Kajian: Wanita Bijak Lebih Digemari Lelaki Berbanding Wanita Cantik, Betul Ke?

Nampaknya selepas ini, para lelaki tidak harus mencari bakal isteri yang cantik saja, tapi wanita pilihan itu juga perlulah bijak dengan bukti ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda terfikir tentang apa ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan lelaki? Semua wanita menganggap lelaki akan lebih cenderung memilih wanita yang cantik berbanding ciri-ciri lain. Lagipun, siapa yang tak mahu isteri menawan, kan?

Dan sudah menjadi norma dalam masyarakat kita, wanita yang cantik akan lebih mendapat perhatian dan menjadi pujaan lelaki. Asalkan cantik, semua perkara lain boleh diketepikan.

Tapi, itu tidak bermaksud cantik adalah satu-satunya pakej yang perlu ada pada seorang wanita pilihan lelaki.

Baru-baru ini, kajian telah membuktikan kenapa lelaki harus memilih wanita yang bijak berbanding wanita yang cantik. Dan ini sebabnya…

Wanita pilihan lelaki yang bijak

Kredit: Redaksi

Menurut kajian dari Professor Lawrence Whalley, pakar dalam kesihatan mental di College of Medicine and Life Science di University of Aberdeen, lelaki yang mengahwini wanita bijak ada satu kelebihan penting.

Kelebihan itu adalah mereka boleh hidup dengan lebih lama, lebih sihat dan mampu mengelak penyakit dementia.

Dementia bukanlah sejenis penyakit khusus. Ia merupakan sekumpulan penyakit yang menjejaskan ingatan, pemikiran dan kemampuan sosial seseorang individu hingga mampu mengganggu kehidupan seharian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara tanda utama penyakit dementia adalah hilang ingatan. Alzheimer merupakan salah satu penyebab penyakit dementia di kalangan orang tua.

Antara tanda-tanda simptom dementia adalah:

  • Hilang ingatan
  • Sukar untuk bercakap dan menyebut perkataan tertentu
  • Sukar untuk menyelesaikan masalah
  • Sukar untuk kendali tugas kompleks
  • Susah untuk merancang dan membuat aturan
  • Sering keliru
  • Perubahan personaliti
  • Kemurungan dan keresahan
  • Paranoia
  • Berkhayal

Jadi, menerusi bukti kajian terbaru ini, pakar mendedahkan lelaki yang mengahwini wanita yang bijak akan lebih bahagia, gembira dan tidak berisiko menghidap penyakit Alzheimer atau Dementia apabila mereka semakin tua kelak.

Wanita yang bijak itu bagaimana?

Kajian ini telah menjadikan pasangan kembar sebagai subjek kajian. Hasil kajian mendapati lelaki yang memiliki isteri bijak mampu melindungi lelaki itu dari penyakit tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, kajian juga membuktikan isteri yang sering mencabar kemampuan minda suaminya akan memberi manfaat yang sama. Contohnya seperti bermain permainan teka silang-kata atau catur.

Yang lebih mengukuhkan hasil kajian, para subjek juga melalui imbasan otak.

Imbasan otak mendapati walaupun ada beberapa lelaki yang menunjukkan tanda-tanda dementia, namun mereka tidak menghidap penyakit itu langsung!

Imbasan otak mereka menunjukkan yang mereka amat bijak dan semua organ dalam badan berfungsi dengan elok.

Wanita pilihan lelaki haruslah bijak, bukan cantik semata-mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian ini seharusnya mampu membuka mata masyarakat untuk tidak lagi memperlekehkan wanita yang bijak.

Norma dalam masyarakat Malaysia akan memandang enteng wanita yang berjaya dan mampu mencapai pencapaian akademik yang tinggi.

Hal ini berikutan kerana kita menganggap wanita atau seorang isteri hanya akan “bertugas” di dapur dan menjaga suami saja, walaupun seberapa bijak mereka jadi.

Maka, mereka tidak perlu bijak. Tapi dengan pendedahan hasil kajian ini, mungkin tanggapan kita juga boleh berubah.

Wanita yang bijak didapati akan membesar dengan lebih berkeyakinan dan berdikari.

Jadi, marilah sama-sama kita menyokong hal ini dan mengubah mindset yang menganggap wanita bijak tidak berguna dan lelaki harus memilih wanita cantik saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan tahukah anda yang isteri juga memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan jantung si suami?

Satu lagi, kajian juga membuktikan yang isteri “chubby” 10 kali lebih membahagiakan suami mereka!

Ha… nampaknya ada banyak faedah kenapa kaum lelaki harus lebih bijak memilih pasangan hidup untuk kesenangan pada masa akan datang.

Selepas ini janganlah asyik fokus pada wanita berdahi licin saja, ya?

Ah, jangan lupa juga untuk beritahu suami bagaimana kecerdasan anda mampu menjamin kesihatan mereka!

Apabila sudah sehati sejiwa, anda pasti mahu diri sendiri malah pasangan berpeluang untuk menghabiskan masa berdua bersama, selama-lamanya. Kunci di sini adalah kesihatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: IheartIntelligence, Simplemost dan Mayo Clinic

Kredit gambar: SalamWeb Today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Isteri Cantik Tapi Suami Biasa-Biasa Saja, Namun Hubungan Tetap Utuh & Setia, Ini Rahsianya…

Penulis

Ayu Idris