Ketika tempoh PKP ini setiap lapisan masyarakat punyai efek masing-masing, dan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Disebabkan itulah, PKP kali ini, kerajaan membenarkan aktiviti senaman berbanding dengan PKP fasa pertama dulu. Ini kerana pentingnya Vitamin D untuk anak yakni dari sinaran matahari untuk menghindari tekanan dan menguatkan tulang.
Pandemik ini ternyata menjejaskan kesihatan mental manusia, malah kanak-kanak yang dahulunya bebas bermain di luar bersama rakan-rakan kini tidak lagi boleh berbuat demikian. Untuk bermain di luar mesti dikalangan keluarga sendiri dan dekat-dekat sahaja.
Walau bagaimanapun ia tetap memberi perubahan, jadi janganlah kita ibu bapa terlalu paranoid dengan mengurung anak 24 jam di rumah.
Pentingnya Vitamin D untuk anak
Kanak-kanak masih memerlukan udara luar, masih memerlukan cahaya matahari untuk tumbesaran mereka yang sempurna.
Tentu ramai yang tidak tahu fungsi Vitamin D ini bukan? Pesan Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainol walaupun PKP bersambung lagi, tolong bawa anak keluar rumah sekejap untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari. Dapat hilangkan tekanan dan elakkan masalah tulang rapuh disebabkan kekurangan Vitamin D.
Menurut Pensyarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Dr Syed Mohamad Syed Abdullah pula, pandemik Covid-19 memberi efek kepada orang ramai sehingga terpaksa melalui kesukaran dalam proses penyesuaian sepanjang proses penularan wabak ini.
Memetik laporan Harian Metro, kata Pensyarah itu, “masalah gangguan mental dalam kalangan kanak-kanak bukan suatu mitos atau perkara yang remeh dan isu itu semakin mencuri perhatian apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lepas dan maklum balas menunjukkan ramai kanak-kanak yang terkesan secara mental dan emosi apabila rutin harian mereka terganggu.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019, hampir setengah juta kanak-kanak dikesan berdepan dengan masalah mental. Apabila pandemik Covid-19 melanda negara pada awal 2020, fenomena ini dijangka memburukkan lagi keadaan dengan bertambahnya maklum balas negatif terhadap gangguan mental kanak-kanak seperti stres dengan pembelajaran dalam talian dan Demam Kabin,” katanya.
Sumber Vitamin D:
Matahari yang sangat penting untuk kesihatan tulang kanak-kanak. Menurut doktor berkenaan, tak lama mana pun sebenarnya. 5 hingga 10 minit pun sudah cukup, asalkan dia tak terperuk saja di rumah. Namun selain itu, bekalkan juga anak-anak dengan senarai makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti di bawah:
#1. Ikan salmon, tuna
kekurangan vitamin D
Selain itu beberapa ikan juga menjadi sumber vitamin D yang sangat baik, diantaranya makarel, salmon, dan tuna.
100 gram salmon dan makarel mengandung 91 peratus Vitamin D yang diperlukan tubuh. dari vitamin D harian yang dibutuhkan tubuh.
#2. Cendawan
Antara penyumbang sumber vitamin D yang terbaik adalah cendawan. Cendawan ketika terkena sinar matahari akan mudah tumbuh. Kemampuannya untuk proses sintesis vitamin itu dapat meningkatkan nilai Vitamin D yang terkandung di dalamnya.
Cendawan butang adalah yang paling banyak mengandungi sumber utama vitamin D.
#3. Susu
Susu mentah diperkara dengan vitamin D. Minum segelas susu akan membantu memberikan 24 peratus Vitamin D yang diperlukan tubuh badan.
#4. Telur
Sumber lain vitamin D adalah telur terutama telur kuning yang merupakan sumber utama bagi vitamin ini.
#5. Jus oren
Jus oren juga mengandungi kandungan vitamin D yang baik untuk tubuh badan. Makan buah oren setiap pagi akan mengurangkan risiko kekurangan Vitamin D.
#6. Oats
Oats adalah contoh makanan yang kaya dengan vitamin D. Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi antara makanan wajib bagi ramai orang terutama yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan.
#7. Udang
Udang memiliki kandungan tinggi asid lemak omega 3 dan vitamin D. Makan udang baik untuk tulang sekaligus mengurangkan keradangan dan kolestrol dalam badan.
Sumber: Harian Metro, Dr Redza Zainol
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Punyai Risiko Tulang Lemah Jika Kekurangan Vitamin D