8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Runsing melihat anak tidak mahu makan? Ibu ayah boleh beri vitamin tambah selera makan untuk anak sebagai alternatif.

Setiap ibu bapa pasti pernah berdepan perangai sesetengah anak yang kurang selera makan yang boleh menganggu proses tumbesaran. Tidak salah jika ibu ayah ingin mempertimbangkan bekalan vitamin selera makan anak untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka.

Masalah kurang selera makan dalam kalangan kanak-kanak boleh menggangu proses tumbesaran. Kesan daripada kurang selera makan, zat serta nutrien penting untuk pembesaran tidak mencukupi dan boleh menyebabkan kurang sihat, kurang tenaga, mudah letih, dan berat badan tidak naik.

Pilih Vitamin Selera Makan Yang Betul Untuk Anak

Memilih vitamin tambah selera makan anak tidak boleh dilakukan terburu-buru, ibu ayah perlu mendapatkan vitamin yang mengandungi nutrien yang diperlukan anak.

Berikut adalah tip sebelum memilih vitamin tambah selera makan untuk anak.

  1.  Perhatikan kandungan suplemen yang dapat meningkatkan nafsu makan. Vitamin selera makan budak seperti lysine, vitamin C dan multivitamin sesuai untuk meningkatkan kembali selera makan bagi kanak-kanak dan meningkatkan tahap kesihatan mereka. 
  1. Pilih bentuk vitamin selera makan yang disukai anak. Terdapat beberapa bentuk vitamin tambah selera makan di jual di pasaran. Ada yang berbentuk tablet hisap, gummy, dan sirap. Pastikan anda memilih apa yang disukai anak.
  1. Kesesuaian suplemen mengikut usia anak. Terdapat pelbagai jenis suplemen yang mengandungi dos zat yang berbeza. Pastikan sewaktu membeli dos itu sesuai dengan usia anak. Jangan beli yang lebih atau kurang dos sebab ia akan memberi kesan kepada keberkesanan suplemen itu.
  1. Keberkesanan suplemen. Untuk menentukan keberkesanan, di kotak atau pakej akan dinyatakan jika syarikat yang sudah menjalankan kajian keberkesanannya. Jika tiada, ibu bapa perlu utamakan suplemen yang dijual oleh syarikat yang berdaftar, mempunyai pensijilan seperti sijil amalan pembuatan baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), sijil piawaian antarabangsa ISO dan bagi umat Islam, sijil halal.

8 Jenama Vitamin Selera Makan Terbaik

Tidak dinafikan terdapat banyak pilihan vitamin tambah selera makan yang ada di pasaran, jadi kami kongsikan senarai vitamin selera makan budak yang terbaik dan sesuai dengan keperluan si manja anda supaya ibu ayah tidak runsing lagi!

Vitamin Selera Makan Terbaik
Kordel’s Kids Multivitamins + Lysine
Terbaik Multivitamin Dengan Nutrisi Lengkap
more info icon Beli di Shopee
VitaHealth Kids Multivits+Lysine & Inulin
Terbaik Dengan 12 Nutrien Penting
more info icon Beli di Shopee
Appeton Multivitamin Lysine
Terbaik Vitamin Jenis Sirap
more info icon Beli di Shopee
Hi-C Vitamin C Gummies
Terbaik Jenis Gummy
more info icon Beli di Shopee
Appeton Multivitamin Plus Infant Drops
Terbaik untuk usia bayi
more info icon Beli di Shopee
Bioplus Pre+Probiotic With Lysine And Ascorbic Acid
Terbaik Untuk Kesihatan Usus
more info icon Beli di Shopee
Champs Vitamin C With Lysine
Terbaik Dengan Kandungan Vitamin C
more info icon Beli di Shopee
Chewies Multivitamin Plus Lysine
Terbaik Vitamin Bebas Gula
more info icon Beli di Shopee

Kordel’s Kids Multivitamins And Lysine

Vitamin Selera Makan Terbaik Multivitamin Dengan Nutrisi Lengkap

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah anak tidak berselera makan, Kordel’s Kids Multivitamins + Lysine adalah antara suplemen yang berkesan untuk meningkatkan selera makan anak anda.

Anak-anak akan menjadi semakin berselera makan nasi sekaligus akan menambah berat badan anak anda.

