6 Perkara Daddy's Girl Perlukan Daripada Ayah Mereka

Anak perempuan memerlukan bapa mereka juga...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak akan wujud nama panggilan Daddy's girl jika tidak kerana anak perempuan mempunyai hubungan istimewa dengan bapa mereka. Anak perempuan juga memerlukan kehadiran bapa:

Sedari kecil, anak perempuan membuat kesimpulan tentang bagaimana lelaki berdasarkan lelaki yang ada dalam kehidupan mereka. Jika mereka mempunyai bapa (atau penjaga lelaki yang mengambil alih tugas bapanya), lelaki inilah yang akan menjadi rujukan kepada apa yang mereka akan harapkan daripada lelaki serta layanan lelaki terhadap wanita.– Psychcentral.com

Daddy's girl: 1. Dia perlu ayah melibatkan diri

credit : iomresearch.com

Daddy's girl bukanlah memerlukan ayah yang hanya aktif dan ikhlas berminat dengan kehidupannya. Aktif berminat di sini bukanlah bermakna perbualan ringkas tentang kehidupan harian, sekolah atau kawan-kawan tetapi  betul-betul hadir dan libatkan diri dalam minat mereka.

Seperti dengan meluangkan masa dan berusaha dalam melakukan perkara yang mereka minat, tanpa gangguan. Adakah anda tahu minat sebenar mereka?

2. Dia memerlukan anda menunjukkan contoh rumah tangga yang bahagia

Hubungan pertama yang didedahkan kepada mereka ialah hubungan ibu dan bapa mereka. Bapa yang akan menetapkan tahap standard untuk hubungan mereka dengan lelaki yang bakal hadir dalam hidup mereka.

Jadi janganlah mendera emosi mahupun fizikal isteri anda kerana ini akan menanam di dalam fikiran anak anda yang ianya adalah normal untuk suami melindungi dan melayani isteri seperti itu.

Tunjukan yang anda adalah seorang suami yang menghormati, penyayang dan menghargai isteri. Supaya anak anda mencari suami yang mempunyai ciri-ciri ini juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Dia memerlukan sokongan anda

Masihkah anda ingat ketika dia masih kecil dan anda telah memarahnya kerana telah merosakan rumah dengan hasil karyanya,kraf, projek dan lukisannya? Masihkah ingat anda melutut untuk bercakap dengannya dengan mata bertentang mata bagi memastikan yang dia tidak mengulangi perkara tersebut?

Dia masih perlu merasakan sokongan anda, sokonglah apa yang dia lakukan- sama ada hasil kraf atau kreativiti dengan hasil tangannya, yang mana, percaya atau tidak dia mungkin mengambil ini dari memerhatikan diri anda.

Namun begitu, sudah tentu saya tidak bermaksud supaya bapa untuk sentiasa bersetuju atau tunduk kepada anak-anak perempuan mereka. Sebaliknya, menunjukkan kepada mereka yang anda percayai dan sentiasa percaya kepada mereka sebagai individu dan yakin dengan kebolehan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Dia perlu melihat anda sebagai orang yang boleh dipercayai

credit : Youtube

Apabila anak anda mempunyai isu peribadi dan masalah untuk berbincang dengan anda, apa yang terbaik anda boleh lakukan ialah dengan menghentikan apa sahaja yang anda lakukan dan memberikan masa yang tidak berbelah bahagi untuk dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengekalkan momentum komunikasi terbuka adalah sangat penting. Walau bagaimanapun, menunjukkan rasa hormat dan menjadi seseorang yang dia boleh percaya, untuk berada di sana untuk dia adalah jauh lebih penting.

5. Dia memerlukan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

credit : gsocarecenter.org

Dia perlu yakin bahawa tidak kira bagaimana teruk dia merosakan, bapanya masih akan berada di sana untuk dia dan masih sayang dia tanpa syarat. Bukan untuk merendahkan dan mengejek beliau buat perkara yang dia telah lakukan, tetapi untuk memaafkan dia dan membantu dia melepasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Dia memerlukan model berperanan positif

Tunjukan contoh yang baik dan menjadi model peranan lelaki yang positif dalam hidupnya. Tunjukkan dia yang adab tidak luput, dan menetapkan standard untuk semua orang dia akan jumpa dalam hidupnya. Renungkan kelemahan anda dan fikir apa tabiat yang anda perlu ubah.

Apakah sebahagian dari diri anda yang memerlukan penambahbaikan? Apabila anda berkongsi keterbukaan seperti ini dengannya, anda menunjukan contoh yang terbaik untuk dia menerima yang dia bertanggungjawab atas perbuatan dia.

Sebagai balasan, dia pula akan mewarisi keterbukaan dan kerelaan untuk menganalisis kekurangan sendiri. Mengakui anda salah bukan bermakna lemah, malah ia memerlukan keberanian dan rasa rendah diri yang tinggi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Sayang Ayah Lebih Dari Ibu, Perlu ke Anda Berkecil Hati?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma