Kejam Tak Terhingga, Isteri Potong Zakar Suami Kerana Tolak Keinginan Seks!

Akibat terlalu marah, isteri ini sanggup potong alat sulit suaminya ketika sedang tidur. Apa yang terjadi benar-benar mengejutkan sang suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat terlalu marah kerana keinginan seksnya ditolak, seorang isteri ini bertindak ganas dengan memotong zakar suami di kediaman mereka yang terletak di Kampala Uganda.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mirror, lelaki berkenaan yang bernama Moses Okot merupakan seorang petani yang kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Potong zakar suami setelah keinginan seks ditolak 

Okot memberitahu media bahawa isterinya, Beatrice Acen semasa itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk lalu secara tiba-tiba memotong zakar suami.

Sebelum kejadian, Okot baru pulang dari berburu pada jam 7 petang dan mendapati ketiadaan isteri di rumah. Kemudian dia makan malam bersama anak-anaknya sebelum masuk tidur.

Semasa jam 10 malam, isterinya menjerit meminta membuka pintu namun dia tidak mendengarnya kerana sedang tidur dalam keadaan yang terlalu letih. Namun, apa yang mengejutkannya apabila seluar yang dipakai dipenuhi dengan darah.

Malah dia yakin perbuatan itu dilakukan isterinya kerana menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks. Namun Okot berharap isterinya akan berubah.

Kini, Okot masih menerima rawatan di hospital sementara isterinya melarikan diri selepas insiden tersebut.

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah berkahwin selama lebih 10 tahun dan memiliki lima orang anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah-langkah yang boleh diambil jika mengalami masalah seksual 

  • Mendapatkan bantuan pakar
  • Memudahkan doktor melakukan beberapa pemeriksaan bagi menentukan punca masalah seksual anda.
  • Kaedah rawatan bergantung pada punca yang dialami pesakit.
  • Penglibatan positif dari pasangan dapat menentukan kejayaan bagi mengatasi masalah ini.

Pencegahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Amalkan gaya hidup yang sihat seperti hindari rokok, penyalahgunaan dadah, arak, kawalan berat badan dan elakkan kecederaan pada badan.
  • Patuhi rawatan dan nasihat kesihatan.
  • Amalkan kehidupan seksual yang selamat dan sihat.
  • Pengurusan stres dan tekanan.

Walau bagaimanapun, diharap isterinya itu dapat diberkas oleh pihak polis dengan segera dan sedar dengan kesilapan yang telah dilakukan itu. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: World Of Buzz, My Health 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comtanda-lelaki-curang-dalam-diam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan