Kenangan yang indah
Kunjungan sebuah keluarga ke restoran makanan segera, Marrybrown di sebuah pusat membeli belah di Sungai Petani telah menjadi sebuah kenangan yang indah apabila seorang ibu, Nurul Haslina Abdul Halim, 27 terpaksa bersalin dalam restoran tersebut.
Kejadian berlaku dengan pantas
Kejadian tersebut terjadi pada pukul 10.30 malam apabila Nurul Haslina berasa sakit apabila membasuh tangannya selepas makan. Kejadian tersebut berlaku dengan pantas kerana, selepas membasuh tangannya, dia berasa perutnya sakit dan apabila beliau berdiri, air ketubannya pecah dan beliau boleh merasa bayinya sudah hampir keluar.
Suaminya Mohd Lutfi Hussin, 32, dan anak lelaki mereka Mohd Aqhar, 1, terpaksa memaklumkan pihak restoran yang telah membaringkan beliau diatas kerusi panjang dan cuba membantu sebanyak yang mungkin.
Pengurus Marrybrown, Sharizal Daud berkata, “Kakitangan Marrybrown sebenarnya sedang berkemas untuk pulang semasa kejadian tersebut. Tiba-tiba seorang kakitangan saya meminta menelefon ambulans kerana seorang pelanggan sakit ingin bersalin.”
Nasib baik kerana seorang jururawat yang kebetulan melalui restoran tersebut telah membantu menenangkan beliau sebelum jururawat dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang tiba beberapa minit kemudian.
Nurul Haslina telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram.
Artikel dari MyMetro
Gambar dari Metro