Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi impian setiap wanita. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah, sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan salah satunya adalah amalan doa penyeri wajah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Selain rawatan muka dan mengguna alat solek, anda juga boleh mengamalkan doa penyeri wajah ini agar diberikan kecantikan luaran dan dalaman.
Doa Penyeri Wajah
Amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 sekiranya ingin wajah berseri-seri tanpa sebarang solekan di wajah.
Terdapat satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (A.S), di mana ketika dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang memotong buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.
Doa di bawah hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan sapukan ke seluruh wajah. Boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Sebaik-baiknya diamalkan juga setiap kali selepas selesai solat fardhu.
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَٰجِدِينَ
Rumi: Wa-idh qāla Yūsufu li-abīhi yā abatī innī ra-aytu aḥada 'ashara kawkaban wa ash-shamsa wal-qamara ra-aytuhum lī sājidīn.
Maksud: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”
Selain mampu mengeratkan hubungan suami isteri, surah Yusuf ayat 4 juga boleh diamalkan untuk keluarga dan sahabat supaya hubungan kekal harmoni.
Walau bagaimanapun, berdoalah dengan ikhlas dan niat yang baik. Percaya bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa hambaNya pada waktu yang tepat. InsyaAllah.
Amalan Agar Wajah Berseri
Untuk mendapatkan wajah berseri, berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan:
- Membaca "Ya Qawwiyu".
- Tidak mencuci muka dengan cleanser pada waktu pagi.
- Menggunakan tiga jari tengah ketika mencuci atau membilas wajah.
- Berselawat sebanyak tiga kali pada bedak wajah dan berdoa "Ya ALLAH, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa tenang melihatku".
- Sentiasa membaca doa ketika melihat cermin.
Jom sama-sama kita amalkan Surah Yusuf ini. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Belum Mendapat Jodoh? Amalkan Doa Jodoh Sebagai 'Jambatan' Memohon Pertolongan Allah
Baca juga : Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!
Baca juga : Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!