Bantu Anak Jadi Lebih Berani & Yakin, Ini Senarai Lokasi Rock Climbing Mesra Kanak-Kanak

Rock climbing kanak-kanak merupakan aktiviti mencabar yang beri manfaat terhadap perkembangan mereka. Jom semak lokasi bawa seisi keluarga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda buntu dan sudah habis idea nak bawa anak-anak ke mana pada hari minggu, apa kata anda membawa mereka melibatkan diri dengan aktiviti rock climbing. Kanak-kanak sentiasa aktif dan sentiasa ingin melakukan aktiviti yang menguji fizikal dan mental.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai wall climbing yang mesra keluarga dan kanak-kanak
  • Aktiviti memanjat memberikan banyak manfaat untuk perkembangan si manja

Mungkin mereka sudah bosan dengan lawatan ke Zoo Negara ataupun Pusat Sains Negara. Jadi pilihlah di antara tempat-tempat rock climbing yang sesuai untuk kanak-kanak berhampiran anda ini!

Senarai rock climbing yang mesra keluarga dan kanak-kanak

Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk ibu ayah membawa anak mendaki? Jawapan mudahnya, apabila mereka mula 'berminat' memanjat perabot di rumah. 

Umur yang ideal bagi memulakan aktiviti memanjat ini ialah kanak-kanak antara empat tahun ke atas. Ketika ini mereka sudah besar dan boleh mendengar arahan.

Sebagai permulaan, ibu ayah hendaklah mengambil hati mereka dan menjelaskan keseronokan apabila berkunjung ke lokasi wall climbing kerana terdapat ramai rakan sebaya mereka.

Penyelidikan menunjukkan bahawa manusia tidak dilahirkan dengan rasa takut akan ketinggian, ketakutan itu dibentuk daripada situasi sekeliling. Justeru ibu ayahlah perlu menjadi pendorong untuk anak-anak menjadi lebih berani, lebih-lebih lagi mencuba sesuatu yang baru!

Berikut lokasi wall climbing yang sering menjadi pilihan kebanyakan ibu ayah:

#1. Lokasi wall climbing kanak-kanak: Camp 5 Climbing Gym

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu lokasi untuk wall climbing yang kami ingin cadangkan kepada anda ialah Camp 5. Ia menjadi tempat paling sempurna kerana mesra keluarga.

Orang dewasa dan kanak-kanak bebas berjalan dan memanjat. Camp 5 yang terletak di dalam bangunan adalah tempat indoor rock climbing yang terbesar di Asia. Di sini kanak-kanak akan diajar cara-cara untuk memanjat oleh tenaga pengajar yang arif dalam bidang ini.

Antara cawangan Camp 5 yang boleh anda kunjungi ialah:

  • Camp5 di KL Eco City Mall
  • Utropolis Marketplace di Glenmarie, Shah Alam
  • Paradigm Mall di Johor
  • Camp5 Jumpa, Plaza Sungei Wang
  • Camp5 KL East- akan dibuka tidak lama lagi

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman web Camp5 disini.

#2. Xero Gravity Rock Climbing Gym

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Xero Gravity terletak di Dimension Publishing Sdn. Bhd., Pjx-Hm Shah Tower, No. 16A, Persiaran Barat, Petaling Jaya.

Ia merupakan pusat kecergasan yang menawarkan pelbagai kemudahan perkhidmatan penuh bertaraf dunia seperti bar snek/kopi; bilik mandi dan bilik persalinan, kemudahan WIFI awam dan ruang istirahat.

Xero Gravity dibina untuk kanak-kanak dan turut menjanjikan keseronokan untuk semua orang. Terdapat kawasan mendaki untuk semua orang yang terdiri daripada kawasan bouldering, tali atas, dinding terapung dan zon kanak-kanak.

Xero Gravity juga menawarkan pelbagai latihan silang di Studio Kecergasan kami, Terdapat kelas kecergasan tiang, seni udara, Pilates, yoga dan TRX untuk dewasa dan kanak-kanak. Latihan peribadi juga ditawarkan.

