Penggunaan walker untuk bayi memang berleluasa dan ia telah meyakinkan para ibu bapa bahawa ianya selamat digunakan, tetapi adakah ibu bapa tahu akibat sebenar penggunaan babywalker?
Kebanyakan para ibu bapa yakin bahawa dengan menggunakan walker untuk bayi boleh jadikan mereka lebih aktif dari segi perkembangan kemahiran motor di dalam pergerakan seperti berjalan dan merangkak. Manakala, ada juga ibu bapa yang tidak gemar menggunakan alatan-alatan bantuan seperti ini untuk mengembangkan kemahiran anak-anak mereka.
Oleh sebab itu, sejak kebelakangan ini, penggunaan babywalker telah menimbulkan keresahan terhadap ibu bapa kerana terdapat beberapa kes-kes berisiko telah timbul. Bukan sahaja dari segi bahaya secara fizikal, tetapi terutamanya bahaya secara perkembangan mental dan kemahiran si manja untuk berdikari.
Apakah risiko walker untuk bayi?
Sudah semestinya ibu bapa mahukan hanya yang terbaik bagi anak-anak mereka, termasuklah dengan penggunaan peralatan dan barangan aktiviti yang boleh digunakan untuk membantu tumbesaran si kecil. Baik dari menguatkan kemahiran skil motor halus si manja, termasuklah skil motor kasar yang menggalakkan si manja berjalan, seperti babywalker.
Oleh itu, kami akan membantu mengklasifikasikan kekeruhan terhadap penggunaan babywalker untuk si manja di dalam artikel ini. Sebelum itu, kami tidak berniat untuk menghalang anda untuk menggunakan babywalker. Pilihan tersebut masih terletak di tangan anda sebagai ibu bapa 🙂
Jadi, apakah risiko yang perlu ibu dan ayah tahu sebelum menggunakan babywalker?
#1. Perkembangan motor dan mental anak merosot
Sebuah kajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat telah dijalankan terhadap anak-anak kecil tentang penggunaan babywalker.
Di dalam sebuah temu duga, Dr. Siegel dari Case Western Reserve University di Cleveland, mengatakan bahawa perkembangan motor dan mental bayi-bayi yang menggunakan babywalker telah merosot. Sebagai contoh, perkembangan kemahiran motor anak-anak terbantut dibuktikan oleh skor mental bayi-bayi tersebut.
Mengikut kejadian tersebut, bayi yang menggunakan babywalker mendapat purata skor mental 113 manakala bayi yang tidak menggunakan babywalker mendapat skor mental purata 123. Hal ini kerana, bayi belajar untuk menerokai dunia dengan sendirinya, jika penglihatan bayi terlindung, bayi tidak dapat membuat penerokaan dengan lebih mendalam lagi.
Jadi, pentingnya ibu bapa memainkan peranan penting untuk memberi peluang kepada anak-anak untuk menerokai dunia.
#2. Kesukaran dalam mengimbangkan badan
Penggunaan walker untuk bayi berpotensi untuk mendapat kesukaran dalam mengimbangkan badan mereka. Kebergantungan mereka terhadap babywalker telah mengundang kesusahan untuk mengimbangkan badan.
Apabila mereka mula berjalan secara berdikari, kita boleh lihat perbezaan dimana cara mereka berjalan adalah sedikit berbeza dengan bayi-bayi yang tidak menggunakan babywalker.
#3. Kesukaran mengenalpasti bahagian tubuh badan
Disebabkan reka bentuk babywalker yang menghalang bayi daripada melihat kaki mereka, anak-anak mampu mendapat kesukaran untuk mengenal pasti bahagian tubuh badan mereka yang membantu mereka dalam proses belajar untuk berjalan, dan dalam kes ini, kaki mereka. Jadi walker untuk boleh mengelirukan badan bayi anda sebenarnya.
#4. Ibu bapa Prihatin dalam Perkembangan Anak-Anak
Ibu bapa perlu cakna dalam perkara-perkara dalam proses membantu anak-anak membesar dan berkembang dengan mengambil tahu risiko-risiko sebelum menjayakannya.
Walaupun sesetengah pihak akan memberi komen-komen negatif tentang cara ibu bapa lain membantu tumbesaran anak-anak, tetapi dengan mengetahui risiko atau downside sesuatu perkara mampu menolong para ibu bapa di masa hadapan kelak.
Untuk menjawab persoalan penggunaan babywalker okay ataupun tidak, malangnya tidak. Walau bagaimanapun, ibu bapa masih boleh menggunakan babywalker untuk anak-anak tetapi mereka juga harus membenarkan anak-anak belajar berjalan dengan sendiri asalkan terdapat pemantauan dan bantuan bagi mereka untuk mengembang secara motor dan mental.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Baileys Bouncers dan The New York Times
Baca Juga: Anak Baru Mula Berjalan? Ini 5 Tips Bantu Anda Cari Kasut Yang Serasi