Ibu Kena Hadkan Anak Yang Suka Makan Sos Tomato, Ia Boleh Jejaskan Kesihatan Mereka

Sos tomato atau cili menjadi kesukaan anak-anak ketika menikmati kentang goreng, burger atau pizza. Tahukah anda ia boleh bahayakan kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai orang Malaysia, kita memang suka makan sos. Makan mee segera nak ada sos. Makan ayam pun nak ada sos. Ada yang suka sos cili, ada yang gemarkan sos tomato. Tapi adakah selamat jika si kecil anda suka makan sos tomato dengan kerap? 

Sos menjadi pelengkap bagi setiap hidangan bergoreng. Anak yang masih kecil mungkin tidak menyukai sos cili kerana rasanya pedas, mereka cenderung untuk memilih sos tomato kerana menganggapnya lebih sedap.

Bahaya kandungan dalam sos tomato boleh jejaskan kesihatan anak kecil

credit to sources

Bagi sesetengah ibu ayah, anda mungkin berpendapat bahawa buah tomato mengandungi khasiat yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Walau bagaimanapun ia tidaklah sama dengan pengambilan sos tomato memandangkan ia melalui beberapa proses sebelum disediakan dalam sebuah botol.

Sebarang pengambilan yang diambil berlebihan atau kuantiti banyak setiap hari sememangnya boleh membawa kemudaratan.

Justeru ketahui ada beberapa sebab mengapa sos tomato tidak digalakkan untuk anak kecil anda:

1. Kandungan sodium tinggi

Menurut Food Network, mengambil 8 sudu sos sudah cukup untuk memenuhi keperluan sodium anda dalam sehari. Bayangkan, apabila anda membiarkan si kecil menghabiskan suku botol sos tomato seenaknya ketika dinikmati bersama makanan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Mengandungi banyak High Fructose Corn Syrup (HFCS)

HFCS dikatakan terbukti dapat menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.

Menurut pakar diet, Priya Palan dari Zen Multispeciality Hospital, sos tomato tidak mengandungi protein mahupun serat. Malah ia ditambah dengan gula, garam, rempah ratus dan sirap jagung fruktosa.

“Pengambilan berlebihan makanan dengan sirap jagung fruktosa berkaitan dengan peningkatan risiko obesiti, rintangan insulin, trigliserida tinggi dan penyakit hati.''

''Seseorang mesti berhati-hati terhadap pengambilan gula dan natrium, baca senarai ramuan dan fakta pemakanan dengan baik, sebelum mengambil sebarang sos. Itu kerana ia boleh menyebabkan keadaan klinikal seperti tekanan darah tinggi dan ketidakseimbangan mineral,” tegas Cik Palan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Memiliki kadar gula yang tinggi

credit to sources

Dr. Joseph Mercola dari Hungry for Change menjelaskan bahawa ibu bapa perlu tahu bahawa 1/4 dari tiap botol sos tomato diperbuat daripada gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“1 sudu makan sos biasanya mengandung 4 gram gula,” ujarnya.

4. Meninggalkan kesan kotoran

Ini tidak berkaitan dengan kesihatan, tapi kenyataannya kesan kotor dari sos tomato kadang-kadang sukar untuk dihilangkan dari baju atau meja/kerusi!

Ia mungkin disebabkan kandungan pewarna yang ditambah dalam sos ini.

5. Membuat semuanya terasa seperti sos tomato

Terlalu banyak menuangkan sos tomato tidak hanya berisiko terhadap kesihatan, tetapi juga sebenarnya tidak memberikan peluang kepada si kecil untuk mencuba rasa makanan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa sos tomato tersebut akan menguasai rasa makanan yang lain atau mungkin boleh membuatkan si kecil anda seorang yang cerewet ketika makan.

#6. Penyebab kepada alahan

Dalam sebotol sos, ia mengandungi histamin yang boleh menyebabkan reaksi alahan kepada si kecil. Justeru sebagai ibu anda hendaklah mengehadkan pengambilan sos ini agar ia tidak mendatangkan masalah lain kemudian hari.

#7. Masalah buah pinggang

Makanan yang diproses mengandungi natrium tinggi boleh meningkatkan kalsium dalam air kencing. Lama-kelamaan ia turut meningkatkan risiko batu karang terhadap anak kecil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun sos tomato ini menjadi pelengkap makanan serta memiliki rasa yang sedap, namun jelas sebenarnya ia tidak sesuai untuk anak kecil anda.

Gantikan dengan sos tomato buatan sendiri

credit to sources

Walau bagaimanapun, ibu-ibu boleh cuba alternatif lain bagi menggantikan sos ini dengan membuat sos homemade. 

Sebenarnya mudah sahaja untuk buat sos sendiri yang bebas pengawet tiruan, tapi rasanya sama macam beli di kedai.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5-6 biji buah tomato yang masak ranum
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar cuka
  • Serbuk cili (kalau nak sedikit pedas)
  • Secubit garam

Cara memasak:

  1. Masukkan buah tomato dalam periuk berisi air sampai tenggelam
  2. Rebus tomato sehingga pecah kulit, lebih kurang 5 minit
  3. Kemudian kupas kulit tomato yang terkeluar tadi
  4. Masukkan ke dalam mesin pengisar. Tidak perlu tambah air
  5. Kisar lebih kurang 3 minit sudah cukup
  6. Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum tambah gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak
  7. Lebih kurang 30 minit, sudah siap sos kita. Anak-anak bolehlah cicah dengan ayam goreng, kentang ataupun burger

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Pizza Tanpa Oven Penuh Topping & Sangat Sedap, Wajib Cuba Di Rumah!