Wanita transeksual ini sanggup belanja sampai RM200,000 untuk bertukar jadi begini!

Seorang wanita trans-species telah membelanjakan sebanyak Rm 200,000 untuk menukarkan diri menjadi seekor naga. Ikuti kisahnya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita trans-species ingin jadi naga!

Berita pelik hari ini, seorang wanita trans-species telah membuat keputusan untuk membelanjakan hampir £40,000 (RM200,000) untuk menukar dirinya menjadi seekor naga! Wow! Tapi mengapa?

Dan mungkinkah anda tertanya-tanya apa itu wanita trans-species?

Eva Tiamat Mendusa, seorang wanita yang dulunya lelaki dari Bruni, Texas, dikenali sebagai mahu dikenali sebagai reptilia berbanding manusia. Ya, ini merupakan trend terkini.

Dia kini meneruskan impiannya untuk menjadi naga dan hidup sebagai seorang naga seperti yang dapat dilihat dari instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/Bdnr4mkA9T8/?taken-by=tiamatdragonlady

Dia mendakwa yang dirinya adalah seorang transgender yang paling banyak diubah di dunia, dengan membuat banyak prosedur untuk menjadi naga. 

Eva telah dikenali sebagai reptilia dari umurnya 5 tahun. Ibu bapanya telah mengabaikannya dan dia mendakwa telah ‘lahir semula’ apabila ular orok-orok berlian barat mengambilnya dan membesarkannya.

Perjalanannya untuk menjadi reptilia bermula apabila dia yang hidup sebagai seorang lelaki telah didiagnos menghidap HIV. Dia membuat keputusan untuk tidak mati sebagai manusia dan memulakan kehidupan yang menarik menjadi naga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia telah berhenti bekerja sebagai Naib Presiden di sebuah bank beberapa tahun lepas dan mula mendapatkan sisik. Kemudian dia juga mengubah semula hidungnya, membuang telinganya dan mewarnakan matanya dengan dakwat hijau.

Perubahan drastik wanita trans-species yang ingin berubah                           

Dalam temubual bersama  The Wizard of Odd TV, dia mendedahkan semuanya.

“Pada saya, perubahan saya merupakan perjalanan hidup saya yag terbaik, dan saya mempunyai sebab yang kukuh dan mendalam tentang perubahan saya dan mengapa saya membuatnya.

Saya mempunyai 2 ibu, satu ibu kandung yang melahirkan saya dan kelahiran kedua saya adalah dari ibu bapa reptilia saya iaitu ular orok-orok.

Masalah terbesar saya ialah saya tak mahu mati dalam dunia ini dengan rupa sebagai manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun banyak kebaikan dan keuntungan menjadi manusia jika dibandingkan dengan spesis lain, mereka adalah spesis yang paling merosakkan dan dibenci.

Pada masa itu, saya membuat keputusan untuk menukar hidup saya, saya ingin menjadi sesuatu yang bukan manusia.

Sumber: Youtube

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita trans-species melalui pembedahan drastik

Dari awal perubahan, Eva telah menanam lapan tanduk di dahinya, lidahnya dibelah dan mukanya ditatu sepenuhnya. Dia suka dipanggil ‘Dragon Lady’.

Salah satu sebab Eva mendedahkan dirinya adalah dengan harapan agar orang lain yang ingin menukar fizikal asal mereka tidak merasa yang mereka bersendirian.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Asian Money Guide

Baca juga

“Saya Mahu Menjadi Makhluk Asing Yang Tidak Berjantina”

 

Penulis

Nadia Ghafar