Anak ini tak sengaja "terpatahkan" zakar ayahnya yang tegang waktu pagi!

Ayah, ambil pengajaran dari kisah zakar patah ini. Jangan ingat zakar tiada risiko untuk patah ya! Hati-hati kalau anak selalu melompat atas katil anda.

Buat para ayah di luar sana, anda pasti pernah mengalami keadaan ini: zakar menegang pada waktu pagi (morning wood), dan anda baru saja nak bermanja-manja dengan isteri.

Tapi tiba-tiba, pintu bilik anda terbuka dan meluru masuk seorang (ataupun dua orang, OMG!) anak kecil yang pantas melompat-lompat di atas katil anda umpama katil itu satu trampolin.

Aduhai... kacau betul, kan! Namun, hari ini, kami membawa sedikit kelainan dalam berita yang akan disampaikan ini.

Tahukah anda tentang risiko zakar patah? Ya, zakar patah!

Zakar patah lepas dipijak oleh anak

Inilah yang berlaku pada seorang ayah berikut. Beliau mengalami kecederaan zakar patah selepas dipijak oleh anaknya sendiri!

Apa yang berlaku? Jom kita bongkarkan. 

Semuanya bermula pada malam sebelum kejadian. Mangsa (ayah tersebut) telah menelan ubat Viagra untuk beraksi dengan pasangannya. 

Namun selepas selesai berhubungan seks, ereksinya masih belum hilang. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk "menurunkan" zakarnya, tapi gagal.

Lalu, ayah ini pun terus tertidur. Keesokan paginya, tanpa menyedari risiko zakar patah, si ayah bangun dikejutkan oleh anaknya yang "terpijak" zakarnya yang tengah menegang.

Selepas anaknya terpijak zakar itu, si ayah lantas merasakan "kesakitan yang luar biasa" di kawasan alat sulitnya. 

Bagaimana zakar patah boleh terjadi?

Dua hari selepas insiden itu, dia terus pergi mendapatkan rawatan doktor selepas zakarnya membengkak dan "membengkok" dengan pelik.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor perubatan dari King George's Medical University itu mengesahkan beliau mengalami keadaan zakar patah.

Secara teknikalnya, zakar tidak mempunyai sebarang tulang, jadi ia tidak boleh dipatahkan. Tapi, kecederaan zakar patah ini berlaku pada tisu zakar yang lembut.

Semuanya melibatkan tiub silinder dalam zakar itu sendiri. Terdapat 3 tiub silinder utama dalam zakar.

Apabila zakar menegang, dua daripada tiga tiub tersebut akan dipenuhi dengan darah. Tisu di sekitar tiub juga akan membesar.

Namun, apabila zakar menegang "terlanggar" sesuatu yang keras - seperti contoh "dipijak" oleh anak sendiri ini (ataupun kecederaan ketika seks), maka tekanan darah yang berlebihan dalam tiub akan pecah.

Ini menyebabkan zakar membengkok atau bengkak. Anda juga boleh mendengar seolah-olah bunyi "patah" jika kejadian ini berlaku.

Untuk ayah dengan zakar patah ini, nasiblah dia sempat diselamatkan!

 

Nasiblah untuk ayah yang berusia 36 tahun ini, beliau sempat mendapatkan rawatan dengan segera. Itupun selepas tiub sarafnya sudah terkoyak sebesar 1cm!

Malah, terdapat darah beku pada zakarnya. Sebaik saja doktor mengesahkan kecederaan ini, pembedahan segera dilakukan.

Darah beku itu dikeringkan. Syukurlah prosedur pembedahan berjalan dengan lancar. Ayah ini sudah kembali pulih.

Apa patut dibuat jika zakar anda patah?

Zakar patah mungkin kedengaran macam satu mimpi ngeri, tapi jangan risau. Walaupun ia menyakitkan, namun penis fracture masih boleh diselamat.

Berikut antara perkara anda patut buat jika anda mengalami mimpi ngeri ini:

  1. Jangan tunggu! Jika anda rasa penis anda mengalami kecederaan, segera berjumpa dengan doktor. Lagi lama anda tunggu, lagi parah kecederaan itu boleh terjadi! 
  2. Tahu tanda-tanda zakar patah. Antara tanda yang paling jelas ialah kesakitan yang melampau dan bengkak. Anda juga boleh dengar bunyi “popping” atau “cracking” ketika ia terjadi. Cuba lihat air kencing anda. Adakah ia berdarah?
  3. Doktor pakar boleh merawat andaKejadian patah ini boleh diubat dengan pembedahan.
  4. Anda masih boleh bersenggama selepas pembedahan. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Kevin Wijaya asalnya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris