Ini Kesan Ibu Hamil Rasai Lepas Terima Vaksinasi Covid-19, Paling Penting Jangan Lupa Bawa Buku Pink!

Bagi ibu hamil yang akan menerima vaksinasi Covid-19 pastikan anda bersedia dengan buku pink untuk di bawa ke PPV! Jangan lupa ya ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil kini sesuai menerima suntikan vaksinasi Covid-19 berdasarkan panduan yang dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM).

Jadi pasti ramai ibu hamil yang ambil peluang untuk mendapatkan perisai wabak membunuh ini selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan panduannya.

Jadi apa yang perlu anda sediakan sebelum anda ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)? Apakah dokumen yang perlu dibawa kerana sebagai antara golongan yang berisiko, pasti ada maklumat lain yang diminta doktor ketika proses saringan kesihatan nanti.

Vaksinasi Covid-19, apa yang ibu hamil perlu bawa?

kredit: bumbumcak

Pasti ada di kalangan ibu hamil yang rasa teruja untuk mendapatkan vaksinasi. Malah di sebalik keterujaan itu, tidak dinafikan pasti juga terasa gementar bukan?

Usah terlalu risau. Ikuti perkongsian ibu hamil ini yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech di PPV Axiata Arena, Bukit Jalil Isnin lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Salwani, 32, proses vaksinasi di pusat berkenaan berjalan dengan sangat lancar dan petugas di sana masing-masing peka dengan tugas masing-masing terutama dalam mengendalikan ibu mengandung.

Bermula dari drop off point sehinggalah selesai memang terlalu lancar prosesnya dan sangat menitikberatkan soal kebajikan mereka yang menerima vaksin terutama ibu hamil.

Katanya, tanpa perlu menunggu lama, proses vaksinasi ibu hamil mengikut aturan yang sangat sistematik malah tidak perlu berdiri lama untuk menunggu.

Boleh ambil paracetamol jika demam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: antaranews

Menceritakan kesan selepas divaksin, katanya selepas suntikan beliau ada mengalami pening kepala sedikit tetapi tidak terlalu teruk dan masih boleh melakukan rutin harian seperti biasa selepas berehat. 

Katanya, selepas sehari menerima vaksin pening kepala tiada dan mengalami lenguh di bahagian lengan iaitu kawasan suntikan vaksin tetapi masih boleh melakukan rutin harian.

Sehubungan itu, katanya ibu hamil yang memenuhi kriteria disarankan tidak takut untuk mengambil vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok untuk mengembalikan kehidupan normal seperti biasa. 

Apa yang penting katanya, ibu hamil perlu pastikan mereka bawa dokumen pengenalan diri selain buku pink atau rekod pemeriksaan kehamilan ketika ke pusat pemberian vaksin untuk memudahkan doktor menyemak keadaan kesihatan ibu hamil.

Menurut ibu ini juga, ibu mengandung yang menerima suntikan vaksin dan mengalami demam boleh mengambil paracetamol. Selain itu, jika berlaku pening kepala berterusan atau lain dari kebiasaan, mereka dinasihatkan untuk merujuk ke hospital. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya kaunter saringan itu memberi informasi yang sangat penting untuk ibu hamil memandangkan mereka ini golongan yang berisiko jadi segala perhatian perlu diambil dan dititikberatkan.

Ibu hamil boleh terima vaksin

KreditL mstar

Menurut Berita Harian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memaklumkan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sesuai disuntik kepada ibu mengandung, berdasarkan panduan yang dikemas kini KKM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pfizer kekal disyorkan, manakala AstraZeneca dan Sinovac kini juga diklasifikasikan sebagai bersesuaian.

AstraZeneca tidak lagi dikontraindikasi kepada kehamilan dan Sinovac pula disyorkan oleh laporan interim Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk ibu hamil dan menyusukan anak, berikutan manfaatnya jauh lebih besar daripada potensi risiko yang dikaji.

Setakat 26 Jun lalu, kira-kira 109,607 pendaftaran vaksin bagi golongan ibu mengandung diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera.

Daripada jumlah itu, seramai 11,663 dijangka bersalin pada Ogos ini dan golongan itu diberi keutamaan. Selain itu, lebih 10,000 ibu mengandung sudah diberi janji temu dengan nota ‘Expectant Mother’ pada janji temu mereka.

Kesan sampingan vaksin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Dr Sashini Seeni kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin Covid-19 adalah normal terutama setelah menerima suntikan kedua.

Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus Covid-19. Tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif.

Ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.

Kesan sampingan suntikan kebiasaannya hanya sementara iaitu beberapa hari untuk sembuh dan hilang. Namun, penerima vaksin digalakkan untuk tidak mengambil sebarang ubat iaitu jenis ibuprofen atau paracetamol sebelum suntikan vaksin.

Ini dikecualikan jika penerima vaksin terbabit sememangnya mempunyai rekod kesihatan yang memerlukan pengambilan ubat tersebut, maka wajar untuk individu tersebut mengambilnya sebelum suntikan vaksin atas tujuan mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: halodoc

Baca juga: Pentingkah Vaksin Untuk Anak? Mengapa Ibu Perlu Ambil Serius Perihal Ini?

Baca juga: Pregnancy and COVID-19 Vaccine

Baca juga: Covid-19 Boleh Menyebabkan Anak Yang Bersekolah Tantrum Seperti Fasa ‘Teribble Twos’

Penulis

Lala Annuar