Selain lysine, vitamin ini juga mengandungi vitamin A untuk kesihatan mata, vitamin D3 untuk tulang dan gigi yang kuat dan vitamin B5 untuk memberi tenaga supaya anak kekal aktif.

Apa yang kami suka :

  • Produk ini boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.
  • Vitamin dengan perisa buah oren, perisa yang digemari kanak-kanak.

VitaHealth Kids Multivits, Lysine And Inulin

Vitamin Selera Makan Terbaik Dengan 12 Nutrien Penting

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Jika anak-anak tidak makan secara teratur dan seimbang atau seorang picky eaters, multivitamin yang mengandungi kepelbagaian nutrein boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

Multivitamin ini mengandungi makanan tambahan dengan vitamin, mineral makanan, dan unsur pemakanan lain yang mana dapat mengembalikan nutrien anak-anak yang tidak mencukupi.

Mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan pertumbuhan yang sihat serta vitamin B1, juga dikenali sebagai thiamine, dapat membantu dalam mengekalkan pertumbuhan tisu.

Kandungan vitamin B2 yang sering dirujuk sebagai riboflavin serta vitamin B3 memudahkan proses metabolik utama dengan membantu menukar makanan kepada tenaga di mana bekalan tenaga ini diperlukan untuk aktiviti harian kanak-kanak.

Vitamin B6, juga dikenali sebagai pyridoxine, diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik manakala vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah.

Kandungan vitamin C dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit, tulang, gigi, gusi serta struktur umum badan dan  vitamin D3 membantu dalam penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

Untuk melindungi tubuh daripada kesan berbahaya radikal bebas yang boleh membawa kepada kerosakan sel dan pelbagai keadaan kesihatan, vitamin E diperlukan dan nutrient ini terkandung dalam vitamin ini.

Turut diperkaya dengan asid folik bagi membantu dalam pembentukan sel darah merah, kandungan utama iaitu lysine salah satu bahan utama protein yang menyokong pertumbuhan pesat utk kanak-kanak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya boleh diperolehi melalui diet dan suplemen.

Apa yang kami suka :

  • Jenis sirap berperisa oren, hanya perlu diambil selepas makan
  • Mempunyai kandungan inulin iaitu prebiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan meningkatkan kesihatan gastrousus.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang memilih makan

Appeton Multivitamin Lysine

Vitamin Selera Makan Terbaik Vitamin Jenis Sirap

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Appeton, salah satu jenama farmaseutikal terunggul tidak perlu diperkenalkan dan sering kali menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia.

Appeton Lysine ialah satu tambahan diet yang mengandungi bukan sahaja mengandungi lysine tetapi zat-zat lain juga seperti vitamin A, D3, E, C, B1, B2, B6, nikotinamide dan D-panthenol. 

Kandungan ini dapat membantu anak anda meningkatkan selera mereka dan menggalakkan pertumbuhan sihat dan tidak perlu lagi mengambil vitamin tambahan lain.

Appeton Lysine tidak mengandungi ramuan dengan asal haiwan atau alcohol, lantaran itu penggunaan oleh orang Islam bukan menjadi satu isu.

Apa yang kami suka :

  • Boleh dititiskan atas lidah atau campur dengan sus, jus buah-buahan atau makanan kegemaran anak-anak.
  • Mendapat review yang baik dalam kalangan ibu bapa yang telah mencuba vitamin untuk selera makan ini kepada anak mereka.

Hi-C Vitamin C Gummies

Vitamin Selera Makan Terbaik Jenis Gummy

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Bagi anak-anak yang tidak gemarkan ubat, ibu ayah boleh memilih vitamin tambah selera makan jenis gummy kerana rasanya lebih enak dan sesuai dengan citarasa kegemaran kanak-kanak.

Namun demikian vitamin jenis gummy biasanya memiliki lebih banyak gula dan kalori jika dibandingkan dengan vitamin jenis lain pada umumnya jadi jangan beri terlebih dos kepada anak ya?

Mama harus lebih berhati-hati dan membaca label kandungan terlebih dahulu sebelum memilih vitamin gummy kerana vitamin tersebut mungkin tidak mengandungi semua vitamin yang mungkin diperlukan untuk anak.

Untuk memudahkan mama, mama boleh mencuba vitamin C jenama Cosway.

