Sudahkah anak anda dapat semua vaksin wajib ini? Rujuk jadual imunisasi berikut!

lead image

Perlindungan terbaik yang boleh anda berikan kepada bayi anda adalah memberikan kesemua vaksin untuk bayi. Ikuti jadual imunisasi bayi ini untuk panduan.

Apabila kita melihat wajah bayi yang baru lahir, sudah tentu kita terus diberikan naluri untuk melindungi mereka dari segala ancaman dan bahaya, kan?

Sebenarnya, perlindungan yang paling baik yang kita boleh berikan pada mereka adalah memastikan mereka mendapat semua vaksin untuk bayi ataupun imunisasi bayi.

Vaksin untuk bayi: Jadual imunisasi bayi yang disarankan KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jadual imunisasi pada tahun 2016 dengan menambah dos MMR (measles, mumps, rubella) untuk bayi 9 bulan.

Sebelum ini, hanya satu dos MMR diberikan pada bayi 12 bulan.

Dos MMR ditambah untuk bayi berusia 9 bulan kerana kajian 5 tahun sebelum tahun 2016 menunjukkan ramai bayi berusia 1 tahun ke bawah mengalami demam campak. Ini adalah jadual imunisasi bayi dan vaksin untuk bayi dari KKM:

vaksin untuk bayi, imunisasi bayi, imunisasi, vaksin bayi, jenis vaksin, jadual imunisasi, vaksin malaysia, vaksin untuk anak, kepentingan vaksin, jadual imunisasi bayi, faedah vaksin, vaksin selsema, vaksin influenza, vaksin pneumococcal, vaksin mmr, difteria vaksin,

Manakala ini adalah jadual vaksin tambahan yang boleh diberikan untuk anak anda.

Vaksin tambahan ini dapat memberikan perlindungan penuh kepada anak anda jika ia disertai dengan vaksin yang disarankan oleh KKM.

vaksin untuk bayi, imunisasi bayi, imunisasi, vaksin bayi, jenis vaksin, jadual imunisasi, vaksin malaysia, vaksin untuk anak, kepentingan vaksin, jadual imunisasi bayi, faedah vaksin, vaksin selsema, vaksin influenza, vaksin pneumococcal, vaksin mmr, difteria vaksin,

Imunisasi bayi: Kenapa vaksin untuk bayi penting?

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut ini:

  • Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol–  Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.

vaksin untuk bayi, imunisasi bayi, imunisasi, vaksin bayi, jenis vaksin, jadual imunisasi, vaksin malaysia, vaksin untuk anak, kepentingan vaksin, jadual imunisasi bayi, faedah vaksin, vaksin selsema, vaksin influenza, vaksin pneumococcal, vaksin mmr, difteria vaksin,

  • Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).  
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.  
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk  – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus  – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Ada tak kesan sampingan vaksin untuk bayi?

vaksin untuk bayi, imunisasi bayi, imunisasi, vaksin bayi, jenis vaksin, jadual imunisasi, vaksin malaysia, vaksin untuk anak, kepentingan vaksin, jadual imunisasi bayi, faedah vaksin, vaksin selsema, vaksin influenza, vaksin pneumococcal, vaksin mmr, difteria vaksin,

Ramai ibu bapa yang takut untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin.

Anda perlu tahu yang semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO).

Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut:

  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius

Vaksin adalah penting, jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Jadi, anda tak perlu bimbang untuk bawa anak anda keluar jika anda tahu yang semua kanak-kanak telah dilindungi. Jadi, jangan tunggu lagi. Vaksin anak anda sekarang.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: MyHealth.gov, Immunise4life, Panduan Malaysia

Baca juga:

Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia akibat Difteria kerana tidak divaksin!

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!