Tugas keibubapaan adalah satu pekerjaan yang paling memenatkan dari segi fizikal dan mental namun ia dijamin menjadi kerja yang paling menguntung dan memuaskan yang pernah anda lakukan. Jadi sebelum hamil anak pertama, apa kata anda melakukan beberapa aktiviti ini?
Walaupun, ia memakan masa dan meletihkan, namun ia akan mengubah hidup anda dengan cara yang tidak dapat anda bayangkan.
Menikmati Hidup Sebelum Hamil Anak Pertama
Kami meminta pandangan beberapa ibu bapa tentang menikmati hidup, tentang apa yang anda harus nikmati sebelum hamil anak pertama.
1. Keluar Ke Kafe Seberapa Kerap Yang Boleh
Apa kata anda mencuba sarapan lewat pagi di kafe yang popular? Ia berbaloi untuk beratur dan bersantai makan sambil membaca majalah dan akhbar.
Selepas melahirkan anak, anda mungkin tidak akan makan di luar untuk sarapan lewat pagi (dan anda pasti tidak akan membaca surat khabar!) untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun yang akan datang. Percayalah…
2. Pergi Melancong Bersama Pasangan!
Apa kata anda melancong ke tempat-tempat yang menarik. Cuba jangan melancong ke lokasi perlancongan keluarga dahulu.
Anda mahu mengembara ke Australia, New Zealand atau India? Lebih baik pergi sekarang.
Elakkan resort dan Disney World sehingga anda mempunyai anak-anak.
Melancong ke taman tema bersama keluarga adalah lebih menyeronokkan jika anda pergi dengan kanak-kanak.
3. Ubah Suai Rumah Sebagai Persediaan Sebelum Hamil
Rumah anda akan sentiasa ada satu atau dua (atau tiga) perkara yang anda masih perlu selesaikan.
Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mengubahsuai rumah anda, lakukannya sekarang juga.
Cuba untuk selesaikan semua pengubahsuaian rumah anda sebelum anda ada anak-anak.
Jika tidak, anda akan tinggal dalam rumah yang tidak dicat selama bertahun-tahun.
4. Pergi Dating dan Menikmati Seks Pagi
Jika saya belum ada anak, saya pasti akan pergi dating dan menikmati seks pagi.
Selepas anak dilahirkan, anda tidak lagi berpeluang untuk keluar dengan suami tersayang bila-bila masa anda mahu, atau menikmati seks pagi (kerana pasti ada tangan kecil yang akan ketuk pintu bilik anda untuk meminta susu!).
5. Urusan Selepas Kerja
Ambil peluang untuk membeli belah selepas kerja. Berhenti di kedai makan yang baru jika anda lapar atau cuba kelas Zumba.
Buat dan nikmati semua aktiviti ini hanya kerana anda boleh melakukannya sementara belum ada anak!
6. Berjalan-Jalan Di Luar Pada Waktu Malam
Ia adalah satu perkara yang kecil, tetapi dengan hanya berjalan-jalan di sekitar pekan setelah matahari terbenam, berpegangan tangan dengan pasangan anda, ia akan mencipta memori indah buat anda dan suami.
Waktu ini, anda tak perlu bawa anak atau membayar pengasuh untuk jaga anak anda seketika untuk keluar dengan suami.
7. Pakai Semua Pakaian Dan Kasut Comel
Kira-kira satu hingga tiga tahun selepas melahirkan bayi anda, anda tidak akan dapat memakai pakaian yang cantik untuk masa yang lama.
Bayi akan muak atas baju anda sepanjang masa atau anak anda akan menggunakan baju anda sebagai tisu untuk mengelap tangannya yang kotor.
Barang kemas akan senang tercabut dan kasut tumit tinggi akan memperlahankan anda dan tidak praktikal apabila anda mengejar anak kecil.
8. Menghargai Perkara Kecil
Sementara belum hamil anak pertama, cubalah untuk menikmati spa dan urutan. Anda suka set solek di Sephora? Belilah. Anda suka baju yang berharga RM300? Belilah. Sementara boleh…
9. Jangan Menyelidik Tentang Keibubapaan
Jangan cuba untuk belajar segala-galanya daripada buku, ia hanya membuat anda lebih cemas.
Tunggu dan belajar daripada anak-anak, kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza.
10. Tidur Sampai Tengahari Pada Hujung Minggu
Salah satu perkara yang anda akan perasan setelah menjadi seorang ibu atau bapa adalah ketiadaan masa pada hujung minggu dan keletihan sentiasa.
Anak anda akan membangunkan anda pada pukul 7 pagi dan bila anda siap memasak sarapan pagi, memandikan anak-anak anda dan duduk untuk memakan sarapan pagi, tup…tup…sudah sampai masa untuk masak tengah hari.
11. Melakukan Sesuatu Secara Spontan
Melalui hari yang rileks dan tanpa rancangan adalah perkara yang paling menyeronokkan dan patut dinikmati sebelum ada anak.
Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda dan pasangan anda mahu, tanpa ada perancangan terlebih dahulu atau bimbang tentang masa atau apa-apa perkara berkaitan anak.
Rencana diterjemahkan daripada Today’s Parent.
Baca juga:
Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!