Dilema Suami Yang Baru Tukar Kerja, Patut Ke Tidak Apply Cuti Isteri Bersalin?

Dilema seorang ayah bila baru bertukar kerja tapi secara tiba-tiba isteri dah nak bersalin. Hmmm, macam mana nak apply paternity leave ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya Tuhan bagaimana rasanya dan apa nak buat kalau wanita bersalin tapi suami tidak dapat cuti? Aduh, mesti seribu satu perasaan akan muncul kan? Terutama kalau isteri terpaksa berpantang berseorang diri di rumah dengan
bayi dan anak-anak yang lain.

Bukan itu sahaja, ayah pula baru memulakan kerja di tempat yang lain dan tentunya memerlukan masa untuk mengenali soal kerja, rakan-rakan sepejabat dan skop tugasan pejabat.

Jadi bagaimana nak minta cuti? Boleh ke tidak? Atau adakah bos akan beri kelulusan?

Inilah antara soalan-soalan yang akan bermain di fikiran, kan?

Wanita bersalin, suami boleh dapat cuti tak?

Kenapa suami patut bimbang bila berhadapan dengan situasi ini? Ini kerana, cuti semestinya memerlukan masa yang lebih panjang kerana anda perlu memberi ruang dan masa untuk menjaga isteri yang berada dalam pantang.

Adakah anda dilihat suami yang tidak bertanggungjawab kalau tak ambil cuti? Adakah rakan-rakan sepejabat memahami situasi yang anda alami dan tidak ‘berkira’ jika anda mengambil cuti dengan agak panjang meskipun baru mula kerja di tempat baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semestinya ini merupakan soalan yang cukup rumit untuk seorang bapa selesaikan.

Namun tenang ya, kami ada jawapan penyelesaiannya.

Perlu atau tidak ambil paternity leave?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum itu, adakah normal bagi seseorang itu mengambil cuti paternity leave?

Seperti yang kita fahami, masih ada yang bertanyakan soalan begitu malah tak kurang juga yang tidak tahu tentang cuti isteri bersalin ini.

Sampai ada yang menggabaikan tanggungjawab mereka untuk tidak menjaga isteri semasa berpantang.

Sedangkan menjaga seseorang wanita bersalin dalam pantang adalah sangat penting kerana mereka perlu menjaga emosi dan perasaan dengan baik.

Hal ini kerana, wanita bersalin yang dalam tempoh berpantang mungkin terdedah dengan kecelaruaan emosi hingga menyebabkan kemurungan, gila meroyan, tekanan perasaan, stres dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti di negara jiran kita di Singapura mereka mengesyorkan cuti sakit selama dua minggu yang dibayar oleh majikan.

Sementara itu, bagi Jepun dan Korea Selatan pula, mereka menawarkan hak ‘mesra ayah’ selama 10 ke 15 hari bergantung kepada keperluan masing- masing.

Walaubagaimanapun, penyelidikan Unicef mengatakan hanya 5 % bapa di Jepun memilih untuk mengambil cuti semasa isteri bersalin pada tahun 2017 dan angka itu cukup mengejutkan.

Keadaan ini terus menjadi kebimbangan di Amerika apabila cuti paterniti tidak diperkenalkan malah sesetengah negara Eropah dan United Kingdom menawarkan hanya beberapa hari sahaja.

Cuti bersalin suami di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Says.com

Menurut laporan daripada Sinar Harian pada November tahun lepas, Kementerian Sumber Manusia ingin mencadangkan kepada kabinet penetapan tujuh hari cuti bersalin bagi suami yang bekerja di sektor swasta.

Perkara ini mendapat sokongan seratus peratus daripada kaum lelaki di Malaysia khususnya mereka yang bergelar suami.

Walaubagaimanapun, Kementerian tersebut berharap ia menjadi peraturan wajib supaya dapat dipatuhi sektor swasta sekiranya cadangan tersebut diluluskan seterusnya menjadi undang-undang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat sementara ini, cuti bersalin untuk bapa adalah selama tujuh hari bagi kakitangan kerajaan sementara sektor swasta pula bergantung kepada majikan masing-masing sama ada satu atau tiga hari bekerja.

Jika suami ingin mengambil lebih dari jumlah yang diberikan mereka perlu menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

Sementara itu, bagi negara antarabangsa seperti Norway, Sweden, Iceland dan Finland, isu cuti bersalin bukanlah sesuatu yang baru.

Ini kerana, negara-negara tersebut telah memperuntukkan tempoh cuti wanita bersalin bagi bapa sebanyak 14 hari dengan pilihan polisi gaji.

Di Malaysia, dua syarikat yang menawarkan cuti satu bulan adalah CIMB dan IKEA Malaysia.

Kesimpulannya, cuti bersalin isteri ini haruslah mendapat sokongan daripada semua pihak.

Buat para suami  yang baru bertukar tempat kerja, dan ingin mengambil paternity leave, anda mungkin boleh berbincang secara baik dengan majikan. Kemudian, nyatakan sebab-sebab mengapa anda perlu bercuti.

Apapun, diharap urusan anda lebih baik. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Penulis asal Dean Caroll. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore.

Kredit gambar : Says.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcuti-bersalin-suami