X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu

29 Aug, 2017
Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu

Gempar Facebook apabila satu syarikat wedding planner dikatakan telah menipu ramai pasangan pengantin hingga mereka tiada pelamin, catering dan sebagainya! Ikuti kisahnya di sini.

Kisah wedding planner penipu yang merosakkan majlis perkahwinan orang

Merancang dan menguruskan perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambah-tambah lagi apabila ia majlis yang hanya sekali seumur hidup dilakukan. 

Dan stress ini bukan hanya pada bakal pengantin, tapi seluruh ahli keluarga pun rasa!

Tapi bayangkanlah satu majlis yang hanya sekali seumur hidup ini rosak gara-gara sifat tamak orang lain.

Sudah tentulah geram!

Sudahlah yang diimpikan tak dapat, mendapat malu depan tetamu yang hadir pula.

Namun inilah yang benar-benar terjadi kepada ramai pasangan. Ini bukan drama, ya!

Syarikat wedding planner ZurinJundi dikatakan penipu

Sebuah syarikat ‘wedding planner‘ telah mengakibatkan beberapa majlis perkahwinan berlangsung tanpa pelamin yang dijanjikan, tanpa katering makanan yang ditempah dan tanpa pulangan duit semula!

Nama wedding planner tersebut ialah ZurinJundi Wedding Planner. 

Lebih mengejutkan, mangsanya bukan sekadar di sekitar Lembah Klang saja, malah sampai ke Johor!

Lihat salah satu report polis yang telah dibuat terhadap wedding planner ini:

wedding planner penipu

Laporan polis yang dibuat mangsa.

wedding planner penipu

Syarikat wedding planner ini aktif di Facebook. Namun, mereka seperti tidak pernah menyesal dan takut.

Semua aduan dan komen negatif di Facebook akan dipadamkan supaya mereka dapat menarik lebih ramai mangsa.

Wedding planner penipu ini tak mahu bertanggungjawab dan memberi alasan

Semasa pemilik wedding planner ini diserbu, dia dikatakan sedang berbincang dengan bakal mangsa. Namun sebelum sempat semuanya selesai, dia telah diserbu oleh mangsa-mangsanya.

Bukan sahaja pemilik wedding planner ini tidak mengaku dengan kesalahannya, malah enggan membayar semula duit-duit yang ditipunya!

Ketika ditangkap oleh mangsa-mangsanya di Seksyen 7, Shah Alam, dia masih lagi tegar merasakan dirinya malu kerana videonya diviralkan. Namun, jawab perakam video itu sungguh tepat.

“Malu akak”…

Manakala jawab perakam tersebut : “Akak malu dekat sini! Bersyukur la! Saya malu atas PELAMIN!”.

Alasan diberikan pemilik wedding planner itu yang tak dapat memberi wang yang telah diambilnya. Dia meminta mangsa-mangsa mengambil duit itu esok.

Sedangkan menurut mangsa-mangsanya, duit telahpun diberikan ketika membuat tempahan sebelum majlis. 

Bukti wedding planner penipu yang dilakukan oleh ZurinJundi Planner

Kami turut menyertakan antara bukti-bukti perbuatan ZurinJundi Planner, menerusi screenshot WhatsApp seperti di bawah.

Screenshot ini memaparkan komunikasi antara mangsa dan wedding planner terbabit, dan pengakuan daripada catering yang tak dapat sebarang pembayaran:

Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu

Stories Rakan Kongsi
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
5 Reasons Why You Should Bring Your Kids on Holiday
5 Reasons Why You Should Bring Your Kids on Holiday
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu

Sumber Zainatulazlina Zailan Zailan

Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu

Sumber Zainatulazlina Zailan Zailan

Siapalah yang tak marah kalau macam ini kejadiannya?

Duit sudah dibayar, akad telah dicapai, perjanjian telah dibuat, namun hasilnya? Langsung tak seperti yang dijanjikan!

Malah kena keluarkan duit lagi untuk para tetamu. 

Terkini, pemilik wedding planner ini dikatakan sudah ditangkap polis.

Namun, masih ramai mangsa yang belum mendapat kembali wang yang telah dibayar.

Semoga mereka segera mendapat keadilan dan kepada mangsa-mangsa ZurinJundi Wedding Planner yang belum mendapat keadilan, mereka telah membuat satu kumpulan ‘whatsapp’ untuk berinteraksi sesama mangsa, klik di pautan ini.

wedding planner penipu

Inilah wedding planner terbabit!

Mungkinkah selepas ini pasangan bakal pengantin perlu membuat perjanjian hitam putih dahulu sebelum melantik mana-mana wedding planner? 

Dek segelintir yang membuat taik, terpalit semua berbau busuk, sungguh memalukan.

Kepada pasangan bakal pengantin, jangan percaya 100% apa yang anda baca atau lihat di Facebook.

Lebih baik jika dapatkan saranan rakan-rakan yang lebih berpengalaman atau pilihlah wedding planner yang anda kenal.

Duit yang bakal dikeluarkan bukanlah sedikit, ianya hasil titik peluh anda, jangan biarkan terjatuh kepada tangan orang yang tamak seperti ini!

Sumber: Blogmazeer dan Viral oh Viral 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Pelamin Anganku Musnah - Ini Kisah Ditipu Si Wedding Planner Penipu
Kongsikan:
  • 5 jenis penipuan yang selalu dibuat suami isteri hingga jadi penceraian

    5 jenis penipuan yang selalu dibuat suami isteri hingga jadi penceraian

  • Mengapa Kanak-kanak Menipu: Mengikut Umur

    Mengapa Kanak-kanak Menipu: Mengikut Umur

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 jenis penipuan yang selalu dibuat suami isteri hingga jadi penceraian

    5 jenis penipuan yang selalu dibuat suami isteri hingga jadi penceraian

  • Mengapa Kanak-kanak Menipu: Mengikut Umur

    Mengapa Kanak-kanak Menipu: Mengikut Umur

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.