Dihasilkan dengan 6 perisa buah yang lazat iaitu epal, anggur, lemon, mangga, oren dan strawberi, gummies sesuai dengan selera anak-anak. 

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai 6 perisa iaitu epal, anggur, lemon mangga, oren dan strawberi.
  • Bebas lemak
  • Kandungan gula yang tidak tinggi, mama usah risau ya?

Appeton Multivitamin Plus Infant Drops

Vitamin Selera Makan Terbaik Untuk Usia Bayi

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Tidak banyak pilihan vitamin tambah selera makan anak untuk usia bayi namun ibu ayah usah risau kerana Appeton juga mempunyai rangkaian vitamin untuk bayi.

Sesuai untuk bayi bawah usia 12 bulan, hanya 1ml sahaja diperlukan setiap hari yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan bayi.

Mengandungi 6 vitamin, lysine dan taurine untuk kesihatan keseluruhan bayi supaya tidak kekurangan nutrisi penting, lysine dapat menambah selera makan serta meningkatkan tumbesaran bayi dan berat badan.

Suplemen ini boleh digunakan untuk bayi yang selalu diserang penyakit umum seperti selsema batuk, bayi yang kurang minum susu terutamanya semasa fasa tumbuh gigi dan juga bayi pramatang.

Apa yang kami suka :

  • Sering menjadi pilihan doktor untuk suplemen tambahan bayi pramatang
  • Rasanya yang sedap walaupun bayi susah makan ubat. Hanya sekali picit sahaja masuk ke mulut anak.
  • Harganya yang berpatutan

Bioplus PreProbiotic With Lysine And Ascorbic Acid

Vitamin Selera Makan Terbaik Untuk Kesihatan Usus

vitamin selera makan

Vitamin tambah selera makan jenis sachet ini mempunyai 5 jenis probiotik untuk melindungi kesihatan imun anak anda dan dapat meningkatkan penyerapan nutrien.

Kandungan lysine sebanyak 80 mg dapat meningkatkan selera makan anak anda dan trutu menggalakkan penyerapan kalsium.

Inulin prebiotik daripada akar chicory membantu meningkatkan kesihatan gastrousus selain merangsang pertumbuhan dan fungsi probiotik dalam usus serta dapat menyokong sistem imun yang kuat dan membantu melindungi mereka daripada alahan dan penyakit.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk kanak-kanak usia 2 hingga 12 tahun
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang memilih makan, kanak-kanak vegetarian, dan kanak-kanak yang sering jatuh sakit
  • Mudah dimakan, serbuk hanya perlu dicampur di dalam air

Champs Vitamin C With Lysine

Vitamin Selera Makan Terbaik Dengan Kandungan Vitamin C

8 Vitamin Selera Makan Ibu-Ibu Wajib Cuba Untuk Anak Yang Kurang Selera Makan, Memang Berkesan!

Vitamin C dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, mengelakkan jangkitan, membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang, tisu kanak-kanak serta mengurangkan risiko lebam sekiranya terjatuh.

Jika kekurangan vitamin C, tubuh badan tidak boleh menggantikan kolagen dalam badan mereka. Kesan daripada itu, pelbagai jenis tisu dalam badan akan rosak dan membawa kepada penyakit skurvi seperti gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi.

Kekurangan vitamin C boleh memudaratkan fungsi imun, mengakibatkan rintangan berkurangan terhadap beberapa patogen dan penyakit yang berkaitan dengan imun seperti selesema dan demam serta batuk.

Kanak-kanak yang kurang selera makan juga perlu mengambil vitamin C untuk meningkatkan sistem imun mereka. Untuk itu, kami mencadangkan ibu ayah memilih Champs Vitamin C With Lysine.

Apa yang kami suka :

  • Terdapat dalam perisa buah-buahan.
  • Turut mengandungi lysine untuk tambah selera makan anak
  • Diperbuat tanpa gula sangat sesuai untuk pengambilan harian si kecil.
  • Jenama yang dipercayai ibu bapa sejak dahulu lagi
  • Disahkan halal oleh Jakim

Chewies Multivitamin Plus Lysine

Vitamin Selera Makan Terbaik Vitamin Bebas Gula

vitamin selera makan

Vitamin untuk selera makan dalam perisa strawberi ini dirumus khusus untuk meningkatkan selera makan anak-anak anda dan membantu peningkatan ketinggian dan berat badan anak.

