Rumah Wangi Dan Menyegarkan, Cuba Wangian Rumah DIY Ini, Mudah Dan Murah Sahaja!

Untuk berjimat dengan hasil yang cukup memberangsangkan terdapat wangian yang boleh dibuat sendiri bagi membuatkan kediaman anda berbau harum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak suka berada dalam ruang yang memiliki aroma wangi, segar dan nyaman? Apatah lagi kalau sudah seharian penat bekerja di pejabat dan akhirnya dapat pulang ke rumah yang bersih dengan wangian yang menyegarkan pastinya dapat memberikan anda rehat secukupnya.

Namun ada sahaja penyebab yang membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak enak termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya.

Tidak dinafikan di pasaran lambakan produk pewangi rumah dan pembersih rumah yang dijual memang banyak. Ada juga saiz produknya kecil hanya cukup sampai sebulan saja.

Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua, tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu.

Ditambah pula sekarang musim orang masih beraya, malu rasanya kalau rumah berbau tetamu pun rasa tak selesa.

Bagaimanapun untuk berjimat dan hasil yang cukup memberangsangkan terdapat beberapa cara yang boleh anda buat sendiri (DIY) bagi membuatkan kediaman anda berbau harum seperti yang dikongsikan oleh Jamuhub di Instagram mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Beberapa batang daun Rosemary
  • Hirisan lemon
  • Lada hitam biji
  • Ekstrak vanila

Cara-caranya :

  • Didihkan air sehingga menggelegak.
  • Perlahankan api dan masakkan semua bahan.
  • Letakkan di ruangan terbuka seperti ruang tamu atau bilik, bau akan bertahan sehingga 3 hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu terdapat beberapa cara lain yang boleh anda ikuti selain cara membuat wangian DIY seperti di atas dengan menggunakan daun pandan. Di Malaysia, daun pandan cukup mudah dicari dan silap-silap ia banyak tumbuh menjalar di belakang rumah. Apa kata ambil dan cipta haruman ala spa di rumah.

Hiris halus beberapa helai daun pandan dan tambahkan bunga melati atau apa jenis bunga yang mempunyai bau yang harum. Siap!

Ada juga yang mengatakan kulit limau juga boleh mewangikan rumah. Lepas makan limau, kulitnya jangan dibuang kerana kita boleh memanfaatkannya sebagai pewangi rumah. Caranya, rebus kulit limau dan beberapa batang kayu manis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas ia mendidih, biarkan ia sejuk. Aromanya yang segar akan tersebar ke seluruh rumah. Tidak hanya kulit limau, anda boleh gunakan kulit epal dengan campuran bunga cengkih dan lemon.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 7 Tips Kemas Rumah Agar Nampak Baru Di Hari Raya, #3 Paling Mudah & Beri Impak Luas!

Baca juga : Pencuci Lantai Rumah DIY, Hanya Guna Bahan Di Dapur, Confirm Berkesan & Selamat Untuk Si Kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi