X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Luka Jahitan Banyak, Sakitnya Bukan Main-Main, Ini Cara Penjagaan Luka Bersalin Yang Betul

4 min bacaan
Luka Jahitan Banyak, Sakitnya Bukan Main-Main, Ini Cara Penjagaan Luka Bersalin Yang Betul

Luka bersalin perlu dijaga dengan baik supaya proses pemulihan dapat berjalan lancar dan tubuh badan dapat kembali kepada keadaan asal. Ada sedikit perbezaan dalam menjaga jahitan C-Section dan episiotomi.

Penjagaan luka bersalin amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman. Teliti panduan-panduan penjagaan khas bagi kedua-dua jenis luka, baik luka episiotomi dan luka czer. 

Ada ibu-ibu yang beruntung, lahir normal, luka koyak pun tak ada. Namun kasihan juga pada ibu-ibu yang luka koyak sehingga tahap keempat! Jahitannya pun banyak dan lebih rumit untuk dijaga. 

Tapi jangan bimbang ya, setiap luka akan sembuh cuma kena tahu penjagaan yang betul. 

Penjagaan luka bersalin yang betul: czer

penjagaan luka bersalin
Luka akibat pembedahan C-Section mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika merasa lemah dan tidak selesa, itu perkara biasa.

Banyakkan rehat
Berehatlah selama yang boleh. Pastikan apa sahaja yang anda dan bayi perlukan berada dekat dengan anda.

Tampung abdomen
Sentiasa tampung abdomen dengan struktur badan yang betul ketika berjalan dan berdiri. Pegang abdomen berhampiran dengan luka semasa batuk, bersin atau ketawa.

Luka sentiasa bersih dan kering
Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:
• cuci luka ketika mandi
• keringkan luka dengan pengering rambut
• sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung
• letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka

Penjagaan luka bersalin: episiotomi

penjagaan luka bersalin

Luka episiotomi lebih rumit penjagaannya berbanding luka C-Section kerana tempat luka yang lebih mudah lembab.

Pek ais
Letakkan pek ais pada luka. Ini akan menyebabkan kebas dan mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada luka. Sama ada di hospital atau di rumah, tukarkan pek ais yang baru setiap 12 jam.

Rendaman antiseptik
Bagi membantu membersihkan kawasan luka, berendamlah dalam air suam bercampur antiseptik. Ini dapat membersihkan kawasan luka sambil menghindari kuman. Gunakan sitz bath supaya anda tidak perlu memenuhkan tub mandi.

Elakkan terlalu lama dalam satu posisi
Tanpa rehat yang mencukupi, kawasan luka boleh membengkak. Namun elakkan berbaring, berdiri atau duduk terlalu lama. Cuba untuk berjalan perlahan-lahan. Anda juga boleh duduk di atas bantal atau padded ring untuk keselesaan.

Aliran air suam
Ketika membuang air kecil, alirkan air suam pada kawasan perineum. Ini membantu mengurangkan rasa ‘terbakar’ pada kulit apabila urin menyentuhnya. Alirkan juga setelah selesai. Ketika membuang air besar, tekankan sedikit kawasan perineum dengan pad bersih.

Sapuan dari depan
Apabila mengeringkan kawasan luka, pastikan anda lakukan sapuan dari depan ke belakang bagi mengelakkan jangkitan kuman dari kawasan dubur.

Senaman kegel
Mulakan senaman kegel pada hari anda melahirkan bagi membantu memulihkan otot, menggalakkan aliran darah dan mempercepat pemulihan. Lakukan ia apabila bertukar posisi. Kontraksi pada lantai pelvis dapat mengurangkan rasa tarikan pada jahitan apabila anda bergerak.

Dedahkan luka
Jika dapat, dedahkan kawasan luka selama mungkin setiap hari. Ini membantu kawasan luka sentiasa kering.

Ubat luka
Jika anda dibekalkan dengan ubat sapuan untuk luka, sapukan selepas mandi atau rendaman antiseptik setelah kawasan luka dikeringkan. Anda juga boleh menggunakan minyak hazel bagi tujuan sembuhan.

Tips tambahan

Minum banyak air

penjagaan luka bersalin

Minumlah air dengan banyak terutama jika anda mengalami koyakan pada perineum yang melibatkan bahagian dubur (koyakan tahap 3 dan 4). Ia dapat menggantikan cecair dalam badan yang hilang dan mengelakkan sembelit. Kosongkan pundi kencing selalu bagi menghindari jangkitan pada saluran kencing (UTI).

Perhatikan tanda-tanda jangkitan
Pastikan luka tidak dijangkiti kuman. Hubungi doktor atau pihak hospital jika anda dapati perkara berikut: luka menjadi merah, merasa panas, membengkak dan terdapat cairan seperti nanah; demam panas sehingga 38C; atau sakit yang semakin teruk di sekitar luka.

Ambil ubat jika perlu
Ambillah ubat tahan sakit apabila dirasakan perlu seperti ibuprofen atau acetaminophen. Elakkan aspirin jika anda menyusukan bayi kerana ia memberi kesan negatif.

Elakkan mengangkat benda berat
Hindari daripada mengangkat benda berat kerana ia akan memberi tekana terhadap lantai pelvis dan abdomen anda.

Hubungan kelamin
Tubuh anda memerlukan waktu untuk pulih sepenuhnya, begitu juga dengan organ peranakan. Berikan masa sebelum anda kembali melakukan hubungan kelamin, mungkin antara 4-6 minggu selepas melahirkan.

Bersabarlah
Pemulihan luka selepas bersalin mengambil masa. Bersabarlah dan jangan terburu-buru untuk cepat melakukan kerja-kerja berat. Simpan tenaga anda untuk menguruskan bayi dan diri anda supaya tubuh badan anda dapat pulih dengan baik sepenuhnya. 

Sumber: 
Proses pemulihan setelah melahirkan
Menjaga luka episiotomi
C-Section Recovery: What to Expect
Kembali ke rumah selepas pembedahan cesarean
Tips menjaga luka pembedahan (Cesarean)
Postpartum perineal pain
Postpartum care: What to Expect after a vaginal delivery

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Seks Dapat Percepatkan Penyembuhan Luka Bersalin?

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Luka Jahitan Banyak, Sakitnya Bukan Main-Main, Ini Cara Penjagaan Luka Bersalin Yang Betul
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham