AWAS! Ada Tutorial Bunuh Diri TERSEMBUNYI Dalam Video Kanak-Kanak Di Youtube!

Dunia sekarang semakin membahayakan untuk kanak-kanak. Anak-anak kita lebih mudah dipengaruhi dunia luar yang negatif hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja!

Baru-baru ini, gempar apabila 1 video kanak-kanak (kartun) dimuat naik di Youtube Kids dengan selitan klip tutorial cara mencederakan diri, khusus buat kanak-kanak!

Persoalannya sekarang, “Adakah Youtube selamat untuk anak saya?” Sehingga kini, masih tidak diketahui siapa yang memuat naik video yang merisaukan itu.

Dalam salah satu klip yang dijumpai dalam video game kanak-kanak terbabit, seorang lelaki dilihat muncul secara tiba-tiba di skrin dan memberitahu cara-cara untuk membunuh diri.

“Ingat ya adik-adik. Ke tepi untuk dapatkan perhatian, arah depan untuk hasil,” katanya, sambil membuat isyarat seolah-seolah memegang pisau di pergelangan tangannya.

“Adakah Video Kanak-Kanak Di Youtube Selamat untuk Anak Saya?”

Ibu bapa mulai risau selepas pendedahan tentang penemuan mesej bunuh diri dalam video kanak-kanak di Youtibe baru-baru ini.

Dr Free Hess, seorang pakar paediatrik dan ibu di Amerika Syarikat melaporkan, video di Youtube itu sudah mendapat kebenaran untuk diturunkan. Dia turut menulis tentang perkara itu dalam blog beliau, PediMom.

Apa yang lebih menakutkan, tutorial bunuh diri itu turut dijumpai terselit dalam beberapa video permainan popular, Nintento Splatoon di Youtube dan Youtube Kids!

Dr Hess, yang aktif menulis blog berkaitan keselamatan siber kanak-kanak, menulis,

“Pendedahan kepada video, foto, dan lain-lain yang membahayakan diri dan membangkitkan kandungan bunuh diri adalah masalah besar yang dihadapi oleh anak-anak kita hari ini.” “Kita perlu memulakan sesuatu SEKARANG dan kita harus bermula dengan mendidik diri sendiri, mendidik anak-anak kita, dan bercakap apabila kita melihat sesuatu yang berbahaya untuk anak-anak kita.”

Dia juga memberi amaran kepada ibu bapa tentang hakikat video Splatoon yang diedit bukan satu-satunya kandungan yang gelap dan berpotensi berbahaya di platform media sosial, terutama di YouTube Kids.

Malah, beberapa video kanak-kanak dalam cubaan membunuh diri dan juga kandungan lain yang merisaukan turut dijumpai dalam aplikasi itu.

Bagaimana Kandungan Bunuh Diri Boleh Mempengaruhi Kanak-Kanak?

Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengabaikan kandungan video bergerak, tetapi orang lain mungkin mendapat mimpi buruk atau bahkan boleh dipengaruhi perasaan keresahan atau anxiety.

Satu post viral berkenaan video kanak-kanak yang melibatkan selitan seumpama ini juga telah menyebabkan kanak-kanak mengalami serangan anxiety pada usia yang muda.

Berikut perkongsian seorang ibu apabila anaknya sendiri mengalami serangan anxiety dan hampir bunuh diri kerana “diajar” video kanak-kanak di YouTube:

Tips Keselamatan Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Melakukan Kecederaan Terhadap Diri Sendiri

Kandungan video kanak-kanak yang viral kerana memaparkan cara mencederakan diri atau bunuh diri adalah sangat membimbangkan.

Sebagai ibu bapa, kita pasti ingin memastikan anak-anak kita tidak dipengaruhi secara negatif oleh media sosial. Berikut adalah beberapa tips keselamatan:

  • Perhatikan tanda-tanda amaran seperti perubahan sikap, perubahan mood, kesan luka yang ada secara tiba-tiba,  susah untuk tumpukan perhatian dan bersikap agresif.
  • Empati dengan anak  dengan mengambil berat tentangnya. Kerap bertanya sekiranya dia merasa tidak gembira atau memerlukan perhatian.
  • Mengawasi apa yang ditonton anak anda walaupun ia nampak seperti video kanak-kanak yang biasa. Jangan biarkan anak anda melayari internet seorang diri.
  • Galakkan anak  menjalani rutin yang sihat. Tidur pada waktu yang sama dan makan makanan yang baik untuk minda.
  • Galakkan anak anda untuk menjadi pengaruh yang positif, jangan biarkan anak anda menyebarkan fahaman yang tidak baik.

Jika anda perlukan sokongan dan bantuan, hubungi talian tertera:

  • Befrienders KL : 0379568145/037956 8144
  • Befrienders Melaka : 06284 2500 
  • Befrienders Penang : 04281 5161/04281 1108
  • Befrienders Ipoh : 05 547 7933/05547 7599 
  • Befrienders Seremban : 067653588/06 7653589 
  • Lifeline Association of Malaysia : 06392850039/ 06392850279/06392850049 

Ingat ya, awasi apa sahaja kandungan video kanak-kanak yang anak anda sedang tonton. Sebaiknya kurangkan waktu tontonan atau berikan aktiviti lain kepada anak anda.

Dunia media sosial semakin berbahaya, manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun melibatkan kanak-kanak.

Berapa lama waktu untuk anak anda melayari Youtube?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Penulis

Beto Rahman