11 Perkara Baharu Yang Anda Akan Belajar Selepas 6 Minggu Dapat Bayi! No. 3 Paling Tepat!

Sebelum bersalin mungkin anda tak pernah sangka. Tetapi selepas 6 minggu dapat bayi, ada beberapa perkara yang anda ras mustahil tapi kini dah boleh buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika mengandung banyak perkara baharu yang akan anda pelajari yang semestinya tidak pernah dilalui sebelum itu, Tetapi selepas memiliki bayi ada lagi perkara baharu lain yang akan anda pelajari. Kali ini kami kongsikan 21 perkara baharu yang akan anda alami selepas 6 minggu mendapat bayi.

Memiliki bayi terutama bagi yang pertama kali menjadi ibu pada mulanya memang amat mencabar. Daripada tidak tidur terganggu sebelum ini, anda mungkin akan menjadi 'mata panda' pada 6 minggu pertama ini.

Ada yang kata keadaan ini akan berterusan sehinggalah anak anda itu mencecah usia lebih dewasa iaitu atas tiga tahun. Sebelum usia itu, kebanyakan ibu mengatakan mereka masih perlu bangun malam untuk menyediakan susu anak mereka.

21 perkara baharu anda akan belajar selepas 6 minggu dapat bayi

Banyak perkara baharu yang akan dipelajari apabila anda mendapat bayi. Ada orang kata, hidup anda akan berubah 360 darjah daripada yang sebelumnya.

#1. Anda akan belajar maksud kasih sayang yang sebenarnya

Anda akan rasa diri anda penuh dengan kasih sayang dan ia adalah kasih sayang sebenar yang anda tidak pernah pun merasakannya sebelum ini. Nilai kasih sayang yang sebenarnya.

#2. Anda akan kuasai 'inilah rupa saya bila bangun tidur'

Ini adalah suasana biasa boleh kata untuk semua yang bergelar ibu. Anda tidak keseorangan bangun tidur dengan 'mata panda'. Hampir kesemua mereka yang bergelar ibu pernah merasai apa yang anda rasai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Anda akan belajar untuk berfungsi walaupun tak cukup tidur

Kalau dulu, jika tak cukup tidur andalah orang yang paling cranky. Tapi bila dah ada bayi, anda akan belajar untik berfungsi dengan baik walaupun anda tidur sejam saja pada malam sebelumnya.

Mahu tidak mahu anda akan tetapi berfungsi dengan baik untuk bayi anda. Anda tidak lagi cranky atau grumpy seperti ketika bujang apabila tidak cukup tidur. Anda akan belajar sedar diri bahawa tidur sedikit pun sudah memadai untuk anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Anda belajar bagaimana untuk melakukan segalanya dengan satu tangan

Ini adalah kemahiran yang serius yang akan menjadikan ibu-ibu mahir dalam membuat semua perkara. Bila jadi ibu, baru anda tahu banyak benda anda boleh cuba buat dengan satu tangan saja.

#5. Baru anda tahu bayi tidak menangis bila anda sedang mandi

Kadang kala bila terlalu banyak mendengar tangisan bayi, bila sedang mandi pun kita seolah-olah mendengar bunyi bayi menangis. Sedangkan bila keluar dari bilik air, elok saja anak itu nyenyak tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Anda akan mula hargai betapa berharganya waktu minum 

Anda akan mula menghargai bertapa berharganya waktu minum kopi itu. Kalau dapat yang sejuk pun anda sudah rasa bersyukur. 

#7. Anda akan belajar mengenai warna dan najis bayi

Anda akan belajar mengenai najis bayi dan mula mencari maklumat mengenainya di internet atau maklumat daripada rakan-rakan anda. 

#8. Anda akan sayang diri anda lebih lagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda rasa diri anda luar biasa kerana sudah melahirkan bayi dan mengeluarkan manusia ke dunia ini. Syabas!

#9. Anda belajar tiada masalah kalau rumah bersepah

Dan secara jujur, semuanya benar-benar boleh menunggu. Pinggan mangkuk, dobi, katil. Semuanya boleh menunggu. Yang penting jika anda mahu rehat anda akan cuba cari waktu untuk rehat.

#10. Anda akan belajar betapa cepatnya berlalu

Anda rasakan anak anda baru saja dilahirkan. Betapa cepatnya masa berlalu sehingga bagai baru semalam dia dilahirkan ke dunia ini. 

#11. Anda belajar bahawa anda seorang yang pantas seperti ninja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak nak terjatuh anda dah tahu dan anda boleh sambut dia dulu daripada tersembam ke tanah. Sebelum jadi mak tak pernah pun anda sepantas itu.

Bertindak pantas dalam apa juga keadaan akan membantu setelah anda menjadi seorang ibu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ilustrasi ‘nikmatnya’ menjadi seorang ibu. No.10 itu huhu taktau nak cakap apa....

Baca juga: 10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menjadi Ibu Bapa

Baca juga: Ibu Mengabadikan Pengalaman Penyusuannya Dalam Lukisan

Penulis

Lala Annuar