6 fakta tentang faraj wanita yang wajib diketahui
Bahagian faraj ialah anggota yang paling lembut dan sensitif pada badan seseorang wanita. Biarpun kita banyak membaca fakta tentang faraj wanita, tapi sebenarnya, kita masih leka untuk menjaganya dengan baik.
Masih ada wanita yang mencuci faraj mereka dengan sabun, malah ia siap disembur dengan air wangi supaya ia berbau harum.
Ada pula yang mencukur, wax dan menggunakan peluntur pada bulu kelamin. Lambakan kes seperti ini membuatkan saya terfikir, kita wajib tahu 6 fakta tentang faraj wanita yang penting ini.
Kalau tidak, sampai bila-bila kita masih salah menjaganya!
1. Jangan cuci faraj dengan sabun!
Mencuci dengan air suam sudahpun memadai kerana menurut kajian ms V pandai cuci sendiri.
Anda tidak memerlukan produk yang kuat untuk mencuci bahagian faraj, kerana ia mempunyai kehadiran mikrob yang seimbang.
Apabila anda menggunakan sabun, ini akan menjejaskan keseimbangan pH di dalam faraj dan mengakibatkan masalah jangkitan seperti kandida dan bacterial vaginosis.
2. Jangan cukur bulu sampai botak!
Apabila bulu kelamin dicukur, ini meningkatkan kejadian bulu terperangkap di bawah kulit, luka, kulit yang berbintil dan jerawat.
Amalan mencukur bulu tidak bermakna faraj anda lebih bersih dan kurang bakteria. Tapi apabila anda mencukur bulu faraj, anda secara tidak langsung meningkatkan risiko jangkitan.
Jika berlakunya luka ataupun jerawat dan bulu yang terperangkap, jangkitan boleh masuk ke dalam faraj dengan senang dan menyebabkan pelbagai masalah lain.
Lagipun, siapa suka rasa gatal-gatal di (ahem) bawah sana. Kalau bulu kelamin anda terlalu tebal, kemaskan dengan menggunakan gunting tapi jangan cukur sehingga ia botak.
3. Meruang – jangan lakukannya!
Pakar wanita pasti akan menasihatkan anda supaya tidak mengamalkan perbuatan meruang.
Dr. Malpani, MD dari Klinik Kemandulan Malpani, Mumbai, India menjelaskan mengapa:
“Ramai wanita berpendapat meruang itu perkara yang baik, tetapi apabila anda sedang cuba hamil, meruang boleh mengubah tahap pH faraj anda dan memberi kesan kepada kesuburan,” katanya.
Dr Malpani juga menambah bahawa meruang boleh menyebabkan jangkitan faraj serta Penyakit Radang Pelvik.
4. Guna minyak pelincir
Apabila anda menggunakan minyak pelincir, ini bukan hanya akan meningkatkan pengalaman seks, tapi juga memastikan faraj tidak sakit jika berlakunya aksi panas di ranjang.
Elak dari menggunakan pelincir berasaskan minyak atau berasaskan silikon kerana ia boleh merengsakan kulit, menyebabkan jangkitan dan sangat sukar untuk dibersihkan.
Ia juga punca utama mengapa kondom boleh pecah dan mengakibatkan kehamilan yang tidak diingini.
Sebaliknya, pilih pelincir yang berasaskan air. Ia mudah dibersihkan dan berkesan untuk melindungi faraj semasa melakukan hubungan seks.
Anda tidak perlu malu untuk menggunakan minyak pelincir. Ia tidak bermakna faraj anda kering ataupun anda hampir putus haid.
5. Apa senaman untuk faraj selepas bersalin?
Seperti tubuh badan yang sihat, faraj anda juga memerlukan senaman terutamanya selepas melahirkan anak.
Menurut pakar, “Fungsi otot lantai pelvis ialah untuk menyokong rahim, pundi kencing, dan perut.
Sekiranya otot-otot ini lemah, organ-organ pelvis akan jatuh lebih rendah dalam faraj. Keadaan ini tidak selesa, dan juga boleh menyebabkan inkotinens urinari. “
Oleh itu rajinlah melakukan senaman Kegel kerana ini akan melatih semua otot-otot di dalam faraj anda dan anda boleh melakukannya di mana sahaja dan pada bila-bila masa!
6. Faraj anda tidak akan longgar selepas seks
Ha… jadi jangan salah fikir ya, faraj anda akan kembali ke saiz asal dan tidak akan menjadi longgar selepas seks. F
araj hanya akan kehilangan struktur asalnya dan menjadi longgar selepas bersalin dan apabila kita semakin tua, kata Dr. Justin J. Lehmiller.
Jadi jangan lupa 6 faktor tentang faraj wanita ini, kerana kesihatan faraj anda juga boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan.
Sumber: yourtango, center4research
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Ini Rupanya 5 Makanan Yang Bagus Untuk Menjaga Kesihatan Faraj Anda!