Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Jadikan waktu mandi bayi satu momen terindah, malah ia salah satu masa untuk anda bonding bersama bayi tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua bayi baru lahir inginkan belaian dan kasih sayang ibu ayah mereka supaya mereka berasa selamat. Selain waktu menyusukan bayi dan waktu menidurkan bayi baru lahir, ketika mandi juga boleh jadi satu masa yang penting untuk ibu dan ayah menjalin kemesraan bersama bayi. Ini kerana waktu itulah lebih banyak sentuhan kulit ke kulit berlaku antara ibu bapa dan bayi. 

Bagaimana menjadikan waktu mandi sebagai waktu menjalin hubungan mesra dengan bayi?

#1. Berbual dengan bayi anda

Anda mungkin fikir yang bayi anda tidak akan faham apa yang anda perkatakan, tapi sebenarnya berbual dengan bayi ada banyak manfaatnya. Ia boleh merangsang perkembangan sosial mereka dan kemahiran bahasa.

Cakap dengan bahasa yang sempurna, elakkan bercakap dengan pelat bayi. Namun kena kreatif dengan intonasi, contohnya bercakap dengan nada yang sedikit nyaring, dengan lenggok dan bernyanyi sambil memandang tepat ke mata mereka. Percayalah, mereka akan beri tindak balas!

#2. Bermain bersama

Isikan tab mandi dengan mainan dan alat yang boleh mengambil dan menuang air. Tambahkan sabun lembut yang mampu menghasilkan buih-buih kecil, pasti si manja teruja dan seronok! Lagi gembira si manja maka lagi utuhlah ikatan antara ibu bapa dan bayi!

#3. Urut bayi anda

 

Mengurut bayi ada banyak kebaikannya. Kerana ia juga melibatkan teknik sentuhan kulit ke kulit yang mana ia penting untuk mengeratkan perhubungan antara ibu bapa dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi akan berasa lebih tenang dan selamat sebaik selepas mandi. Ini kerana aktiviti sentuhan kulit ke kulit itu tadi tidak terhenti pada waktu mandi. Ia diteruskan dengan detik selepas mandi apabila anda mengurut lembut seluruh tubuh bayi. 

#4. Menyanyi bersama

Antara cara lain yang menyeronokkan untuk bermain dengan bayi anda di dalam bilik mandi ialah dengan menyanyikan lagu. Lagu-lagu tersebut akan membina kemahiran bahasa dan penghayatan muzik serta mengembangkan kemahiran pendengarannya.

Galakkan bayi anda untuk menggoyangkan badan bersama anda dan percikkan sedikit air ke sekeliling tentu bayi anda teruja. 

#5. Gunakan produk mandian yang lembut 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelembutan formula yang digunakan dalam  pembersih mandian bayi QV Baby Gentle Wash digabungkan dengan bilik mandi yang mesra dan selesa membantu menenangkan bayi anda.

Setiap apa yang anda lalui bersama bayi anda adalah satu rutin, dan bayi sangat menggemari rutin. Jadikan waktu mandi bayi sempurna dengan rutin ini iaitu:

Membersih: Penggunaan gel mandian bayi amat penting untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan lembut pada bayi. Gunakan gel mandian lembut yang membantu melindungi lapisan kulit bayi anda seperti QV Baby Gentle Wash.

Melembap: Sesetengah bayi mungkin mempunyai kulit kering atau sensitif jadi penggunaan krim pelembap seperti QV Baby Moisturising Cream boleh membantu meredakan kulit kering, memastikan penghidratan dan perlindungan yang lama. Urut lembut pelembap pada badan bayi supaya ia dapat melembapkan kulit bayi dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah kebaikan produk QV Baby pada kulit si manja?

Produk penjagaan kulit QV Baby merangkumi rangkaian gel mandian dan pelembap yang berformula lembut direka khusus untuk kulit halus bayi. Setiap produk QV Baby bebas daripada pewarna, pewangi dan bahan kimia yang mungkin akan mengeringkan kulit. 

QV Baby Gentle Wash

Gel mandian ini diformulakan dengan vitamin B3 untuk membantu menyokong lapisan kulit yang lebih sihat dan mengandungi ciri perlindungan semula jadi. Ia juga tidak menyingkirkan minyak semula jadi kulit. Satu lagi kelebihannya, ia bebas buih.

Mempunyai pH seimbang dan diperbuat dari formula yang lembut, maka ia tidak akan merengsakan kulit.

QV Baby Gentle Wash diuji secara dermatologi, hipoalergenik, dan bebas dari pewarna, pewangi, propylene glycol dan lanoli, yang mana semuanya dikenali sebagai bahan merengsa untuk kulit bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cucian lembut ini sesuai untuk kegunaan harian. Anda juga boleh menggunakan QV Baby Gentle Wash untuk bayi yang mempunyai masalah kulit kering dan kulit kepala kering.

Bagaimana cara menggunakan QV Baby Gentle Wash?

Hanya lumurkan gel mandian ini pada kulit bayi anda dan urut dengan lembut, tidak perlu menggosok dengan kuat. Basuh, bilas dan keringkan kulit bayi anda. 

Apa pendapat ibu-ibu lain tentang QV Baby Gentle Wash?

Menurut ulasan di laman web rasmi QV, ramai ibu-ibu berpendapat bahawa QV Baby Gentle Wash adalah produk yang baik, terutamanya bagi mereka yang mempunyai bayi yang berkulit kering.

Mereka mengesyorkan produk ini kerana ia tidak mengeringkan kulit si kecil selepas penggunaan, kulit berasa sangat lembut! 99% ibu Malaysia juga bersetuju bahawa formula QV Baby Gentle Wash sangat lembut sehingga mereka boleh menggunakannya pada bayi mereka dari kepala hingga kaki*.


QV Baby Moisturising Cream 

QV Baby Moisturising Cream  mengandungi Squalane, yang merupakan komponen yang terdapat dalam minyak semula jadi kulit dan membantu dalam menghasilkan kelembapan kulit sendiri. Dirumus dengan tiga jenis bahan pelembap, iaitu emolien, humektan dan occludent.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah tekstur krim boleh jadi begitu pekat lantas meninggalkan kesan melekit dan berminyak pada kulit. Namun QV Baby Moisturising Cream tidak langsung berminyak dan melekit. Ini kerana formulanya yang mudah diserap dan boleh memberikan penghidratan sehingga 24 jam pada kulit. Ia tidak mengandungi sebarang bahan dari haiwan dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif.

Bagaimana cara menggunakan QV Baby Moisturising Cream?

Sapukan krim pelembap ini pada seluruh badan bayi dengan memulakan pada bahagian kaki, kemudian perut, dada dan akhir sekali bahagian belakang bayi.

Apa pendapat ibu-ibu lain tentang QV Baby Moisturising Cream?

Ibu-ibu yang telah menggunakan krim ini berkongsi testimoni bahawa ia sangat lembut, tidak berminyak dan menenangkan pada kulit. Krim pelembap ini sangat disyorkan oleh ibu, seperti yang dinyatakan dalam ulasan.

Produk QV Baby boleh didapati di semua farmasi terkemuka di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk QV Baby ini, anda boleh layari laman web rasmi mereka di QV Baby Malaysia, selamat mencuba!

*Berdasarkan keputusan tinjauan pengguna atas  talian Home Tester Club yang dijalankan oleh Buchanan bagi pihak Ego Pharm Malaysia Sdn Bhd, 22 Oktober – 27 November 2020, ke atas 279 bayi di Malaysia. Ulasan diberikan oleh ibu-ibu yang menerima dan mencuba QV Baby Gentle Wash pada bayi mereka yang berumur 0-36 bulan selama 7 hari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alahai Comelnya Bayi Tersenyum Ketika Tidur, Tapi Apa Maksudnya? Betulkah Dia Mimpi Bermain Dengan Uri?