Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

Tular baru-baru ini apabila ada yang mengatakan virus baru Covid-19 boleh merebak semula kepada badan pesakit yang sudah sembuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular baru-baru ini apabila ada yang mengatakan virus baru covid-19 boleh merebak semula kepada badan pesakit yang sudah sembuh. Adakah dakwaan ini benar atau sekadar mitos?

Inilah yang menjadi persoalan di fikiran orang ramai hingga menakutkan perasaan jika benar virus baru covid-19 ini boleh djangkiti sebanyak dua kali. Memang risau pun kan, kalau sembuh-sembuh, esok lusa boleh dapat balik!

Virus baru covid-19 boleh dijangkiti semula walaupun sudah sembuh?

Menurut sumber mendapati sesetengah individu atau pesakit yang sudah pulih dari coronavirus boleh kembali positif selepas melakukan ujian saringan buat kali kedua jika mendapati mengalami beberapa simptom yang ketara.

Hasil dari keputusan penyelidikan mendapati, ia mungkin boleh berlaku disebabkan turun naik paras sistem imun badan dan reinfeksi.

Walaubagaimanapun, penyelidikan ini hanya dilakukan dalam skala kecil jadi kesahihannya belum terbukti.

Hal ini kerana, ia adalah sesuatu yang amat mustahil berlaku kerana sistem imun badan kita berfungsi jadi tidak mungkin seseorang yang telah berjaya melawan virus baru coronavirus ini boleh dijangkiti semula dalam masa yang
singkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyentuh virus seperti selesema pula mungkin boleh merebak cepat dan menjangkiti orang sekali lagi kerana antibodi menurun tapi kalau coronavirus mungkin mengambil masa sedikit.

Pun begitu, masih terlalu awal untuk mengetahui bagaimana kekebalan terhadap coronavirus ini yang mungkin berkembang atau bagaimana ia berubah dalam jangka masa yang panjang.

Bagaimana kisah ini boleh muncul?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa di bulan Februari yang lalu, seorang wanita Jepun dipercayai telah 100% pulih dari jangkitan covid-19.

Namun, selang 20 hari kemudian dia mula mengalami gejala yang sama dan selepas melakukan ujian doktor memberitahu dia kembali positif coronavirus.

Lebih mengejutkan, di China juga turut melaporkan mempunyai kes yang serupa seperti wanita Jepun itu.

Sebab itu, ramai orang berasa bimbang dan mempersoalkan adakah mungkin virus baru coronavirus ini boleh dijangkiti berulang kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alasan di sebalik kejadian ini

Walaubagaimanapun, sangat sukar untuk mengetahui alasan di sebalik kes-kes seperti di atas.

Mungkin penjelasan yang boleh diberikan adalah jangkitan tidak hilang tetapi tidak dapat dikesan buat sementara. Ia mungkin boleh terjadi apabila tahap virus adalah di paras rendah.

Kajian di China juga turut menggunakan ubat antiviral untuk merawat pesakit yang biasanya digunakan untuk selesema (oseltamivir)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum itu, kesemua pesakit tersebut melakukan ujian coronvirus dan didapati positif. Kemudian selepas 13 hari mereka didapati sembuh dan tidak mengalami gejala yang sama semula.

Ini adalah bilangan kes yang kecil dan tidak mungkin boleh mengatakan dengan pasti bahawa pesakit tidak boleh dijangkiti semula.

Dalam masa yang sama, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat mengatakan bahawa tindak balas imun untuk coronavirus masih belum difahami sepenuhnya.

Mereka turut mengatakan sesetengah orang yang pernah dan mempunyai sejarah penyakit berjangkit jarang untuk mendapatnya buat kali kedua.

Malah tiada bukti yang menunjukkan ia boleh berlaku dengan coronavirus ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita Jepun positif corona virus untuk kali kedua

Terdahulu, seorang wanita yang bekerja sebagai pemandu bas pelancong di Jepun telah melakukan ujian coronavirus lalu didapati positif untuk kali kedua.

Menurut pihak berkuasa Jepun, ini adalah kes yang pertama kali terjadi.

Wanita yang berusia 40 an itu tinggal di Osaka Jepun dan diuji positif corona virus pada hari rabu selepas mengalami sakit tekak dan sakit dada.

Dia pertama kali diuji positif pada 29 Januari dan ditahan di wad hospital sebelum pulih dan negatif dengan penyakit ini. Namun kembali sakit selepas beberapa hari. 

Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan ini adalah kes pertama yang berlaku di Jepun di mana seorang pesakit mendapat keputusan positif corona untuk kali kedua selepas dilepaskan dari hospital.

Apa yang membimbangkan, wabak ini telah merebak dengan cepat dan meluas serta menjangkiti kira-kira beratus ribu penduduk dunia dan membunuh banyak nyawa di Itali, Iran, Jepun dan China.

Bahkan di Malaysia sediri telah meragut dua nyawa. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Covid-19 facts 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commenjaga-kesihatan