Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

Ciri-ciri warna darah nifas yang normal dan tidak normal ini perlu diketahui bagi menentukan tahap kesihatan wanita yang masih dalam fasa berpantang.

Anda tahu apakah warna darah nifas yang normal dan tidak normal? Berikut alasan dan penjelasan lanjut berkaitannya. Jom kita semak bersama ibu! 

Dipetik dalam laman web MD, setelah ibu melahirkan tidak kira secara normal atau pembedahan czer, ibu akan mengalami pendarahan vagina dengan keluarnya warna darah nifas. 

Nifas ini adalah salah satu cara tubuh menyingkirkan darah yang menyokong pertumbuhan janin semasa kehamilan. 

Ciri-ciri warna darah nifas yang normal 

Berikut ini adalah tanda darah nifas yang normal seperti berikut:

  • Darah nifas kebiasaannya berwarna merah terang yang disertai dengan gumpalan darah selama beberapa hari selepas melahirkan bayi
  • Anda mungkin mengalami pendarahan nifas lebih banyak ketika aktif bergerak, maka lebih baik sekiranya anda berehat. 
  • Darah nifas keluar lebih banyak semasa anda berdiri kerana ia terkumpul di sekitar area vagina semasa duduk atau berbaring. 
  • Selepas 10 hari, darah nifas akan lebih sedikit dan mengalami pendarahan ringan atau bercak darah hingga enam minggu setelah bersalin. 
  • Anda perlu menggantikan tuala wanita setiap waktu supaya hindari dari infeksi. 

Ciri-ciri warna darah nifas yang tidak normal 

Pendarahan yang banyak selepas melahirkan boleh terjadi pada 5% wanita selepas bersalin dan biasanya terjadi 24 jam setelah melahirkan. Selain itu, ia boleh juga terjadi dalam masa 12 minggu pertama setelah bayi dilahirkan. 

Pendarahan yang serius boleh menyebabkan tekanan darah menurun sekaligus organ tidak mendapat bekalan darah yang cukup. Malah ia juga boleh menyebabkan kematian. Maka bantuan perubatan harus disegerakan. 

Berikut ciri darah nifas yang tidak normal: 

Punca pendarahan selepas bersalin 

  • Melahirkan anak melebihi dari satu bayi atau kelahiran kembar.
  • Bayi lebih besar melebihi 4 kg. 
  • Telah melahirkan bayi beberapa kali pada sebelumnya. 

Cara merawat pendarahan selepas bersalin 

Doktor yang merawat anda mungkin akan melakukan rawatan seperti di bawah ini:

  • Doktor memberi ubat supaya dapat membantu kontraksi rahim.
  • Mengurut di bahagian rahim oleh petugas hospital atau jururawat.
  • Melakukan laparotomi bagi mengetahui punca pendarahan dan cara menghentikan dengan lebih tepat. 
  • Melakukan transfusi darah.
  • Melakukan pembedahan buang rahim. 
  • Memberi anda suntikan ubat untuk hentikan pendarahan. 

Cara mandi wajib selepas habis nifas

Bagaimanakah cara mandi nifas selepas bersalin yang betul? Sebenarnya, ia mudah sahaja. Ia hampir sama dengan mandi wajib selepas haid atau junub (selepas bersama suami).

Berniat (seperti yang dijelaskan di atas)
Membaca bismillah
Membasuh tangan
Membasuh kemaluan
Mengambil wudhu’
Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan
Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan
Membasuh kaki
Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapatkan keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Beza Spotting Atau Pendarahan Semasa Hamil, Bila Patut Risau?