Video Lucu: Aktiviti ‘Sibuk’ Sepasang Anak Kembar Lelaki Dirakam dari CCTV Bilik

Kelakar betul melihat telatah dua kanak-kanak kembar dari NY ini. Disuruhnya tidur, tetapi galak pula mereka ‘beriadah’ dan ‘beramah-mesra’ antara satu sama lain di tengah-tengah malam. Semuanya ada dirakam di dalam video lucu yang direkod dari kamera CCTV ini. Jom kita tengok!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kecil apabila berdua, sama ada dengan rakan sebaya atau kembarnya, memang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang ingin dibuat dan dibualkan.

Sama seperti yang dirakam oleh sistem rakaman CCTV dari bilik tidur sepasang kembar lelaki dari New York, Amerika Syarikat ini. Jom kita tengok aktiviti ‘sibuk’ mereka dalam video lucu ini!

Aktiviti ‘Sibuk’ Keluarga Balkin dari NY Pada Waktu Malam

Anak kembar pasangan suami isteri, Jonathan Balkin dan Susan Balkin, dari New York, ini telah menarik perhatian netizen dengan aktiviti mencuit hati yang dirakam oleh kamera CCTV dalam bilik mereka.

https://www.facebook.com/fox46charlotte/videos/500804380043666/

Dua orang kembar lelaki seiras ini, Andrew dan Ryan, sepatutnya telah tidur lena selepas diletakkan ke katil oleh ibu bapanya. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Keluar sahaja ibu bapa mereka dari bilik, mereka berdua ini terus melakukan aktiviti ‘beriadah’ dan ‘sesi ramah mesra’.

Dari rakaman video ini, kelihatan mereka melompat keluar dari katil masing-masing dan duduk di sofa sambil bermain dan berbual.

Mungkin sudah bosan agaknya, mereka pun beralih kepada aktiviti lain iaitu membuat kubu bantal. Dikutipnya bantal dari setiap ruang bilik dan dihumban semuanya di atas lantai. Selepas itu, apa lagi, bergolek-goleklah mereka di atas bantal tersebut.

Yang menariknya, siap ada kerjasama antara si kecil berdua ini dalam mengeluarkan bantal dari katil mereka. Bijak tetapi agak cheeky!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Campur tangan Tuan Jonathan dan Puan Susan

Dengan suasana yang riuh-rendah dan hiruk-pikuk dalam bilik, mungkin ibu bapa kedua-dua pasangan kembar ini telah perasan akan ‘aktiviti haram’ mereka berdua dari rakaman CCTV.

Maka, berlakulah campur tangan Tuan Jonathan dan Puan Susan. Dalam video lucu ini, kita boleh lihat mereka berdua masuk ke bilik untuk meletakkan anak kembarnya ke dalam katil semula.

Kelihatan juga, berlaku sesi ceramah yang diberikan oleh si bapa (pada mulanya) dan si ibu juga yang turut masuk ke bilik bagi mententeramkan pasangan kembar ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda Rasa Mereka Terus Tidur Selepas Itu?

Tidak juga. Sebaik sahaja kedua ibu bapanya keluar, berlaku lagi satu aktiviti. Mereka sekali lagi melompat keluar dari katil dan duduk semula ke sofa. Tetapi kali ini aktivitinya agak perlahan.

Tiada lagi lompat-melompat atau bermain kubu bantal. Mereka berdua cuma duduk di atas sofa (agaknya, sambil bersembang dan membuat kesimpulan daripada aktiviti mereka malam tersebut).

Menjelang lewat malam, Andrew dan Ryan secara sukarela masuk semula ke katil dan tidur juga akhirnya – phew!

Memang Mencuit Hati!

Boleh senyum sorang-sorang juga apabila melihat video yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini. Seronok melihat keletah si kembar yang cukup aktif di malam hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, yang menariknya, anda perasan tak yang Andrew dan Ryan ini kelihatan mesra bersama. Mereka boleh duduk di sofa, bersembang, dan bermain bersama-sama tanpa bergaduh atau ada yang menangis!

Jika anda juga mempunyai anak yang lasak sebegini, ada beberapa cadangan yang kami ingin sarankan. Antaranya:

  • Letakkan tilam di sekitar katil sekiranya anak anda suka melompat keluar dari katil. InI untuk mengelakkan mereka daripada jatuh dan terhempas ke lantai.
  • Pastikan bilik anak telah disahkan selamat atau child proof. Contohnya, jangan biarkan beg plastik kosong berada dalam bilik atau di tempat yang mereka mudah capai. Takut mereka bermain dengannya dan lemas apabila kepala dimasukkan ke dalam beg plastik itu.
  • Seperti ibu bapa ini, letakkan CCTV di dalam bilik bagi memantau aktiviti anak-anak ketika waktu malam atau bersendirian di bilik.
  • Kalau lasak juga apabila tidur berdua atau ramai-ramai, asingkan sahaja mereka jika rumah anda ada bilik lebih. Tanpa teman untuk melakukan aktiviti ‘sibuk’, pasti cepat mereka tidur!

Kongsikan video ini jika anda merasakan yang rakan-rakan anda di ruang media sosial akan turut tersenyum apabila melihat video lucu kanak-kanak kembar ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Fox News

Penulis

Noor