Anak-anak yang sedang membesar amat terdedah dengan pelbagai risiko jangkitan penyakit. Antara masalah sering terjadi pada bayi adalah batuk, demam dan selesema. Bagi memudahkan kerja ibu, ada beberapa cara melegakan batuk bayi yang boleh anda cuba di rumah.
Tidak dinafikan bahawa batuk yang terjadi pada anak biasanya akan diikuti dengan demam.
Setiap ibu mesti pernah berdepan dengan anak meragam, berjaga malam dan menempel ketika mereka jatuh sakit. Pastinya ia amat menyeksakan ibu kerana tidak dapat melakukan sebarang tugas harian.
Isi Kandungan
Cara melegakan batuk bayi tanpa ubat
-
Batuk berkahak: cara buang kahak bayi
#1. Penyedutan wap
Cara melegakan batuk bayi yang boleh anda lakukan di rumah adalah dengan menyedut wap dari air panas.
Caranya:
- Isikan mangkuk besar dengan air panas (dengan stim).
- Pegang bayi dan hadapkan mukanya pada wap. Jika anak suka pandai mencapai, ibu boleh pakaikan bedung
- Galakkan anak untuk menyedut seberapa banyak wap yang boleh.
Wap yang disedut dapat membantu melegakan anak batuk dan hidung tersumbat. Ia juga menjadi salah satu cara buang kahak bayi yang begitu mudah.
Walau bagaimanapun, pastikan anda berhati-hati kerana penggunaan air panas ini boleh membahayakan si manja.
#2. Tinggikan kepala bayi ketika tidur
Posisi tidur bayi yang mengiring boleh menyebabkan lendir menjadi terkumpul di kerongkong. Kesannya, ia boleh membuatkan anak batuk tanpa henti dan berpanjangan.
Bagi mengelakkan baby batuk, ibu boleh cuba meletakkan selimut di bawah kepala bayi agar ia lebih tinggi sedikit dan membantu si manja tidur dengan lebih nyenyak.
#3. Bilik tanpa penghawa dingin lebih baik
Memandangkan cuaca di Malaysia panas terik, kebanyakan ibu ayah akan memasang penghawa dingin di dalam bilik.
Meskipun boleh memberikan keselesaan dengan suhu yang sejuk, ia kurang digalakkan jika bayi anda selesema, batuk atau hidung tersumbat.
Udara dalam bilik berhawa dingin pada umumnya adalah kering. Tanpa kelembapan di udara, ia membuatkan tekak tidak selesa dan sekaligus boleh menyebabkan anak batuk.
#4. Tepukan percussion
Cara hilangkan batuk bayi yang seterusnya adalah teknik percussion. Anak kecil tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak sendiri melalui batuk atau ludah seperti orang dewasa.
Justeru ibu ayah boleh jadikannya sebagai ikhtiar dan cara buang kahak bayi bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.
Sebelum memulakannya, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelakkan muntah susu.
- Bentukkan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan ber rentak pada depan, belakang dan sisi anak.
- Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk.
- Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
- Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
- Kemudian tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
Selepas menepuk, bayi akan batuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.
Ramai ibu mengatakan bahawa cara hilangkan batuk bayi ini amat mudah dan berkesan pada anak mereka.
#5. Pasang pelembap udara
Jika udara dalam rumah anda kering, kami menyarankan untuk sediakan sebuah pelembap udara (humidifier). Ia menjadi pilihan sesetengah ibu sebagai cara nak hilangkan batuk dan kahak.
Kelembapan dalam udara mampu melegakan masalah baby batuk dan mengeluarkan kahak. Bukan itu sahaja, ia dapat mengatasi masalah kekeringan pada tekak.
-
Batuk biasa tanpa kahak
#1. Bersihkan rumah, perkakas dan pakaian
Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika tetapkan rutin untuk membersihkan segala habuk serta kekotoran.
Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak.
Petua hilangkan batuk budak hendaklah jauh daripada segala kekotoran tersebut. Justeru ibu hendaklah mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.
#2. Air mandian lemon
Petua hilangkan batuk budak yang seterusnya adalah mandikan anak dengan air lemon. Ia juga berkesan sebagai ikhtiar untuk keringkan hingus bayi.
Caranya adalah dengan meletakkan beberapa hirisan lemon ke dalam air mandian anak.
Walau bagaimanapun, lakukannya dengan berhati-hati kerana hirisan lemon ini boleh menyebabkan pedih jika termasuk dalam mata bayi.
#3. Daun kaduk
Cara nak hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak yang boleh ibu cuba adalah menggunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu pada dada dan belakang bayi.
#4. Ibu menyusu ambil makanan yang berkhasiat
Bayi yang menyusu badan, cara melegakan batuk bayi adalah ibu hendaklah mengambil pemakanan yang penuh nutrisi.
Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bayi yang menyusu badan amat bergantung pada nutrisi daripada susu ibu.
Justeru anda dicadangkan makan sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih dalam masakan tersebut.
Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun baby batuk dan selesema.
Punca anak batuk berpanjangan
Menurut Kementerian Kesihatan, penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring.
Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.
Anak anda mungkin juga diserang batuk berpanjangan disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan.
Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem ketahanan tubuh yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Normalkah jika anak batuk malam?
Anak batuk malam boleh terjadi disebabkan dua faktor. Antaranya:
#1. Asma
Ia kerap berlaku disebabkan oleh perubahan suhu dari siang ke malam (menjadi lebih sejuk).
Perubahan ini menyebabkan serangan ‘asthma’ yang dizahirkan dalam bentuk batuk. Apabila ia berlaku, otot-otot saluran pernafasan akan mengembang dan radang.
Kesannya ia menghasilkan kahak dan kesukaran untuk bernafas.
Jika keadaan anak dilihat serius seperti sesak nafas, bernafas dengan laju hingga letih, ibu ayah hendaklah segera membawanya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan gas atau nebulisation.
#2. Post nasal drip
Sebab kedua anak batuk malam adalah ‘post-nasal drip’. Ia berlaku apabila anak mengalami jangkitan selesema, maka terhasil hingus di dalam rongga hidung.
Pada waktu malam semasa tidur si manja akan berada dalam keadaan terlentang. Keadaan ini boleh menyebabkan graviti hingus mengalir ke belakang kerongkong dan akan cuba masuk saluran pernafasan hingga mengakibatkan batuk.
Petua hilangkan batuk bayi waktu malam
#1. Guna minyak pati untuk menyembuhkan batuk
Ibu-ibu yang sudahpun tahu kebaikan EO (essential oil) sudah tentu boleh membuktikan keberkesanannya.
Tetapi sebelum mula menggunakan EO, rujuk dengan doktor dulu jenis minyak yang sesuai untuk anak. Ibu bapa perlu berhati-hati kerana sesetengah EO belum diluluskan selamat untuk kanak-kanak.
#2. Ubi kentang
Menurut penyelidik perubatan, Jenny Hill, melalui kajiannya dalam Healthy and Natural World menjelaskan kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus.
Petua hilangkan batuk bayi waktu malam telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir.
Jika anda ingin mencuba petua hilangkan batuk bayi ini, begini caranya:
- hiris sebiji kentang lebih kurang 1/8 inci
- letakkan dalam stokin anak
- biarkan semalaman
Namun begitu, ia hanyalah sekadar ikhtiar dan petua hilangkan batuk bayi waktu malam. Ibu ayah jangan menidakkan anak untuk mendapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan mereka tidak berubah.
Cara hilangkan batuk bayi bawah 1 tahun
Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan.
Kanak-kanak ini berisiko mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.
Antara cara hilangkan batuk bayi bawah 1 tahun adalah dengan:
- Minum banyak air masak untuk pastikan badan kekal hidrat. Ia akan memastikan masalah batuk berkurangan dan mudah untuk menghembus nafas.
- Petua hilangkan batuk bayi: Waktu rehat yang cukup. Pastikan bayi mempunyai rehat yang cukup sehingga keadaan tubuhnya kuat untuk melawan jangkitan yang menyebabkan batuk.
- Petua hilangkan batuk bayi dengan daun sirih. Caranya adalah dengan melayurkan daun sirih di atas api dapur atau lilin, kemudian sapu Vicks dan letak pada kedua-dua belah dada si manja.
Cara hilang batuk yang lain ibu boleh cuba
1. Madu
Cara hilang batuk yang seterusnya adalah dengan madu. Ia dikatakan lebih efektif dalam memerangi batuk pada anak berbanding ubat batuk di farmasi.
Madu mengandunig zat antimikrobial dan antioksidan alami yang dapat memperkuatkan tubuh untuk memerangi sebarang serangan penyakit.
Ia juga merangsang penghasilan air luar dan meredakan kekeringan dalam tekak.
Peraturan pemberian madu pada anak adalah seperti berikut:
- Setengah sudu teh madu untuk anak berusia 2 hingga 5 tahun
- 1 sudu teh madu untuk anak berusia 6 hingga 11 tahun
- 2 sudu teh madu untuk anak berusia 12 tahun ke atas
Ingat, jangan berikan madu pada bayi berusia kurang dari 1 tahun, kerana sistem penghadamannya belum cukup kuat untuk mencerna zat yang terkandung dalam madu.
2. Ubat gosok
Sapukan ubat gosok pada telapak kaki agar si manja kekal hangat. Pilihlah jenis ubat gosok yang sesuai dengan usia anak.
Jangan guna minyak panas untuk orang dewasa kerana ia boleh membuatkan anak menangis dan pedih.
3. Sup ayam
Kesimpulannya ada pelbagai cara melegakan batuk bayi dan kanak-kanak yang boleh anda cuba. Namun jika keadaan si manja tidak berubah atau masih berlarutan, ibu ayah hendaklah segera membawanya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Doktor Kata Aisyah Dah 50/50”, Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal
Baca juga: Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!
Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!