Suami Boleh Teman Isteri Bersalin, Ini Tips Buat Bakal Ayah Kali Pertama Masuk Labour Room

Teman isteri bersalin di labour room dapat memberikan sokongan moral dan emosi daripada permulaan sakit kontraksi sehingga kelahiran bayi

Proses bersalin merupakan antara pengalaman paling bermakna dalam hidup wanita. Dengan kemudahan yang diberikan oleh KKM, kini suami boleh teman isteri bersalin dalam labour room bagi memberikan sokongan dan melancarkan proses kelahiran.

Bagi suami yang pertama kali menimang cahaya mata, pastinya berasa agak berdebar untuk berdepan detik kelahiran. Mana tidaknya, mereka perlu menyaksikan sendiri pengorbanan isteri melahirkan zuriat.

Dalam artikel ini kami kongsikan panduan suami teman isteri bersalin, kenapa suami perlu menemani isteri di bilik bersalin dan apa yang boleh anda lakukan di bilik bersalin mengikut fasa kelahiran.

Adakah Suami Boleh Teman Isteri Bersalin?

Untuk makluman, semua hospital KKM merupakan Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital). Melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran.

Selepas kes Covid-19, kini suami boleh teman isteri bersalin. Pihak KKM telah membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Ini kerana proses kelahiran memerlukan sokongan kuat dari aspek emosi dan fizikal. Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.

suami teman isteri bersalin

suami boleh teman isteri bersalin, suami teman isteri bersalin

Kenapa Suami Perlu Menemani Isteri di Bilik Bersalin?

Menemani isteri bersalin merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan penting buat suami. Berikut adalah beberapa sebab mengapa kehadiran suami di bilik bersalin amat diperlukan:

  1. Sokongan Emosi: Proses melahirkan anak boleh menjadi pengalaman yang sangat menakutkan dan tekanan bagi seorang wanita. Kehadiran suami memberikan sokongan emosi yang hebat, membantu mengurangkan kebimbangan dan ketakutan yang mungkin dialami isteri.
  2. Memberi Keyakinan Pada Isteri: Suami adalah penyokong utama dalam hidup isteri. Kehadirannya di sisi isteri ketika bersalin memberi keyakinan dia tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran ini.
  3. Membantu Menyampaikan Keperluan: Suami selalunya boleh membantu isteri dalam membuat keputusan semasa proses bersalin, seperti menyampaikan keperluan atau kehendak isteri kepada kakitangan perubatan.
  4. Menenangkan dan Menghibur: Suami boleh memberikan keselesaan dan sokongan fizikal kepada isteri dengan cara seperti memegang tangan mereka, memberikan galakan positif, atau memberi kata-kata semangat.
  5. Menyaksikan Kelahiran Bayi: Kehadiran suami semasa proses bersalin membolehkannya menyaksikan kedatangan anak ke dunia, yang merupakan pengalaman yang sangat penting dan berharga.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Di Bilik Bersalin Mengikut Fasa Kelahiran?

Semasa proses bersalin, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan suami untuk menyokong dan membantu isteri melalui setiap fasa bersalin:

Fasa Permulaan Bersalin (Air Ketuban Pecah hingga Pembukaan Serviks)

  • Bantu isteri anda bertenang dengan memberikan sokongan emosi dan fizikal.
  • Berikan dorongan positif dan kata-kata semangat.
  • Bantu isteri anda melakukan teknik pernafasan yang diajar semasa kursus bersalin.

Fasa Bersalin Aktif (Pembukaan Serviks sehingga Kelahiran Bayi)

  • Bantu isteri anda mendapatkan keselesaan dalam pelbagai posisi bersalin, seperti berjalan, berayun, atau berdiri.
  • Berikan sokongan fizikal dengan memegang tangan anda atau memberi urutan ringan.
  • Bantu isteri anda mengelakkan kebimbangan dengan memberikan galakan dan sokongan emosi.
  • Sampaikan keperluan atau keinginan isteri kepada pasukan perubatan.

Selepas Bayi Lahir

  • Sokong isteri dengan memberi pujian dan kasih sayang.
  • Pastikan isteri mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin.
  • Bantu penjagaan bayi, seperti menukar lampin atau membantu penyusuan.
  • Kehadiran suami di bilik bersalin bukan sahaja memberi sokongan penting kepada isteri, malah memberi pengalaman bermakna dan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Oleh itu, penting bagi suami untuk hadir dan menyokong isteri semasa proses bersalin.

Jenis Sokongan Yang Diberikan Oleh Suami

Sokongan yang diberikan oleh suami semasa proses bersalin boleh merangkumi pelbagai aspek antaranya emosi, fizikal dan maklumat.

Berikut adalah beberapa jenis sokongan yang biasanya diberikan oleh suami kepada isteri semasa bersalin:

  • Sokongan Emosi: Memberi dorongan positif, kata-kata semangat, dan pujian kepada isteri semasa proses bersalin untuk meningkatkan semangat dan keyakinan.
  • Sokongan Fizikal: Memberi sokongan fizikal seperti berpegangan tangan, memberi pelukan, atau memberi urutan ringan bagi membantu mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan.
  • Sokongan dalam Keputusan: Berbincang dengan isteri tentang keputusan penting yang perlu dibuat semasa proses bersalin dan memberikan pandangan atau nasihat yang menyokong.

Peranan Suami Ketika Menemani Isteri Bersalin

peranan suami ketika isteri bersalin

#1. Pastikan Isteri Menjamah Sedikit Makanan Bagi Mengalas Perut

Saat kelahiran, isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Maka, tubuhnya memerlukan tenaga yang banyak!

Oleh itu, apa yang suami perlu lakukan ketika isteri bersalin adalah memastikan isteri menjamah sedikit makanan yang memberi tenaga. Contohnya makanan seperti kurma kerana ia mampu membekalkan sumber tenaga yang banyak.

#2. Membimbing Teknik Pernafasan Bersalin

Ketika isteri sedang melahirkan anak, dia berada dalam keadaan yang tidak dapat berfikir jelas disebab kesakitan yang kuat. Oleh sebab itu, penafasan isteri menjadi tidak teratur.

Pernafasan yang tidak teratur akan menyukarkan lagi proses kelahiran kerana isteri akan menggunakan tenaga yang banyak mengambil nafas pendek berulang kali. 

Jadi, apa suami perlu buat semasa isteri bersalin adalah berada di sisi isteri bagi membimbing aturan penafasan isteri agar lebih teratur. Teknik pernafasan yang teratur akan membantu isteri melalui proses kelahiran dgn lebih mudah serta kurang sakit. 

#3. Kerap Menyentuh Isteri Dengan Kasih Sayang

Semasa isteri sedang melahirkan anak, emosi akan mudah terganggu akibat dari kesakitan yang dialaminya. Emosi yang tidak stabil akan menyukarkan isteri untuk fokus dengan melahirkan dan akhirnya menyebabkan isteri kehabisan tenaga.

Di ketika ini, belaian dan usapan anda dengan penuh kasih sayang diikuti dengan selawat yang dibacakan mampu menenangkan hati dan emosi isteri.

Apabila isteri berada dalam keadaan tenang, isteri dapat fokus dengan proses kelahiran. Durasi kelahiran juga akan menjadi pendek jika isteri dapat bersalin dengan tenang.

#4. Memberi Kata-Kata Semangat Pada Isteri

Kata-kata semangat serta pujian anda kepada isterinya mampu menaikkan semangat bagi mempermudahkan proses kelahiran. Andaikata anda hambar sewaktu menemani isteri dalam bilik bersalin, tentu isteri mudah hilang semangat dan ini akan menyebabkan proses kelahiran penuh stress. 

Sebagai suami, anda perlu memberi kata-kata positif pada isteri. Tenaga yang hilang akan kembali jika melihat semangat positif suami dalam membantu isteri menghadapi masa-masa yang sukar secara langsung juga membantu mempermudahkan proses kelahiran.

#5. Cuba Untuk Tidak Panik

suami di labour room

Isteripasti akan bertambah stress dan sakit jika melihat suami panik. Jadi, anda harus sentiasa tenang ketika menemani isteri dan berikannya kata-kata positif.

Panik juga akan membuatkan anda resah, ini juga salah satu punca kenapa ramai para suami tiba-tiba pengsan di dalam bilik bersalin.

Ketika panik bekalan oksigen akan berkurang dan anda akan rasa pernafasan anda semakin pendek, ini akan membuatkan isteri anda turut merasa keadaan yang sama. Jadi untuk mengelakan kejadian sedemikian terjadi, anda harus sentiasa tenang dan elakan rasa panik!

Peranan suami amat besar semasa berada di dalam bilik bersalin. Jadi anda juga harus memastikan diri bersedia untuk berada di dalam dewan bersalin.

Persediaan Suami Selepas Isteri Bersalin

Apa Suami Perlu Buat Selepas Isteri Bersalin?

  1. Azan bayi baru lahir
  2. Kucup dahi isteri dan ucapkan tahniah dan terima kasih kepada isteri selepas berjuang melahirkan zuriat.
  3. Urus uri dengan betul.
  4. Tahnikkan dengan kurma, madu atau air zam-zam menggunakan jari manis.
  5.  Sediakan tukang urut untuk isteri.
  6. Hari ketujuh, berikan nama yang baik dan cukur rambut atau botakkan rambut.
  7. Beri sokongan kepada isteri untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Sokongan moral sangat penting waktu ni sebab isteri tak boleh stress dalam pantang.

Kesimpulannya, kehadiran suami teman isteri bersalin membawa banyak manfaat dalam proses melahirkan bayi. Dengan memberikan sokongan emosi dan fizikal pada isteri, anda dapat membantu menjadikan pengalaman kelahiran yang positif dan bermakna.

Walaupun terdapat cabaran dan kebimbangan semasa proses bersalin, pengalaman teman isteri bersalin selalunya merupakan pengalaman yang mengubah kehidupan dan membawa kegembiraan yang besar dalam hubungan suami isteri.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Doktor Kongsi 7 Jenis Suami Ketika Teman Isteri Di Labour Room, #5 Paling Lucu!

Baca juga:  Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?

Baca juga:  Semua Ibu Kena Buat Sendiri, Doktor Kongsi 7 Panduan Bersalin Tanpa Suami Ketika PKP

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!