6 Makanan Menyekat Perkembangan Otak Anak, Punca Belajar Susah Nak Faham!

Pemakanan dan nutrien yang baik memainkan peranan yang penting semasa perkembangan anak. Tetapi tahukah ibu bapa ada 6 makanan berbahaya yang boleh menyebabkan anak menjadi bodoh?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan yang seimbang dan berkhasiat memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan otak kanak-kanak yang optimum. 

Walau bagaimanapun, benarkah wujudnya makanan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi bodoh? Ya ada!

Dan makanan-makanan ini tidak bagus untuk kanak-kanak, menurut pakar.

Mari kita lihat 6 makanan yang tidak patut diberi kepada anak untuk mengelakkan hal ini.

1. Makanan manis yang mengandung banyak gula

Ini bukan rahsia lagi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan anak.

Di samping menyebabkan obesiti serta punca mengapa anak gadis datang haid lebih awal, kandungan gula yang terdapat dalam gula-gula atau pencuci mulut boleh merosakkan otak anak.

Dalam kajian yang dijalankan oleh UCLA, mereka mendapati apabila anak mengambil makanan dengan kandungan fruktosa yang tinggi untuk jangka masa panjang, ini boleh mengubah kemampuan otak untuk belajar dan mengingat maklumat. 

2. Fast Food / Junk Food / Makanan ringan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan dalam golongan fast food tidak berkhasiat dan tidak mempunyai nilai pemakanan yang diperlukan oleh badan.

Ia penuh dengan bahan pengawet, perisa tiruan, berkolestrol dan mempunyai garam berlebihan yang boleh memudaratkan tubuh. 

Antara penyakit-penyakit yang bakal menimpa mereka yang selalu mengambil makanan segera adalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, hingga serangan jantung.

Kanak-kanak memerlukan nutrien serta zat yang cukup untuk menyokong perkembangan mereka. Apabila mereka tidak mendapat zat yang diperlukan, perkembangan otak mereka mungkin akan terjejas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Makanan segera

Makanan segera nampak sedap, rasa sedap dan senang untuk disediakan. Tetapi bukan mi segera sahaja yang boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi bodoh.

Malah makanan dalam tin juga termasuk dalam golongan yang sama kerana ia penuh dengan bahan kimia dan pengawet untuk memastikan makanan itu tahan lama. 

Sama seperti makanan ringan, makanan segera juga tidak menyumbang sebarang faedah kepada tubuh badan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan kimia dalam makanan segera yang terkumpul di dalam badan akan meningkatkan peluang penyakit demensia (kemerosotan fungsi otak) pada kanak-kanak.

Artikel berkaitan: BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

4. Daging yang diproses

Daging adalah salah satu sumber protein yang diperlukan oleh badan. Tetapi pastikan protein yang diberi kepada anak diperoleh dari daging asli dan tidak diproses.

Sosej dan nuget mengandungi protein buatan, yang dicampurkan dengan bahan kimia semasa proses pembuatan. 

Jika kanak-kanak sering mengambil protein buatan ini, bahan kimia yang berkumpul di dalam badan mereka akan bertambah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibatnya, sistem saraf mereka akan terganggu dan mereka akan mengalami cabaran untuk mengingati sesuatu dan memproses maklumat.

5. Teh dan kopi

Kita jarang dengar ibu bapa yang membenarkan anak mereka minum kopi dan teh. Tetapi untuk ibu bapa yang berpendapat tiada bahayanya jika anak ingin cuba, berhati-hati ya.

Kopi dan teh mengandungi kafein yang boleh menyebabkan insomnia. Semua kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup supaya badan mereka berpeluang untuk membaiki tisu-tisu yang rosak.

Tetapi tahukah anda kafein juga boleh menghalang kanak-kanak dari menyerap zat besi yang diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel berkaitan: 

Kanak-Kanak Lebih Cepat Tua Apabila Kurang Tidur, Menurut Kajian

Remaja meninggal dunia akibat kafein berlebihan

6. Minuman bergas dan minuman kotak

Minuman bergas bukan sahaja boleh merosakkan gigi dan menyebabkan obesiti, malah kandungan gula yang tinggi di dalamnya boleh merosakkan otak kanak-kanak.

Ini adalah hasil carian kajian yang dilakukan oleh University of Southern California yang mengkaji kesan minuman bergas dan fungsi otak.

Ibu bapa juga perlu tahu bahawa jus buah dalam kotak bukan jus buah asli dan juga penuh dengan gula yang sangat banyak.

Faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak

Terdapat banyak perkara yang boleh menjadikan anak pintar.

Melarang kanak-kanak dari mengambil makanan ini bukan jalan penyelesaiannya. Ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada dua faktor utama berikut:

  • Faktor keturunan
  • Faktor alam sekitar di mana seorang kanak-kanak dibesarkan, termasuk pemakanannya, status ekonomi keluarga, budaya, dan keadaan di sekelilingnya.

Ibu bapa juga perlu tahu bahawa kecerdasan seorang kanak-kanak dibentuk dari kecil.

Sebanyak 80% bahagian otak anak akan terbentuk dan berkembang dalam tiga tahun pertama kehidupan mereka.

Oleh itu, jika ibu bapa mahukan anak pintar, elakkan dari apa-apa yang boleh mengehadkan perkembangan otaknya, terutamanya semasa fasa ini. Elakkan:

  • persekitaran yang tercemar
  • kekurangan rangsangan
  • kekurangan interaksi dengan orang lain
  • tidak memberi perhatian kepada kesihatan mental kanak-kanak

Tetapi perkara yang paling penting untuk menyokong kecerdasan kanak-kanak adalah kasih sayang ibu bapa.

Sokongan dan kasih sayang seorang ibu bapa yang ikhlas dalam membesarkan anak akan mengembangkan kecerdasannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

my.theasianparent.com/makanan-penyebab-kanser-keluarga/

Penulis

Rosanna Chio