Zodiak Tahun 2024, Ini Ramalan Bulanan Anda Untuk 5 Jun Hingga 5 Julai! Bulan Ini Terbaik Untuk Harimau

Zodiak tahun 2024 boleh membantu anda merancang bulan anda dengan baik agar anda boleh memaksimumkan hasil positif bagi bulan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zodiak tahun 2024 untuk 5 Jun hingga 5 Julai ini meminta anda semua untuk berhati-hati dengan bencana. Walaupun anda semua menantikan kekayaan besar untuk bulan ini, berhati-hati dengan bencana berkaitan air. Kali ini, kami akan kongsikan ramalam bulanan bagi zodiak Cina.

Zodiak Tahun 2024, Ramalan Bulanan 5 Jun Hingga 5 Julai

Elakkan terlibat dengan terlalu banyak konflik dan tetap berada di jalan yang tepat. Lakukan amalan yang baik agat anda boleh menjalani kehidupan yang memuaskan dan makmur. Bagi di Asia Tenggara, anda perlu berwaspada dengan bencana alam bulan ini. Berikut merupakan ramalan Zodiak Julai 2024 untuk anda.

1. Tikus

Sakit kepala, sesak dada, dan jantung berdebar adalah tanda amaran dari tubuh anda. Dapatkan pemeriksaan kesihatan secepat mungkin dan maklumkan keluarga anda. Jika anda menangguhkan pemeriksaan ini, ia akan memburukkan lagi keadaan.

Jadikan keutamaan anda untuk menangani isu kesihatan anda dan elakkan melawat pesakit atau menghadiri pengebumian untuk bulan ini.

2. Lembu

Berhati-hati jika ada kenalan yang meminta bantuan daripada anda. Jangan dedahkan butiran peribadi anda untuk mengelakkan daripada terlibat dalam masalah yang tidak penting. Hadapi apa-apa cabaran dengan pemikiran yang positif kerana keadaan boleh berubah dan semua masalah boleh diselesaikan.

3. Harimau

Terdapat peluang untuk kerja dan pertukaran luar negara. Rebut peluang ini dengan meningkatkan kemahiran diri anda melalui pembacaan dan latihan. Bagi ahli perniagaan, pertimbangkan cadangan untuk mengembangkan perniagaan anda ke luar untuk keutungan yang lebih besar.

Pastikan kesihatan anda dan keluarga anda berada dalam keadaan yang baik walaupun anda berada di tengah kesibukan. Disamping itu, jangan lupakan keutamaan anda.

4. Arnab

Walaupun anda menantikan untuk berpindah ke tempat baru, anda juga bimbang anda tidak akan dapat menyesuaikan diri. Keadaan ini membuatkan anda berasa tertekan.

Bagi membantu anda mengurangkan tekanan, tambah hiasan seperti lukisan, kusyen dan permaidani dalam persekitaran anda. Perhatikan juga tanda-tanda buruk terhadap tubuh anda dan dapatkan konsultasi perubatan jika perlu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Naga

Ladu nasi sukar untuk dicerna, jadi makan dengan berpada-pada untuk mengelakkan kembung perut. Ganjaran tidak datang tanpa usaha, jadi berhati-hati jika ada orang asing yang memberikan tawaran yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Jangan terpedaya dengan pujian atau anda mungkin akan ditipu dan mengalami kerugian besar.

6. Ular

Dengan sikap kerja yang positif dan hasil jualan yang cemerlang, anda mungkin akan menerima kenaikan pangkat dan gaji tahun ini. Pertimbangkan untuk meningkatkan kemahiran anda agar motivasi anda juga naik. Kisah cinta anda juga baik, dan jika anda merancang untuk berkahwin, pilih tarikh baik dan bincangkan dengan keluarga anda.

7. Kuda

Mood swing boleh menyebabkan kebimbangan terhadap anda. Rancang percutian pendek bersama keluarga untuk berehat sebelum berusaha kembali dalam kerjaya anda. Semasa memandu, perhatikan persekitaran anda dengan teliti dan patuhi had laju untuk keselamatan anda. Elakkan membuat lawatan ke hospital bulan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Kambing

Nasib baik akan menyebelahi anda bulan ini dan ia menjanjikan kepuasan dalam kerjaya, kekayaan dan pelajaran. Anda akan menerima bantuan daripada orang yang baik hati ketika menghadapi rintangan dalam hidup. Semasa melancong ke luar negara, perhatikan kebersihan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan.

9. Monyet

Anda perlu mempunyai matlamat dan rnacangan yang jelas untuk berjaya. Pembelajaran berterusan boleh membantu anda untuk menemui potensi diri sekaligus membawa peluang kerjaya yang membolehkan anda mendapatkan pendapatan yang anda mahu.

Jika anda bertemu rakan lama dan anda berasa gembira, adalah lebih baik untuk anda menolak permintaan pinjaman mereka secara bijak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Ayam

Anda akan menerima banyak peluang kerjasama baru bulan ini. Mereka yang bekerja di bawah seseorang boleh mempertimbangkan untuk melakukan perniagaan sampingan bagi menambahkan pendapatan. Jika anda berpotensi untuk menjadi rakan kongsi, mula buat perancangan perniagaan sebelum mendapatkan penilaian daripada rakan yang dipercayai. Lakukan pemeriksaan kesihatan segera jika anda berasa tidak sihat.

11. Anjing

Berikan dedikasi kepada pekerjaan anda dan anda akan menerima berita baik jika anda menghadapinya dengan penuh kesungguhan. Bagi yang berpasangan, amalkan sikat bertolak ansur dan tolerasni. Elakkan pertengkaran mengenai hal remeh.

Berasa gelisah secara berpanjangan boleh menyebabkan anda mudah dijangkiti penyakit. Bincangkan juga maslaah dengan pasangan anda dengan tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12. Babi

Anda mungkin akan mendapatkan keutungan yang tidak dijangka. Jangan lakukan pelaburang berisiko tinggi atau anda mungkin akan mengalami kerugian secara tiba-tiba. Cekap dan efisien, anda akan berjaya memenuhi semua tugas yang diberikan oleh bos anda.

Anda juga mempunyai kebolehany yang sangat baik. Anda juga dijangka akan menerima bonus akhir tahun yang lumaya. Bekerja keras dan berusaha untuk mendapatkan kenaikan gaji.

Itulah ramalan zodiak tahun 2024 bagi 5 Jun hingga 5 Julai. Bagaimanapun, peringatan untuk anda untuk tidak terlalu bergantung kepada ramalan ini kerana ia cuma ramalan. Semuanya berbalik kepada usaha anda. Semoga bermanfaat!

Penulis asal Master Goh Guan Leong. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahagia Dengan Cara Sendiri, Pedulikan Apa Kata Orang! Ini 9 Tips Untuk Capai Kebahagiaan

Baca juga: Isteri Tidak Perlu Terasa Hati Jika Tidak Join Group Whatsapp Keluarga Suami, Hidup Lebih Tenang & Elak Konflik

Baca juga: 10 Cara Hilangkan Kelemumur Yang Berkesan Ikut Cara Tradisional & Moden

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis