Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

YelaoShr melatih setiap tenaga pengajar dengan bimbingan lebih 400 profesional bertauliah dan terlatih dari pusat pendidikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yelaoshr itu apa? Pernah dengar? Ha, untuk pengetahuan anda, Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) bertujuan untuk menyediakan peluang kepada para wanita untuk meneroka industri ECE. Mereka juga menyediakan platform untuk berkembang secara progresif dengan kursus yang diluluskan oleh kerajaan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • YelaoShr dalam proses tingkatkan peluang kerjaya buat para wanita.
  • YelaoShr tawarkan biasiswa bernilai RM1,750,000.
  • Diploma teknikal YEC beri fokus untuk membentuk para wanita.
  • Tenaga pengajar YelaoShr diberikan latihan.

YelaoShr kini dalam masa untuk menaikkan peluang kerjaya progresif buat para wanita

Di sebalik pemacu pengambilan untuk sektor pendidikan awal kanak-kanak (ECE) dan langkah untuk menjadikan profesion itu lebih menarik, masih sukar untuk merekrut dan mengekalkan guru prasekolah.

Selain itu, halangan wabak Covid-19 telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara dengan kadar pusing ganti yang tinggi sebanyak 40% dalam industri ECE.

Menyedari punca masalah dalam ekosistem pendidikan secara keseluruhannya, kumpulan pendidikan Malaysia YelaoShr menyasarkan untuk menangani jurang pasaran sedia ada iaitu gaji rendah, waktu bekerja yang panjang dan pertumbuhan profesional yang tidak stabil melalui Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC).

Dengan itu, YEC berusaha meningkatkan kumpulan bakat dan menyediakan wanita dengan pertumbuhan kerjaya yang progresif dalam industri ECE melalui program latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional.

Ia diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Teknologi Negara Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Dengan rekod prestasi 50 graduan, YEC membentuk guru pelatih untuk menjadi pendidik masa depan dengan kaedah pengajaran yang inovatif dan sesi latihan pengalaman.

Program latihan yang diperakui dapat memastikan setiap guru pelatih menerima pendidikan dan latihan sewajarnya untuk memupuk bakat dalam sektor pendidikan.

Biasiswa bernilai RM1,750,000 buat wanita di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejajar dengan usaha mereka untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam industri ECE, YEC membuka biasiswa bernilai sehingga RM1,750,000 untuk semua wanita Malaysia.

Apabila melepasi peringkat temuduga, 50 pemohon akan menerima biasiswa tuisyen penuh sebanyak RM35,000 setiap seorang untuk menyediakan peluang yang berpatutan dan sama rata kepada semua wanita ke arah masa depan lebih cerah dan sejahtera.

Ini diperluaskan kepada wanita muda berbakat dari keluarga B40, wanita yang telah menamatkan SPM, STPM, UEC, wanita bekerja dan banyak lagi.

Dengan memperkasakan lebih ramai wanita untuk menerokai industri ECE, YEC menyasarkan untuk merapatkan isu wanita Malaysia yang sudah pun melanda menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja yang rendah hanya 54% sahaja kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini akan membolehkan mereka mempunyai akses yang sama kepada pendapatan dan pertumbuhan yang munasabah dalam bidang pekerjaan di samping meningkatkan nisbah guru kepada pelajar dalam sektor tersebut.

David Yap, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Pendidikan YelaoShr berkata, “Ketika kita maju ke hadapan sebagai sebuah negara, masih terdapat kekurangan kesedaran dan kekurangan bakat di sekeliling industri ECE.

“YEC menangani kekurangan ini dengan memperkasakan wanita daripada pelbagai latar belakang, sama ada graduan yang menganggur, ibu mahupun orang dewasa yang bekerja untuk meneroka dan berkembang dalam industri ECE di Malaysia. Ini akan membantu kami membina industri dan merapatkan kekurangan bakat dalam sektor ECE ini,” ujarnya.

Diploma teknikal YEC fokus untuk membentuk pendidik golongan wanita

Untuk pengetahuan umum, diploma teknikal YEC memberi tumpuan kepada membentuk pendidik wanita masa depan untuk industri ECE dengan 20% pendidikan formal mereka yang akan membantu mereka memahami industri dan baki 80% lebih cenderung kepada kursus praktikal dengan anak syarikat kumpulan itu di setiap pusat pendidikan YelaoShr.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Di pusat pendidikan kami, guru pelatih ini akan dapat menimba pengalaman secara langsung untuk memahami kanak-kanak yang berbeza dan keupayaan mereka dengan kaedah pengajaran kami yang unik sebelum mereka memulakan kerjaya sebagai graduan bertauliah.

“Ia menyediakan latihan yang mencukupi kepada guru pelatih ini agar dapat menandingi keperluan pelajar dan ibu bapa yang semakin meningkat di dalam bilik darjah dan seterusnya,” tambah David.

Tenaga pengajar YelaoShr turut diberikan latihan komprehensif

Di bawah bimbingan lebih 400 profesional bertauliah dan terlatih dari pusat pendidikan YelaoShr, guru pelatih tidak akan menghabiskan masa berjam-jam di dalam bilik darjah dan mendengar kuliah.

Sebaliknya, mereka akan menerima pendidikan dan latihan yang komprehensif dengan menghadiri lebih 60 pusat pendidkan YelaoShr yang ditugaskan untuk belajar di tapak penyelesaian masalah dengan kanak-kanak, sambil memulakan latihan pada masa yang sama untuk memastikan guru pelatih memahami dan mengasah potensi mereka.

Sebaik sahaja mereka tamat pengajian, para pendidik baharu ini kemudiannya akan diberikan pilihan untuk menyertai pusat YelaoShr untuk memulakan kerjaya mereka dalam industri pendidikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, graduan juga akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menubuhkan pusat mereka sendiri dan seterusnya memulakan perniagaan mereka sendiri.

Dengan diploma mereka yang dikeluarkan oleh kolej rakan kongsi YEC dari Warnborough College UK, guru pelatih juga akan dapat berhubung dengan institusi pengajian tinggi antarabangsa untuk lebih mengkhusus dalam pendidikan prasekolah pada masa hadapan, sekiranya mereka ingin meneruskan pengajian mereka.

Nota: Permohonan biasiswa boleh dibuat secara dalam talian di link ini dan akan ditutup pada 23 Januari 2023.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

Baca juga: Anak Lain Daripada Lain? Lihat 6 Tanda Awal Untuk Kenalpasti Jika Anak Perlukan Pendidikan Khas

Baca juga: Daftar Prasekolah Untuk Persediaan Pendidikan Terbaik Anak Dengan Senarai Prasekolah Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.