Selain meningkatkan selera makan, multivitamin ini juga membantu memenuhi keperluan harian badan dan sebagai makanan tambahan dan nutrisi untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak akan lebih bertenaga dan tiada lagi masalah tidak mahu makan.

Apa yang kami suka :

  • Bebas gula
  • Mempunyai perisa strawberi dengan tablet berbentuk hati yang digemari kanak-kanak

Perbandingan Harga Vitamin Selera Makan Terbaik

Jenama Harga  Kuantiti/isi padu
Kordel’s Kids Multivitamins + Lysine  RM43.92 30 tablet
VitaHealth Kids Multivits+Lysines & Inulin  RM42.90 120 ml
Appeton Multivitamin Lysine  RM47.00 120 ml
Hi-C Vitamin C Gummies RM16.72 30 tablet
Appeton Multivitamin Plus Infant Drops  RM51.60 30 ml
Bioplus Pre+Probiotic With Lysine And Ascorbic Acid  RM69.80 20 sachet
Champs Vitamin C With Lysine RM26.98 100 tablet
Chewies Multivitamin Plus Lysine RM23.90 60 tablet

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Tips Tambah Selera Makan Anak Selain Vitamin 

Selain menggunakan vitamin selera makan, terdapat beberapa cara lain yang boleh membantu meningkatkan selera makan anak. Antaranya:

1. Tambah Hidangan Kecil Tapi Kerap

Daripada memberi hidangan besar, cubalah hidangan yang lebih kecil tetapi kerap sepanjang hari. Ini membantu kanak-kanak tidak cepat berasa kenyang dan membolehkan mereka makan lebih kerap dalam jumlah yang sesuai. Cara ini sesuai untuk kanak-kanak yang mudah hilang selera jika hidangan terlalu banyak.

2. Makanan Tinggi Kalori dan Nutrien

Pilih makanan yang tinggi kalori dan berkhasiat seperti avokado, kacang, keju, atau buah-buahan kering. Makanan ini boleh menambah kalori tanpa memberi terlalu banyak makanan pada satu masa.

Masukkan juga bahan-bahan berkalori tinggi dalam hidangan mereka seperti menambah mentega atau keju pada sayuran.

3. Hidangan Menarik dan Berwarna-warni

Anak-anak lebih tertarik kepada makanan yang kelihatan menarik. Hidangan yang berwarna-warni dengan pelbagai bentuk dan susunan boleh menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan dan merangsang selera makan mereka.

4. Galakkan Aktiviti Fizikal

Senaman ringan seperti bermain di taman atau bersukan boleh meningkatkan selera makan anak. Aktiviti fizikal membantu tubuh membakar tenaga yang membuatkan anak mudah terasa lapar.

5. Hidang Makanan Kegemaran Anak

Berikan makanan yang menjadi kegemaran mereka dalam bentuk hidangan seimbang. Ini membantu anak merasa seronok untuk makan dan pada masa yang sama menerima nutrisi yang mencukupi.

Jika dicuba dengan konsisten, cara-cara ini boleh membantu menggalakkan anak-anak makan dengan lebih baik, tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada vitamin.

Dapatkan Nasihat Pegawai Diet Atau Perubatan

Menyediakan makanan dengan gizi seimbang dan sihat yang terdiri daripada semua jenis kelompok makanan menjadi pilihan yang paling baik di antara semuanya.

Namun, jika ibu ayah merasa perlu memberikan vitamin tambah selera makan kepada anak, sebaiknya mendapatkan nasihat daripada pegawai diet atau perubatan terlebih dahulu.

Ini kerana keperluan suplemen adalah mengikut kepada keadaan kesihatan setiap kanak-kanak, ia berbeza antara individu dan bukan semua suplemen diperlukan oleh kanak-kanak berkenaan.

Diharap artikel ini dapat dijadikan panduan buat ibu ayah yang mempunyai anak kurang selera makan.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Vitamin Kanak-Kanak Yang Bagus Untuk Perkembangan Imun Anak, Ikhtiar Yang Terbaik Buat Si Manja

Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja

Baca juga:  5 Tip Makanan Untuk Tambat Selera Anak Yang Kurang Berat Badan