Jadual Vaksin Bayi Malaysia 2024, , Ibu Ayah Perlu Alert Pastikan Anak Anda Dilindungi

Ibu ayah pastikan anda peka jadual vaksin bayi Malaysia 2024 dan pastikan anak anda tidak terlepas ya. Pastikan mereka dilindungi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah perlu peka dengan jadual vaksin bayi Malaysia yang terkini bagi memastikan anak anda tidak terlepas imunisasi berjadual yang penting untuk kesihatan mereka.

Dalam proses tumbesaran kanak-kanak mereka memang cenderung untuk dijangkiti penyakit, jadi vaksin ibarat perisai bagi memastikan mereka tidak terkesan teruk sekiranya dijangkiti penyakit yang terlibat.

Kegagalan ibu ayah untuk mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka hanya akan diketahui kesannya apabila mereka diserang pelbagai penyakit berkaitan yang sepatutnya boleh dicegah daripada awal.

Vaksin Bayi Malaysia 2024, Pastikan Anak Anda Dilindungi

Adalah amat penting untuk anda mematuhi jadual imunisasi kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak. Sekiranya anda memilih untuk tidak memvaksin anak, anak seolah-olah menidakkan hak mereka sebagai warganegara Malaysia untuk mendapat perlindungan kesihatan.

Mematuhi jadual imunisasi kebangsaan untuk bayi dan kanak kanak adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan anak anda terjamin dan sentiasa dalam keadaan sihat. Sebagai ibu ayah yang prihatin, anda perlu pastikan anak memperoleh vaksin mengikut ketetapan umur mereka.

Seperti biasa, adalah lebih baik untuk membuat temu janji untuk mendapatkan imunisasi anak di fasiliti kerajaan secara percuma dan klinik swasta lain membabitkan bayaran tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepentingan perlindungan imunisasi

Bagi memastikan kesihatan bayi dan kanak-kanak terjamin, kerajaan telah memberikan vaksinasi secara percuma mengikut jadual imunisasi kebangsaan. Di Malaysia, kerajaan telah memberi perlindungan imunisasi kepada 12 jenis jangkitan penyakit.

Suntikan ini percuma untuk rakyat Malaysia. Jadi rugilah jika anda menolak keistimewaan ini untuk anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suntikannya termasuklah:

  1. BCG : memberi perlindungan terhadap tuberkulosis
  2. Hepatitis B
  3. DTap-IPV-HepB-Hib : kombinasi vaksin memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus, pertusis, polio, hepatitis B
  4. Pneumokokal : memberi perlindungan daripada jangkitan bakteria streptococcus, pneumonia (pneumokukus)
  5. Measles (Sabah sahaja)
  6. MMS, measles, mumps : memberi perlindungan terhadap campak, beguk, rubella
  7. MR : memberi perlindungan terhadap campak, beguk, rubella. Diberikan kepada kanak-kanak yang lahir sebelum Julai 2015
  8. DT : dos penggalak yang beri perlindungan terhadap difteria, tetanus
  9. HPV: hanya disediakan untuk remaja perempuan berumur 13 tahun dan diberikan 2 dos berasingan dalam tempoh 6 bulan
  10. Tetanus
  11. JE (Sarawak sahaja)

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Baca juga: (Terkini) Garis Panduan Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Ibu Hamil & Menyusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Terima Suntikan Vaksin Ketika Hamil, Wanita Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar