Wanita Paling Kedekut, 23 Tahun Tak Beli Pakaian Baru Termasuk Pakaian Dalam Sebab Nak Jimat Duit

Wanita ini bukan saja tidak pernah membeli baju baru sejak 23 tahun yang lalu, malah pakaian dalamnya juga sama, begitu kedekut sebab nak jimat duit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, betul anda tak salah baca. Gara-gara nak berjimat wanita kedekut ini sanggup hidup dengan serba kekurangan sehingga tak membeli pakaian dalam baru selama 23 tahun. 

Pada bulan Mac lepas, Kate Hashimoto yang menetap di New York muncul dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates, di mana dia memberi tips tentang cara hidup dengan jimat. Tinggal di salah satu bandar termahal di dunia, Hashimoto menjelaskan bagaimana dia dapat hidup dengan anggaran hanya $200 (kira-kira RM846) sebulan.

“Saya telah tinggal di New York selama tiga tahun, walaupun ia adalah kota termahal untuk didiami. Saya telah menemui cara untuk mengatasinya,” katanya.

Menjadi kedekut dapat menjimatkan wang beribu dolar

“Sekiranya saya harus mengeluarkan wang, saya akan mencuba untuk mengelakkannya, saya akan membayar sesedikit yang mungkin.”

“Kalau perlu makan di luar, saya akan cuba untuk mengelaknya, melainkan orang lain yang membayarkan makanan itu,” katanya lagi.

Wanita kedekut itu mengatakan bahawa dia tidak pernah membeli perabot, sebaliknya memilih untuk mencarinya di tepi jalan, hasil daripada perabot yang telah dibuang oleh orang ramai. Dia akan ambil perabot yang masih dalam keadaan baik dan dibawa pulang ke rumah untuk digunakan. 

Dia mengatakan bahawa tempat tidurnya dibuat dari tikar yoga lama,  dan meja makannya yang menggunakan susunan majalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin kedengaran agak melampau, tetapi Hashimoto menganggap bahawa dengan tidak mengeluarkan wang untuk perabot, dia dapat berjimat dengan banyak untuk dirinya sendiri.

Dia berkata: “Saya akan bersedia unttuk mengambil perabot yang dibuang di jalan sebelum lori sampah mengambilnya, saya telah menyimpan beberapa ribu dolar untuk tidak membeli perabot.”

Walau bagaimanapun, penjimatan tidak berhenti di situ, Hashimoto malah mengaku tidak mahu memasak untuk memastikan bil elektrik tetap rendah dan juga mengakui hanya menggunakan mesin cuci pinggan mangkuk dan oven sebagai tempat simpanan.

Tidak basuh baju selama 3 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia tidak mencuci pakaian di dobi atau mempunyai mesin basuh selama 3 tahun. Dia hanya akan mencuci pakaiannya di bilik mandi.

Dan satu lagi penjimatan besar bagi orang barat ialah, dengan tidak membeli tisu tandas. Kalau kita di Asia memang biasa untuk mencuci dengan air selepas membuang air. 

Dia memberitahu yang kononnya ‘rahsia besar’ untuk menjimat duit “Saya tidak menggunakan tisu tandas, saya hanya menggunakan air dan sabun untuk membersihkan diri.”

Dia juga terkenal mengitar semula tisu dari tandas awam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sekiranya saya mengeringkan tangan di bilik mandi awam, saya akan keringkan sekali tuala tangan yang saya cuci bersih dan saya menyimpannya untuk menggunakannya semula,” jelasnya.

Bercakap mengenai topik kegemaran wanita iaitu pakaian, kata Kate dia cukup bangga bahawa dia tidak membeli sesuatu yang baru untuk dipakai dalam masa lapan tahun, sambil menambah: “Kali terakhir saya membeli seluar dalam adalah tahun 1998.”

Cukup luar biasa, Hashimoto mungkin bukanlah wanita paling kedekut  yang telah diajak bicara oleh Extreme Cheapskates.

Mereka juga memaparkan seorang wanita yang bernama Stephanie Bennett yang hanya memiliki sebuah lampu yang dia akan bawa dari satu bilik ke bilik lain, sesuatu yang dia dakwa menjimatkan elektriknya $ 60 sebulan.

Stephanie Bennett juga menggunakan mesin cuci pinggan mangkuknya untuk memasak makanan! Hebat betul tips dan trik mereka untuk berjimat ini. Anda mampu lakukannya? Tak sanggup rasanya.

Tips untuk berjimat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: iStock

  1. Sentiasa jejak perbelanjaan anda setiap bulan. Letakkan satu amaun untuk anda berbelanja setiap hari (tidak termasuk bil, sewa dan komitmen) dan jangan pernah lebih dari bajet yang ditetapkan.
  2. Sentiasa simpan minimum 30% daripada duit gaji. Jangan usik langsung. Masukkan di dalam akaun bank yang berlainan. Jangan simpan dalam akaun yang sama untuk perbelanjaan. Kalau perbelanjaan ada lebih simpan bakinya, elak bawa kehadapan.
  3. Elakkan membeli/melanggan sesuatu yang tidak penting. Kalau selama ini setiap bulan mesti beli sesuatu dari Shopee, cuba buat list, kalau anda mampu saja bertahan tanpa item yang ingin dibeli itu maka skip saja pembelian Shopee pada bulan itu. 
  4. Berjimat dengan cermat bukan kedekut, jadi jika tekak tu teringin nak makan makanan mahal-mahal, anda perlu ingat sekejap saja rasa kepuasan itu. Jadikan satu goal seperti akhir bulan ada duit lebih maka bolehla makan sesuatu yang lebih istimewa!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ladbible, MalayMail, Mirror UK

Foto: CDN Parenting

Baca juga: 8 Cara Bijak Menyimpan Wang Demi Keluarga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan