Senarai Vaksin Bayi Yang WAJIB & Tambahan, Ibu Ayah Perlu Ambil Tahu!

Vaksin bayi amat penting untuk mencegah mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti meningitis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lengkap rawatan bayi anda tanpa mengambil dos vaksin yang telah dijadualkan. Tidak faham mengapa masih ada keluarga yang memandang enteng perkara sebegini. Malah vaksin bayi adalah penting, tanpanya anak anda tidak boleh didaftar sekolah nanti!

Lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, banyak langkah-langkah normal baharu yang perlu diamalkan. Secara tidak lagsung vaksin tambahan menjadi salah satu solusi untuk ibu bapa memastikan kesihatan anak lebih terjaga. 

Jadual Imunisasi bayi yang disarankan KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jadual imunisasi pada tahun 2016 dengan menambah dos MMR (measles, mumps, rubella) untuk bayi 9 bulan.

Sebelum ini, hanya satu dos MMR diberikan pada bayi 12 bulan. Dos MMR ditambah untuk bayi berusia 9 bulan kerana kajian 5 tahun sebelum tahun 2016 menunjukkan ramai bayi berusia 1 tahun ke bawah mengalami demam campak. Ini adalah jadual imunisasi bayi dan vaksin untuk bayi dari KKM:

Vaksin bayi & tujuannya

Mungkin sebagai ibu bapa baharu atau yang sudah lama ada anak pun masih tertanya-tanya mengapa vaksin untuk bayi penting? Antara yang paling ketara adalah kerana mereka ini mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vaksinasi1 diperlukan untuk mencegah bayi daripada mengalami penyakit yang teruk, sakit, hilang upaya, atau kematian akibat penyakit berjangkit.

Dengan vaksinasi awal dalam kehidupan kita cuba mencegah penyakit termasuk meningitis, radang paru-paru, tetanus dan batuk kokol. Bayi paling berisiko untuk penyakit ini dalam tahun pertama kehidupan mereka.

Senarai vaksin dan penyakit

Berikut adalah senarai vaksin dalam Jadual Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan penyakit yang boleh dicegah dengan pengambilannya. 

  1. BCG adalah Basile Calmette-Guerin. Ia adalah vaksin yang memberi perlindungan terhadap tuberkulosis
  2. DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap penyakit difteria, tetanus dan pertusis
  3. DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap difteria dan tetanus
  4. Hib adalah Haemophilus Influenza type B
  5. MMR adalah vakisn untuk mencegah penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.
  6. MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  7. JE adalah Japanese Encephalitis dan vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  8. HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun bagi mencegah barah serviks. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.
  9. Pneumokokal – sebelum ini ia dalah vaksin pilihan namun bermula tahun 2020 kerajaan memberi vaksin pneumokokal secara percuma kepada semua kanak-kanak yang lahir pada 2020 dan stahun seterusnya bagi meningkatkan kualiti kualiti kesihatan anak bagi mengelak pelbagai jangkitan penyakit berkaitan pernafasan yang boleh membawa maut.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Vaksin tambahan

Vaksin tambahan adalah vaksin yang tidak wajib diambil namun ia digalakkan untuk diambil oleh ibu ayah untuk bayi mereka. Vaksin tambahan ini dapat memberikan perlindungan penuh kepada anak anda jika ia disertai dengan vaksin yang disarankan oleh KKM. Antara vaksin tambahan dalam jadual vaksin bayi termasuklah:

  1. Meningokokal yang disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi. Satu dos vaksin memberi daya imuniti selama 3 tahun
  2. Rotavirus yang disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk dos seterusnya mengikut umur anak anda.
  3. Influenza yang mana vaksin ini diberikan dua dos untuk dos pertama dan kedua dan diikuti satu dos setiap tahun.

Kesan vaksin /side effect

Ramai ibu ayah yang takut untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin. Anda perlu tahu yang semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO).

Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut:

  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius

Vaksin adalah penting, jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, anda tak perlu bimbang untuk bawa anak anda keluar jika anda tahu yang semua kanak-kanak telah dilindungi. Jadi, jangan tunggu lagi. Vaksin anak anda sekarang dan pastikan anak patuh pada jadual imunisasi bayi.

Mitos vaksin

#1. Bayi yang divaksin lebih mudah dijangkiti

Peratusan vaksin2 yang berkesan adalah setinggi 85-95% dalam mengelak dari dijangkiti penyakit. Ada sesetengah orang yang tidak bertindak balas dengan vaksin. Sebenanrnya kebanyakan orang yang tidak mengambil vaksin menyebabkan imunisasi kita lemah lantas mudah dijangkiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Vaksin punca autism

Pada tahun 1998, ada kajian menunjukkan kenyataan ini berdasarkan 12 kanak-kanak yang menghidap autism. Malangnya tiada bukti yang menunjukkan ia benar berdasarkan logik mahupun bukti yang saintifik.

Autism juga mempunyai pelbagai spektrum yang berlainan. Malah ia berbeza spektrum bagi sesetengah kanak-kanak. Disebabkan itu masih tiada bukti jelas yang menunjukkan vaksin itu menyebabkan autism dalam kalangan kanak-kanak. 

#3. Vaksin mengandungi bahan tidak halal

Penghasilan sesetengah vaksin mungkin melibatkan sebahagian enzim ‘porcine’. Namun produk vaksin yang terbaru dihasilkan telah melalui proses Polymerase Chain Reaction (PCR) yang mana ia menunjukkan tiada langsung kehadiran bahan porcine ini. Lantas semua vaksin yang dihasilkan di negara ini adalah mengikut syara’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa ibu bapa perlu lakukan sekiranya terlepas temujanji vaksin

Sekiranya anak anda terlepas temujanji vaksin apa yang perlu dilakukan adalah hubungan klinik dan hospital berdekatan untuk menjadual semula.

Atau sekiranya anda baru menyedari pentingnya vaksin dan anda berhasrat untuk mengambil vaksin untuk anak anda tetapi sudah terlepas umur yang sepatutnya, boleh rujuk kepada klinik kesihatan dan hospital terdekat dan dapatkan padangan daripada mereka. Mungkin jika vaksin itu mempunyai empat dos, anak anda masih boleh mengambil dos yang terakhir dan sebagainya.

Yang penting rujuk kepada hospital atau klinik kesihatan terdekat untuk mengetahui apa yang perlu anda lakukan selanjutnya.

  1. Loma Linda University Health (April 26, 2021). Why do babies need so many vaccines?. news.llu.edu/health-wellness/why-do-babies-need-so-many-vaccines
  2. HHS. gov Immunisation (April 29, 2021). Five Important Reasons to Vaccinate Your Child. www.hhs.gov/immunization/get-vaccinated/for-parents/five-reasons/index.htm

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Bapa Sering Terlupa Untuk Berikan 2 Vaksin Penting Ini Kepada Anak-Anak

Baca juga: Awas Ibu! Kanak-Kanak Ini Maut Akibat Difteria Kerana TAK Divaksin!

Baca juga: Ini Hukum Serta Pandangan Islam Tentang Vaksin Untuk Kanak-kanak