Memasuki bulan Ramadhan, ibu ayah pastinya ingin mendidik anak-anak akan kelebihan bulan mulia ini. Tidak kurang dengan itu, anak selebriti terkenal, Yusuf Iskandar telah membuatkan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen berasa amat bangga apabila berjaya puasa penuh sehari.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Yusuf Iskandar berjaya puasa penuh kali pertama, Hairul kongsi video untuk tatapan peminat
- Yusuf Iskandar mengharapkan dapat beribu pahala dengan berpuasa
Meskipun di dalam Islam syarat wajib puasa adalah akil baligh, namun tidak ada salahnya untuk anak kecil belajar dari awal. Asalkan tidak sampai memaksa mereka berpuasa.
Yusuf Iskandar berjaya puasa penuh kali pertama, Hairul kongsi video untuk tatapan peminat
Beberapa hari yang lalu, Hairul Azreen sempat berkongsi pengalaman hari pertama anak sulungnya berpuasa menerusi Tiktok.
Yusuf terjaga Subuh tadi menangis, Daddy tanya why, dia jawab ”I want to puasa, I want pahala”.
Daddy terus bawa turun sahur dan support dia the whole day. Yusuf satu hari nanti tengok video ni okay. Your first day of puasa on your own will.
Alhamdulillah, good practice sayang.
Dalam video berkenaan juga ramai yang meluahkan rasa terharu melihatkan kesungguhannya berpuasa penuh sehari walaupun dilihat agak kepenatan menunggu waktu berbuka.
Yusuf juga bersemangat berpuasa dan gagahkan diri mengikut ayahnya membeli juadah di bazar Ramadhan.
Yusuf Iskandar mengharapkan dapat beribu pahala dengan berpuasa
Ketika masuk waktu berbuka, dia sempat menadah tangan berdoa sebelum menikmati air sirap bersama nasi impit. Dia juga kelihatan begitu gembira dan mengatakan ”I get thousands of pahala”.
Rata-rata peminat turut berasa gembira dengan pencapaian anak kecil ini.
Sebaknya tengok, cute sangat Yusuf ni.. Dah jadi big bro dah, good job Yusuf!
I’m tearing, Yusuf Iskandar such a big boy now
Masyaallah, anak yang soleh. Aunty pula yang rasa sebak.
Terharu, syahdu. Thousands pahala for you and for all of us
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Idea Makanan Bayi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Baby Yusuf Iskandar
Baca juga: Hanis Zalikha Kongsi Tips Anak Sihat & Suka Makan Sayur, Ibu Ayah Wajib Baca!
Baca juga: Wawa Zainal Gembira Akhirnya Anak Makan Ayam,Mak-Mak Anak Picky Eater Je Faham Perasaan Ni!