Seperti yang kita tahu, ibu yang sedang mengandung selama sembilan bulan perlu menjalani checkup kehamilan di hospital mahupun Klinik Kesihatan. Namun, disebabkan musim Covid-19 ini dan pesakit ramai dirawat di hospital
maka ada ibu yang takut untuk melakukan checkup sampai ada yang terlepas tarikh vaksin bayi.
Atas sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Ibu Hamil dan Bayi akan berjalan seperti biasa tanpa ibu perlu berasa khuatir dan resah.
Perkhidmatan kesihatan ibu hamil dan anak berjalan seperti selalu
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meskipun wabak Corona Virus ini semakin meruncing di negara kita namun anggota kesihatan tetap akan melaksanakan perkhidmatan checkup kehamilan, lawatan ke rumah ibu selepas bersalin dan pemeriksaan terhadap bayi bagi memastikan anak dan ibu dalam keadaan sihat.
Beliau turut menambah, sekiranya ibu hamil berada di luar kawasan, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan atau swasta yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
Selain itu, wanita hamil juga perlu peka menjalani pemeriksaan kehamilan mengikut tarikh yang telah diberikan oleh jururawat atau doktor bagi memastikan kandungan dalam keadaan baik.
Ibu bapa disarankan patuhi tarikh vaksin bayi
Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham juga menyarankan ibu bapa agar mematuhi jadual imunisasi bayi dan tarikh temu janji yang telah ditetapkan oleh KKM.
Hal ini kerana, KKM menekankan kepentingan jadual imunisasi bayi agar dapat mencegah terjadinya kejadian wabak penyakit berbahaya.
Takut ke hospital sampai ‘langgar’ date imunisasi
Dalam pada itu, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid-19 ini, ramai ibu bapa yang terlepas jadual suntikan imunisasi bayi. Mungkin kerana terlupa atau panik terutama bila situasi wabak sekarang yang meruncing di Malaysia.
Kemudian selepas melihat buku vaksin bayi, baru perasan yang mereka terlepas tarikh suntikan yang masih belum diambil.
Jika ini berlaku tentunya ibu akan berasa buntu sampai tidak tahu untuk berbuat apa.
Adakah ia tidak perlu diambil atau biar jururawat yang menegur nanti? Hasih, dilema juga kan?
Okey tenang ibu, jika keadaan ini berlaku kepada anda, apa yang anda boleh buat adalah segera ke klinik bagi mendapatkan tarikh baru untuk mengambil suntikan vaksin yang tertinggal itu.
Hal ini kerana, pengambilan vaksin adalah sangat penting, jadi jika anda gagal melakukan salah satu daripadanya boleh mendatangkan risiko bahaya ke atas anak kecil itu.
Apatah lagi, tanpa imunisasi anak mudah dijangkiti dengan penyakit berbahaya seperti polio, beguk, pertussis, demam campak dan batuk kokol.
Sementara itu, bagi kanak-kanak yang langsung tidak diberikan vaksin, mudah berdepan dengan risiko di sepanjang hayat meskipun tidak dijangkiti sebarang penyakit.
Sebab itu jika anak yang tidak diberi vaksin jatuh sakit, ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak hospital namun ia mungkin memberi sedikit kesukaran kepada staf perubatan kerana mereka tidak dilatih untuk mengendalikan kes kanak-kanak yang tidak diberi vaksin.
Jadi, kalau terlepas tarikh vaksin anak, ibu tak perlu resah dan bimbang tapi boleh terus ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk diberikan imunisasi tersebut, asalkan anak dalam keadaan sihat.
Selain itu, bawa juga rekod vaksinasi anak yang telah diambil bagi rujukan doktor dan jururawat supaya memudahkan kerja mereka serta peka terhadap jenis vaksin yang tertinggal itu.
Ini apa yang patut anda buat
1) Jika masih panik, buat panggilan telefon dahulu di klinik berdekatan kerana biasanya klinik kesihatan kerajaan mempunyai hari-hari tertentu sahaja untuk pemberian vaksin ini. Jadi anda perlu ikut jadual mereka.
2) Sekiranya mahu cepat dan segera, anda boleh terus mendapatkan vaksin tersebut di klinik swasta dan bawa sekali rekod buku anak.
3) Pastikan anda simpan kemas buku imunisasi dan kesihatan anak dengan baik, takut kalau-kalau anda terlupa meletakkannya di mana. Kerana semua rekod ini adalah sangat penting.
4) Ingat dan patuhi tarikh temujanji imunisasi anak di klinik bagi memastikan anak sudah mengambil kesemua vaksin tersebut.
Kesimpulannya, jika anda hanya mengambil langkah ‘sambil lewa’ sahaja tarikh imunisasi ini, ia hanya membawa kesan buruk kepada kesihatan anak dan juga persekitaran mereka.
Semoga artikel ini melegakan hati anda dan bermanfaat di kemudian hari.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Astro Awani, Medical Mythbusters Malaysia, Mira Cikcit
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comdarah-jenis-a