Work Life Balance Malaysia Menduduki Tangga Ke-2 Paling Teruk Di Dunia

Work life balance Malaysia berada di tangga ke-2 terburuk di dunia berdasarkan laporan Remote baru-baru ini hangat diperkatakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malaysia berada di kedudukan kedua terburuk di dunia dalam keseimbangan hidup dan kerja (work life balance Malaysia) daripada 60 negara.

Work Life Balance Malaysia Paling Teruk, Buat Dua Kerja Jadi Sebab 

Ini berdasarkan satu kajian yang dijalankan Remote, sebuah Syarikat perkhidmatan sumber manusia global yang mendedahkan Malaysia adalah negara Asia yang terburuk dalam indeks ini.

Mungkin disebabkan lebih separuh rakyat negara kita terpaksa melakukan dua kerja demi menampung perbelanjaan harian sehingga kerap jatuh sakit.

Faktor-faktor berkaitan tempat kerja yang dianalisis dalam kajian ini merangkumi beberapa perkara iaitu:

  • cuti tahunan berkanun (jumlah hari cuti berbayar, termasuk cuti umum),
  • bayaran sakit minimum (% gaji atau jumlah tetap)
  • cuti bersalin (jumlah minggu berbayar)
  • kadar bayaran cuti bersalin (% gaji)
  • gaji minimum
  • status penjagaan Kesihatan
  • skor indeks kebahagiaan

Berdasarkan analisis data itu, Malaysia memperoleh 27.51 markah daripada 100 dengan laporan 19 hari cuti tahunan berkanun, 14 hari cuti bersalin bergaji.

Kajian tersebut mendapati rakyat Malaysia bekerja lebih keras daripada yang sepatutnya dan mempunyai sedikit masa untuk berehat dengan purata minggu bekerja 40.8 jam dan gaji minimum USD1.07 sejam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malaysia berkongsi gelaran negara yang paling banyak bekerja bersama Mexico dan Nigeria.

“Pekerja di Mexico, Malaysia dan Nigeria adalah yang paling banyak bekerja, masing-masing menghabiskan lebih 40 jam secara purata setiap minggu, termasuk pekerja sepenuh masa dan sambilan,” kata Remote.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, negara yang mendominasi lima tempat teratas dalam senarai tersebut ialah New Zealand dengan skor 79.35 daripada 100 diikuti dengan Sepanyol, Perancis, Australia dan Denmark.

Manakala tiga negara Asia teratas ialah Taiwan (tempat ke-16), Singapura (tempat ke-19) dan Korea Selatan (tempat ke-32).

Tidak dinafikan rakyat Malaysia mempunyai kelebihan seperti sistem kesihatan, namun salah satu perkara yang mungkin boleh ditambah baik adalah gaji minimum di negara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Malaysia Negara Ke-6 Miliki Perempuan Tercantik Di Asia Tenggara, Kepelbagaian Budaya Dan Etnik Jadi Sebab Utama

Baca juga: Cuti Bersalin Kerajaan & Swasta: Berapa Hari Maternity Leave, Hak Pekerja & Syarat

Baca juga: Rancang Percutian Lebih Awal, Hujung Minggu Yang Lebih Panjang Berbaloi Ambil Cuti Umum 2024 Seperti Senarai Ini

Penulis

Noorhidayah