Malu Rasanya Kalau Vagina Bau Pelik, Ini Sebab Mengapa Perlu Elak Makan 30 Minit Sebelum Seks!

Selain boleh membersihkan dirinya sendiri, vagina ada rasa tersendiri dan ia boleh berubah mengikut aktiviti dan pemakanan anda.

Vagina atau faraj adalah organ wanita yang sangat istimewa. Selain boleh membersihkan dirinya sendiri, vagina ada rasa tersendiri dan ia boleh berubah mengikut aktiviti dan pemakanan anda.

Untuk mengelakkan anda keliru, kita refresh balik – vagina adalah laluan darah haid keluar daripada badan, yang mana kulit di bahagian luar dan kelilingnya dipanggil vulva. Manakala vulva terdiri daripada labia majora, labia minora (bibir faraj) dan klitoris.

Jadi jom baca, bagaimana rasa vagina anda bergantung kepada aktivti yang dilakukan.

Vagina ada rasa masin

Buat yang tidak tahu, rasa vagina boleh bertukar-tukar bergantung kepada aktiviti yang seseorang wanita itu lakukan.

Pelik bukan? Tapi untuk memastikannya, anda mungkin boleh tanya pasangan!Pasti ada yang malu ingin bertanyakan? Tapi bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.

Jadi jika mahu tahu rasa vagina anda, bertanyalah yang pernah ‘menikmatinya’.

#1. Logam

Ya! Kedengaran pelik kan? Tapi rasa vagina anda boleh berubah menjadi rasa logam terutamanya beberapa hari selepas menstruasi.

Vagina adalah saluran dalaman yang secara semulajadinya berasid. Melalui cara ini ia mengimbangkan bakteria yang ada di bahagian sulit wanita.

Tetapi keasidan semulajadi itu yang dapat diterjemahkan kepada beberapa rasa yang lebih kuat daripada neutral.

Sesetengah orang menggambarkan ia sebagai rasa logam atau penny. Malah ada yang lain memanggilnya sebagai rasa bateri.

Rasa logam ini sebenarnya lebih biasa pada hari-hari selepas haid anda kerana sejumlah kecil darah mungkin masih ada di dalam dan sekitar faraj.

Darah secara semulajadi mempunyai rasa logam kerana kandungan zat besi.

#2. Masin

Peluh dari senaman atau peluh badan semula jadi boleh meninggalkan kawasan faraj anda dengan sedikit rasa garam.

Selain itu, tidak membersihkan diri dengan baik selepas membuang air kecil juga boleh meninggalkan sejumlah kecil air kencing, yang juga dapat menimbulkan rasa masin!

#3. Masam

Jangan tak tahu, vagina juga boleh timbulkan rasa masam. Rasa masam dari peluh yang berlebihan bukan perkara biasa berlaku dan pastinya ia bukanlah tanda sesuatu yang buruk berlaku pada vagina anda.

#4. Pahit

Jika anda merokok, mungkin tembakau dalam rokok boleh menimbulkan rasa pahit pada vagina anda!

Ia bukanlah secara semulajadi berbau buah atau bunga!

Logiknya Miss V sentiasa ‘terkunci’ di bawah lapisan pakaian, jadi tidak hairanlah jika baunya bukan seperti buah atau bunga kerana apabila tempatnya tertutup dan di bawah pakaian mungkin ada waktunya ia lembap dan mengeluarkan bau.

Itu tidak bermaksud ia salah kerana sudah secara semulajadinya apabila bakteria bergabung dengan cairan tubuh pasti akan menimbulkan bau.

Bau tidak menyenangkan

Sekiranya kawasan faraj anda tiba-tiba mengalami bau atau rasa yang kuat, mungkin keseimbangan pH semula jadi anda terganggu.

Faraj berfungsi dengan baik untuk mengekalkan ‘status quo’ bakteria. Tetapi apabila ia diganggu mungkin dengan produk mandian ‘kerja’ bakteria mungkin terganggu.

Perkara itu yang boleh menimbulkan keradangan, kerengsaan, malah jangkitan, yang menyebabkan bau dan rasa pelik timbul.

Mahu tukar rasa vagina? 

Jika benar-benar mahu tukar rasa vagina anda, mungkin ada beberapa perkara boleh dilakukan.

#1. Elak makanan yang berbau kuat

Sayuran seperti asparagus yang boleh menimbulkan bau kepada air kencing juga dipercayai boleh memberi kesan kepada rasa vagina. 

Pasti ada yang terfikir petai? Ya petai juga mungkin boleh buat vagina anda berubah rasa kerana ia juga boleh memberi kesan kepada bau air kencing. 

Makanan kari dan rempah mungkin juga memberi kesan kerana ia seriang menghasilkan peluh dengan bau yang berbeza. Jadi peluh di pangkal peha and juga boleh menggangu bau dan rasa semulajadi di vulva dan vagina anda!

#2. Pengambilan alkohol atau merokok juga boleh mengubah rasa vagina

Tembakau dan alkohol juga boleh mempengaruhi bau badan dan peluh. Pada akhirnya, makanan ini dapat menjadikan vagina terasa lebih pahit, masam, atau logam.

#3. Elak makan 30 minit sebelum beraksi di ranjang

Apa yang anda makan akan mempengaruhi bau vagina jadi untuk mengelakkan bau yang tidak sepatutnya dan menggangu aksi anda dan pasangan!

Sumber: healthline.com, kotex.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda

Penulis

Lala Annuar