekala sebagai makanan sampingan selain daripada susu ibu untuk anak umur 6 bulan ke atas.

Namun perlu diingatkan, peranannya jangan sampai menggantikan susu badan ibu!

Anda perlu ingat juga yang rasa minuman probiotik yang enak dan manis itu boleh sahaja mengalahkan rasa susu badan ibu apabila diberikan selalu. Anak-anak boleh ketagih jadinya.

Jadi, jangan terlalu kerap memberikannya ya, ibu ayah!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Putri Fitria

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!
Kongsikan:
  • Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

    Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

  • Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

    Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

    Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

  • Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

    Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.