Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Boleh Dicuba, Kini Dah Boleh Makan Macam Di Food Court!

Bagi anda yang gemar makan sizzling yee mee, memang kena belajar masak hidangan ini secara homemade mudah sahaja tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggemar hidangan yee mee kini tidak perlu lagi ke medan selera atau ‘food court’ untuk menikmati sizzling yee mee kerana ada resepi mudah yang akan kami kongsikan secara homemade walaupun anda tiada ‘hot plate’ di rumah.

Untuk menyediakan hidangan sizzling yee mee amat penting untuk anda menyediakan kuah sizzling dan kriteria utama kuah sizzling yang sedap ialah kuahnya mestilah pekat, cukup rasa pedas dari cili kering, rasa umami dari cendawan shitake, rasa pedas beraroma dari lada hitam, halia, bawang putih dan juga warnanya mestilah gelap dari perbagai jenis kicap yang kita masukkan.

Biasanya dimasak bersama sayur dan juga telur. Kalau tak gemarkan yee mee, anda boleh gantikan dengan kuey teow, mi atau pun nasi.

Bahan-bahan untuk sizzling yee mee:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 sb minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 8-10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)
  • 500g ayam
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 6 cwn / 1.5 liter air
  • 1 kiub ayam
  • 1/4 cwn kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 3 sb kicap cair
  • 1 sb kicap pekat karamel
  • 8-10 cendawan shitake
  • 3 sb tepung jagung
  • Sedikit air
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 sb minyak bijan
  • Yee Mee kering
  • Sayur bok choy
  • Telur

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk penyediaan bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
    1. Cincang halus bawang putih. Boleh lebihkan bawang kalau suka.
    2. Hiris nipis halia. 
    3. Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air sejuk kemudian buang biji.
    4. Cendawan shitake dibilas dengan air dan lap kotoran yang masih melekat. Potong nipis cendawan atau potong dua sahaja.
    5. Sayur bok choy trim hujung (bahagian batang), kalau nak potong kecil boleh juga.
    6. Untuk ayam boleh campur bahagian tulang dan isi. Potong kecil ayam.

Cara-cara untuk penyediaan kuah sizzling :

    1. Dalam kuali berasingan atau hot plate masukkan 2 hingga 3 senduk kuah sizzling dan panaskan.
    2. Masukkan yee mee kering, sayur bok choi dan isi ayam. Boleh tambah kuah kalau suka.
    3. Masuk sebiji telur dan teruskan masak.
    4. Bila telur telur putih dah masak tapi telur kuning masih cair, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
    5. Boleh hidang bersama cili potong atau cili jeruk.

Tip:

  • Guna halia muda, bau dan rasa lebih mild dan kurang pedas berbanding halia tua tapi kalau nak guna juga halia tua pon boleh, tidak ada masalah.
  • Untuk cendawan shitake kalau tiada yang segar boleh guna yang kering tetapi kena rendam dulu sampai lembut anggaran 5 hingga 6 jam.
  • Boleh kurangkan separuh cili kering kalau tak suka pedas.
  • Untuk kurangkan hanyir ayam, boleh masak ayam dengan bahan tumisan anggaran 2 hingga 3 minit sebelum masukkan air. Rasanya akan lebih sedap dari masukkan terus dalam sizzling.
  • Seeloknya letak minyak bijan akhir sekali. Minyak bijan dapat naikkan bau dan aroma kuah sizzling.
  • Cara masak yee mee tanpa hot plate anda boleh ambil kuali kecil letak yee mee yang keras lagi tu. Buka api, kemudian kuah yang kita masak tadi tu kita curah dekat yee mee tu dalam kuali kecil. Nanti kuah tu masak sekali dengan mee. Pecahkan telur dekat tepi dan letak sayur sekali.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Serawa Durian Pekat & Berkrim, Sedapnya Makan Bersama Keluarga

Baca juga : Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!

Baca juga : Resepi Laksa Johor Dengan Rasa Yang Mewah & Paling PADU Ikut Cara Che Nom

Penulis

Nursyamimi