"Wait, Sabar..." Gelagat Isaac Raees Anak Zahirah Macwilson Pujuk Diri Tahan Makan Coklat Buat Netizen Kagum

Anak kepada pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson iaitu Isaac Raees mencuit hati netizen dengan sikapnya yang sabar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh Zahirah Macwilson di Tiktok miliknya, berkongsi momen bersama anak tunggalnya, Isaac Raees dilihat menahan diri dari makan coklat dan menunggu ibunya dengan penuh sabar.

Menerusi hantaran tersebut, Zahirah Macwilson menyahut cabaran di Tiktok menguji kejujuran dan kesabaran anak masing-masing. Lebih melucukan, Isaac Raees yang kini berusia 2 tahun, sewaktu menanti ibunya kembali, dia sempat bermonolog dengan diri sendiri. 

“Shh, sabar..”, “Wait mummy ni kan”, “Okay”, “Wow, coklat”.

Dalam perkongsian tersebut, dia berulang kali menyebut perkataan yang sama dan sesekali mengusik untuk mengambil coklat yang berada di depan matanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesabaran anaknya yang patuh kepada arahan ibunya dan bersedia menunggu dengan sabar hingga ke akhirnya. 

” MasyaaAllah..bagusnya…bijaknya Isaac…Seorang Penyabar. Semoga terus menjadi insan penyabar ya Isaac”, komen Maria Liza.

“Hahah fighting with his inner self. Sabar sabar…shh shh”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pandailah dia..kecik-kecik dah pandai sabar..dia cakap sabar tu comelnya. Cerdik sangat. Jadi anak yang soleh untuk mummy and daddy ya sayang”.

“Kuat iman Isaac ni.. good boy”, komen netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Puji cara didikan Aiman & Zahirah, Isaac fasih cakap melayu

Apa yang mencuit hati netizen lagi, kefasihannya bertutur dua bahasa iaitu dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris membuatkan mereka mengagumi cara pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson dalam mendidik anak tentang bahasa ibunda.

Rata-rata netizen yang menonton memberikan komen yang positif terhadap Isaac kerana begitu petah menyusun perkataan dan bijak berkata-kata. 

“Jarang ya nak jumpa artist cakap dengan anak bahasa melayu..walaupun ada selit english jugak but it’s okay. Nama pun mix kan. Janji dia faham dua-dua bahasa”, komen netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pandai ibu dia, Zahirah Macwilson didik anak. I’m so proud with you”.

“Both Aiman and Zahirah so fluent ya, tapi dengan anak dorang speak malay like bagus jugak sebenarnya, I think terapkan malay dulu better baru english”, tulis netizen.

Untuk info, Zahirah Macwilson dan pasangannya, Aiman Hakim Ridza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Isaac,2 yang lahir di Perth, Australia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Instagram: Zahirah Macwilson

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Belum Pernah Jumpa Sejak Cucu Lahir, Ayah Zahirah Macwilson Ubat Rindu Tengok Poster Anak Di Kedai Telefon!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Cara Mendidik Anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bermula Dari Rumah

Baca juga: Anak Tak Dengar & Beri Respon Bila Bercakap? Ia Mungkin Berpunca Dari Ibu Ayah!

Penulis

Noorhidayah