Mitos atau Fakta: Wanita Klimaks Menyebabkan Kehamilan Dengan Lebih Mudah

Ketika berada di dalam ranjang, mengalami klimaks bagi wanita adalah satu kepuasan bagi si isteri dan juga suami. Tetapi, betulkah klimaks wanita ini juga boleh meningkatkan kebarangkalian untuk si isteri hamil atau adakah ia hanya mitos?

Pernahkah anda mengalami persetubuhan bersama suami yang cukup memuaskan sehingga anda mencapai klimaks? Bagus! Maknanya, suami anda tahu apa yang mereka lakukan, dan mereka juga mementingkan kepuasan anda.

Tetapi, tahukah anda, bahawa ada sesetengah wanita lebih sukar untuk mengalami klimaks walaupun faraj adalah suatu tempat yang sangat sensitif? Terutamanya di bahagian klitoris, di mana ada lebih 8,000 saraf. Jadi, jika anda berjaya mencapai klimaks, adakah ia akan meningkatkan kebarangkalian untuk anda hamil?

Mitos atau Fakta: Wanita Klimaks Menyebabkan Kehamilan Dengan Lebih Mudah 

Kredit: Freepik

Secara amnya, sekiranya si suami ejakulasi di dalam, maka si isteri akan ada kemungkinan untuk hamil tanpa mengira jika dia telah mengalami klimaks atau tidak. Namun, sekiranya terjadinya klimaks, adakah ia menyebabkan anda hamil dengan lebih mudah?

Jawapannya, tiada sumber yang sah menyatakan bahawa wanita yang mengalami klimaks akan hamil dengan lebih mudah.

Kesimpulannya, ia adalah mitos. Tetapi, klimaks wanita dapat meningkatkan kesuburan seseorang wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penjelasan dan teori yang mungkin menyokong pernyataan ini.

Teori Yang Menyokong Pernyataan Wanita Klimaks Menyebabkan Kehamilan

Kredit: Pexels

1# Teori Poleaxe

Dicadangkan oleh Desmond Morris, seorang pakar zoologi, pada tahun 1967, beliau telah menyatakan bahawa wanita yang mengalami klimaks akan lebih mudah penat selepas bersetubuh dan menyebabkan mereka terbaring, menjadikan sperma lebih mudah sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Walaupun tiada pengesahan tentang teori ini, terdapat satu kajian dari rawatan IUI yang mendapati bahawa wanita yang kekal baring ketika inseminasi lebih mudah untuk “mendapat hasil”.

2# Teori Upsuck

Teori yang diperkenalkan ketika era 1900 ini telah menyatakan bahawa pengecutan (contractions) membantu melajukan proses air mani masuk ke dalam serviks wanita. Klimaks tersebut pula bertugas untuk mengerakkan sperma ke dalam tiub fallopio melalui uterus.

Kajian daripada teori ini mendapati bahawa jika seorang wanita mengalami klimaks pada waktu yang sama dengan lelaki, kadar air mani yang mengalir keluar semula adalah lebih sikit berbanding wanita yang tidak mengalami klimaks. Ini bermakna pengekalan sperma di dalam faraj wanita yang mengalami klimaks adalah lebih kuat. 

3# Teori Evolusi

Teori ini telah menyatakan bahawa klimaks wanita adalah suatu perkara yang penting dalam pembiakan, tetapi kini tidak lagi oleh sebab proses ovulasi terjadi sebulan sekali, tidak kira sama ada wanita tersebut mengalami persetubuhan atau tidak. 

Pada zaman dahulu, mungkin proses ovulasi hanya terjadi apabila wanita mengalami klimaks. Tapi, siapa tahu?

Semakin manusia melalui evolusi baru dengan pertambahan waktu, dan proses ovulasi lebih kerap berlaku, ini menyebabkan klitoris semakin menjauh dengan saluran faraj. Ini bukan bermakna klimaks wanita tidak membawa apa-apa kepentingan kepada pembiakan, cumanya signifikasinya adalah kurang dari waktu sebelumnya.

Secara ironinya, walaupun klimaks tidak meningkatkan kehamilan tetapi kehamilan akan meningkatkan kadar seseorang wanita itu menghadapi klimaks!

Walaupun klimaks tidak menyebabkan kehamilan dengan mudah, tetapi ia masih membawa kebaikan-kebaikan lain.

Kebaikan Mengalami Klimaks Wanita

Kredit: Freepik

Antara kebaikan yang para wanita boleh dapati dari mengalami klimaks ialah kebaikan dari segi emosi. Ketika mengalami klimaks, berbagai-bagai hormon di dalam badan dilepaskan seperti oksitosin dan DHEA. 

Sesetengah kajian juga berpendapat bahawa hormon-hormon ini mempunyai kualiti perlindungan dari penyakit seperti barah dan penyakit di hati. Kedua-dua hormon ini juga boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih tenang selepas persetubuhan.

Jadi, kepada sang suami yang juga sedang membaca artikel ini, belajarlah teknik-teknik yang betul untuk memuaskan si isteri. Kerana dengan itu, hubungan suami isteri juga akan menjadi lebih erat dan waktu di ranjang juga akan menjadi lebih seronok!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: VeryWell Family, Today’s Parent 

Baca juga: Elak Tewas 5 Minit, 9 Petua Tahan Lama Ini Berkesan Buat Isteri Klimaks Berulang Kali!