Pengalaman melahirkan anak memang sangat istimewa. Tapi apabila seorang wanita lahirkan anaknya sendiri, itu memang pengalaman yang tidak ternilai.
Wanita lahirkan anaknya sendiri ketika proces c-section!
Emily Dial merupakan seorang bidan profesional. Apa yang mengejutkan, dia turut bekerjasama dengan doktor untuk lahirkan anaknya sendiri melalui pembedahan Cesarean.
Semua gambar-gambar berharga ini diambil oleh jurugambar profesional, Sarah Hill. Mari kita lihat detik-detik yang bernilai ini!
Gambar: Sarah Hill Photography
Saat tiba masa Emily ingin melahirkan anak, doktor membedah perutnya. Emily menghulurkan tangan dan mengeluarkan anaknya sendiri.
Emily Dial kongsi pengalamannya
Gambar: Sarah Hill Photography
Wanita hebat ini berjaya lahirkan anaknya sendiri dan juga berkongsi perasaannya. Dia berkata “ia merupakan pengalaman yang luar biasa untuk menghulurkan tangan dan merasa kepalanya dan perlahan-lahan dia keluar.”
“Menarik dia keluar dan melihat wajahnya merupakan saat yang luar biasa yang semua ibu akan ingati sampai bila-bila.”
Wanita lahirkan anaknya sendiri diabadikan dalam gambar
Gambar: Sarah Hill Photography
Jurugambar profesional, Sarah Hill mengambil gambar kelahiran yang luar biasa ini. Emily Dial dilihat memakai sarung tangan semasa pembedahan.
Malah, ada juga skrin yang menghalang tapi Sarah dapat mengambil gambar yang cantik dan kongsikannya di Facebook.
Gambar: Sarah Hill Photography
Di Facebook Sarah, dia berkata: Ini adalah hari menakjubkan yang pernah terjadi dalam hidup saya. Bidan saya yang hebat ini bukan sahaja melalui pembedahan cesar hari ini, dia juga KELUARKAN ANAKNYA SENDIRI DARI PERUT!!!!!!
“Ia memang luar biasa. Dia bukan sahaja hebat. Dia telah dijadikan untuk membawa bayi-bayi keluar ke dunia dan pembedahan cesar tak menghalangnya dari lahirkan anaknya sendiri!
“Melihat rakan-rakan sekerja turut sama membantu menjadikan ia lebih indah. Ia merupakan satu penghormatan untuk berada di sini dan mengabdikan kenangan ini untuk Emily dan Danial… And surprise!! It’s a GIRL!!”
Gambar: Sarah Hill Photography
Apabila ditanya oleh media tentang pengalaman uniknya mengambil gambar kelahiran ini, dia berkata: “Saya cuma rasa kisah ini menarik dan Emily adalah salah seorang yang bila anda bertemu dengannya, anda tahu yang dia sangat luar biasa dan saya hanya mahu kongsikan itu.
Dan bukan setiap hari kita boleh lihat ibu menarik keluar anaknya sendiri, lebih-lebih lagi semasa pembedahan.”
Bagaimana untuk membantu orang yang mahu bersalin?
Mungkin tak selalu terjadi di mana anda akan terlibat dalam situasi membantu wanita melahirkan anak. Tapi kita tak tahu, dan kita perlu sentiasa bersedia!
Baca tips di bawah yang mungkin berguna untuk anda satu hari nanti.
- Dapatkan bantuan. Pertama sekali anda perlu menelefon panggilan kecemasan dan panggil seseorang yang anda tahu mahir tentang proses bersalin. Pastikan pintu sentiasa terbuka supaya senang untuk orang masuk. Jika anda sedang memandu dan penumpang anda ingin beranak, berhenti di tempat yang selamat.
- Jangan panik. Ya, ini paling penting. Mungkin anda pertama kali melalui situasi ini, tapi ini bukanlah situasi yang luar biasa. Jadi, cuba bertenang untuk tidak membuatkan orang yang nak bersalin juga panik. Ingatkan dia untuk bernafas secara tenang.
- Buat persediaan. Fikirkan kebersihan. Basuh tangan anda dan buat persiapan sementara menyediakan barang keperluan ibu. Lantai merupakan tempat yang terbaik untuk melahirkan anak. Pastikan ibu tersebut selesa dengan posisinya dan benarkan dia duduk, cangkung atau posisi lain yang diingini.
- Bersedia untuk menangkap. Bersedia untuk tangkap bayi dan ingat yang apa yang anda perlu lakukan. Apabila anda melihat kepala bayi keluar, jangan tarik bayi keluar, gunakan tangan anda untuk menahan kepala dan bayi akan pusing apabila dia sudah keluar sepenuhnya.
- Tali pusat. Jangan risau jika tali pusat terbelit di leher bayi, keluarkan tali pusat semasa bayi keluar. Biarkan kepala bayi dekat dengan ibu jika tali pusat terlalu ketat. jangan potong tali pusat sendiri, serahkan pada pakar dan jika pakar tidak datang, biarkan tali pusat bertukar keras dan berwarna putih. Ini mungkin mengambil masa berejam dan potong tali pusat menggunakan gunting 4 inchi dari bayi.
- Uri. Tunggu uri keluar, ia mungkin mengambil masa lebih kurang 15 minit selepas bayi keluar. Jangan tarik. Bila uri keluar, bungkuskan ia dengan surat khabar atau kain.
Kami di theAsianparent Malaysia amat berbangga dengan Emily dan semua wanita hebat yang bersalin czer mahupun normal di luar sana. Semoga anda semua sentiasa dilindungi Tuhan dan dirahmati-Nya.
Tahniah Emily!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-bersalin-di-laluan-hospital
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!