Wilayah Hunan, China. Seorang wanita dikejarkan ke hospital itu supaya boleh melahirkan anak. Walau bagaimanapun, kakitangan perubatan hospital tersebut menyedari bahawa mereka mempunyai masalah besar di pihak mereka apabila mereka melihat bahawa wanita itu mempunyai berat 127 kg.
Wanita tersebut mengalami pelbagai penyakit
Kerana berat badan wanita itu, dia menghidap pelbagai penyakit, termasuk preeclampsia, kencing manis semasa mengandung, dan tekanan darah tinggi pulmonari antaranya.
Para doktor juga mengalami kesukaran semasa pemeriksaan wanita tersebut, sebagai jururawat, mereka terpaksa menggunakan berat badan mereka sendiri untuk menghalang doktor dari dihempap oleh wanita itu.
Lebih 16 bidan dan pakar-pakar dari obstetrik dan ginekologi, anestetik, dan jabatan pediatrik di hospital, bekerja bersama-sama untuk berjaya melahirkan bayi wanita tersebut.
Bayi perempuan selamat dilahirkan
Setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan, pasukan perubatan telah berjaya membantu melahirkan bayi perempuan wanita tersebut. Bayi yang dilahirkan sihat dan kedua-dua bayi dan ibunya sedang dalam jagaan hospital.
Berita kelahiran tersebut telah menjadi viral di Weibo, platform media sosial utama China. Mereka telah digelar sebagai “malaikat putih yang paling cantik” oleh rakyat di laman web media sosial.
Wanita itu sebelum ini pernah melahirkan, dan dia amat gembira dengan kehadiran anak keduanya.
Halaman seterusnya: Bagaimana untuk kekal fit semasa hamil
Bagaimana untuk kekal fit semasa hamil
Kehamilan tidak bermakna bahawa anda hanya boleh makan apa sahaja yang anda mahu, kerana kesihatan ibu mengandung secara langsung boleh memberi kesan kepada kesihatan kandungannya juga.
Oleh itu, amat penting untuk ibu-ibu mengandung untuk sentiasa menjaga kesihatan supaya bayi mereka akan menjadi kuat dan sihat. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk ibu-ibu yang ingin menjaga kesihatan semasa kehamilan mereka:
1. Berjalan-jalan, atau berenang di kolam
Berjalan adalah bentuk senaman yang paling mudah yang ibu-ibu hamil boleh lakukan. Itulah sebabnya anda perlu sentiasa mengambil peluang untuk berjalan-jalan semasa kehamilan anda kerana ia membantu anda untuk sentiasa kekal fit. Aktiviti renang juga merupakan satu aktiviti yang baik untuk ibu hamil kerana air membantu menyokong berat badan anda, dan berenang membantu badan kekal kuat dan bertenaga.
2. Melakukan aktiviti fizikal
Selain berjalan kaki dan berenang, kekal aktif adalah penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia membantu mengekalkan pengaliran darah yang baik, mengekalkan otot anda kuat, dan mengurangkan keletihan.
3. Makan makanan yang sihat
Anda adalah apa yang anda makan. Makan makanan yang sihat bukan sahaja akan membuat anda sihat, tetapi juga akan membantu dalam perkembangan bayi anda supaya mereka boleh membesar menjadi kuat dan sihat.
4. Jangan keterlaluan
Walaupun senaman memang penting bagi wanita hamil, ia adalah penting untuk mengetahui had anda dan tidak keterlaluan dalam melakukan senaman. Sentiasa berbincnag dengan doktor anda jika anda ingin melibatkan diri dalam jenis senaman yang berat.
5. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup adalah penting untuk ibu-ibu mengandung sama seperti senaman. Mendapatkan rehat yang secukupnya membantu badan anda pulih dan banyak membantu dalam perkembangan bayi anda..