Untuk keterangan lanjut, ibu ayah boleh terus hubungi 010-566 6134.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Rock climbing kanak-kanak: Putrajaya Challenge Park 

Putrajaya Challenge Park terletak di Presint 5, Putrajaya. Kawasan hijau ini dibangunkan dengan beberapa kemudahan sukan lasak bagi memenuhi kanak-kanak dan orang dewasa minat generasi muda seperti:

* Kemudahan Sukan Lasak (Sukan Gelongsor)
* Laluan Basikal Extreme
* Taman Keseronokan

Aktiviti sukan lasak wall climbing untuk kanak-kanak di sini adalah selamat. Hal ini kerana infrastruktur yang disediakan dilengkapi dengan lantai berspan tebal yang membantu menyerap impak sekiranya anak-anak anda terjatuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula, dinding-dinding memanjat kanak-kanak ini tidak dibina terlalu tinggi, bersesuaian dengan tahap usia mereka.

Jika anda ingin berkunjung kesini, tiada bayaran dikenakan di bahagian kanak-kanak.

Sebaliknya, bayaran sebanyak RM6 hanya dikenakan kepada pengguna-pengguna dewasa sekiranya mereka ingin memanjat (terdapat beberapa pilihan; Zone A Expert Bouldering Wall, Zone B Beginners Bouldering Wall, Zone C Expert Lead Wall, Zone D Top Roping Wall, Zone E Speed ​​Climbing Wall , Dinding Plumbum Perantaraan Zon F).

Layari Facebook rasmi Putrajaya Challenge Park disini.

#4. MadMonkeyz Climbing Gym

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

The Madmonkeyz Climbing Gym ialah gimnasium batu dalam yang menawarkan peluang latihan kecergasan menyeluruh untuk sesiapa sahaja dan semua orang. Ia terletak di 19-1 & 19-2, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Apa yang istimewanya disini mempunyai pakar yang bertauliah dan jurulatih diperakui oleh SEACF. Ia juga menawarkan kursus mendaki kanak-kanak & orang dewasa. Dengan jurulatih berpengalaman yang membimbing, anda akan dapat  melihat kemajuan dalam masa yang singkat.

Layari laman web MadMonkeyz untuk keterangan lanjut disini.

#5. Funtopia Courtyard

Funtopia Courtyard berada di Subang Jaya. Di sini anak-anak dapat melakukan aktiviti memanjat tetapi tidak terhad kepada rock climbing sahaja.

Funtopia ingin menyediakan tempat memanjat yang pelbagai untuk kanak-kanak seperti zirafah, istana dan juga dinosaur. Banyak aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan mental juga terdapat di sini.

Aktiviti memanjat memberikan banyak manfaat untuk perkembangan si manja

Apa-apa pun, ibu bapa usah risau tentang keselamatan mereka. Mereka akan diajar tentang aspek keselamatan dan juga dipantau ketika melakukan aktiviti-aktiviti memanjat ini.

Wall Climbing adalah salah satu aktiviti lasak luar rumah paling selamat dan sesuai untuk kanak -kanak.
Aktiviti ini melibatkan:

  • Rangsangan Adrenalin
  • Fizikal
  • Minda
  •  Keupayaan membuat keputusan

Pergerakan fizikal melibatkan seluruh anggota terutama tangan dan kaki dapat menguatkan otot badan mereka. Yang penting, minda anak anda akan diajar bagaimana mengawal kedudukan, koordinasi badan dan mata supaya tidak terjunam jatuh.

Mata, otak dan fizikal perlu tangkas berfikir dalam menentukan pergerakan langkah antara tangan dan kaki serta seluruh badan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang Best & Seronok Sekitar Lembah Klang

Baca juga: 5 Jenis Aktiviti Hujung Minggu Yang Menarik Untuk Anak, Bantu Kuatkan Bonding Keluarga

Baca juga: Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga