Cara Potong Kuku Bayi Dengan Betul, Barulah Jari Si Manja Tidak Tercedera & Sakit!

Cara potong kuku bayi baru lahir antara perkara yang mendebarkan buat ibu baru. Jika dilakukan dengan betul, boleh mengelakkan sebarang kecederaan berlaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memotong kuku merupakan satu benda biasa. Tetapi apabila ia melibatkan kuku si kecil yang baru lahir, ia boleh bertukar menjadi satu aktiviti yang agak mencabar dan mendebarkan, terutamanya untuk ibu-ibu baru kerana masih kekok dan tidak tahu cara potong kuku bayi dengan betul.

Jangan risau dan jangan cemas. Di sini, kami ada tip memotong kuku bayi untuk anda yang baru pertama kali hendak melakukannya.

Baca juga: Berdebarnya Bila Part Kena Potong Kuku Bayi, Salah Teknik Nanti Si Manja Boleh Cedera!

Cara potong kuku bayi dengan betul

credit to sources

#1. Gunakan pengetip kuku bayi

Cara potong kuku bayi yang utama adalah kita perlu menggunakan pengetip kuku yang betul. Mungkin anda merasakan yang pengetip biasa sudah cukup untuk bayi anda. Namun, ketahuilah ia boleh bertukar menjadi senjata berbahaya buat si kecil.

Bentuk bilah pengetip kuku dewasa adalah lebih besar. Dikhuatiri, jika anda menggunakannya untuk jari jemari si kecil, ia akan terlebih potong, sehingga mencederakan bayi anda.

Pengetip kuku bayi lebih bulat dan kecil di hujungnya, serta ada juga yang dilengkapi dengan kanta pembesar dan juga lampu penyuluh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Potongan berbeza untuk jari tangan dan jari kaki

Ketika mengetip kuku bayi, pastikan anda memotong dengan mengikut alur kuku pada jari tangannya. Untuk jari kaki pula, selalunya potongan yang dicadangkan adalah secara menegak dan lurus. Anda tidak perlu mengikut alur kuku di jari kakinya.

#3. Potong kuku bayi selepas mandi

Kuku bayi, walaupun pada mata kasar kita kelihatan lembut dan sangat kecil, namun ia boleh menjadi tajam dan keras.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk memudahkan tugas memotong kuku bayi anda yang masih kecil, cuba jadikan habit untuk melakukannya sebaik sahaja selepas mandi kerana ketika ini, kuku jarinya masih lembut terkena air. 

#4. Potong ketika bayi sedang tidur

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi satu tip memotong kuku bayi untuk ibu-ibu baru adalah pastikan anda memotong kuku si kecil ketika dia tenang. Kalau dia selalu duduk diam atau tidak banyak bergerak, anda boleh mengetip kukunya ketika dia sedar atau terjaga.

Namun jika terlalu aktif, kami menyarankan anda potong kuku bayi ketika dia tidur. 

#5. Ketip kuku di tempat yang terang

Kadangkala, kita terlebih yakin akan kebolehan kita tentang cara potong kuku bayi. Namun, ibu ayah tidak melihat terlebih dahulu dan potong sahaja di mana yang diasakan sesuai, walaupun tempat tersebut agak malap.

Sebenarnya, ia boleh menjadi berbahaya untuk bayi anda. Takut-takut anda tidak nampak ataupun tersalah sangka akan alur kukunya. Akibatnya, anda boleh terlebih potong.

Jadi, untuk lebih selamat, pastikan anda dapat melihat jari si kecil dengan jelas dan barulah mengetip kukunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Semakin lama buat, anda menjadi semakin mahir

credit to sources

Tips memotong kuku bayi yang seterusnya adalah teruskan memotong kuku si kecil anda. Berfikiran positif dan terus yakin akan keupayaan anda untuk mengetip kuku.

Semakin kerap anda melakukannya, semakin mahir anda nanti! Anda akan dapat mengetahui akan alur jarinya dengan lebih baik dan tahu bagaimana untuk menggunakan pengetip tersebut pada kukunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Kalau terlebih ketip, segera basuh lukanya 

Kalau anda terlebih ketip dan terkena jarinya, jangan cemas dan berasa bersalah. Ia pasti berlaku kepada semua orang sekali-sekala.

Apa yang anda boleh lakukan adalah melalukan air dengan segera pada jarinya yang berdarah. Ambil tisu dan balutnya dengan kemas. Darah pasti akan berhenti beberapa minit kemudian.

Yang pasti, jangan membalut jari bayi anda dengan pembalut luka. Takut-takut si kecil akan memasukkan jarinya ke mulut dan mengunyah pembalut tersebut (lebih teruk, ia tertanggal dan boleh tercekik!).

Para doktor juga tidak menyarankan untuk meletakkan ubat sapu di lukanya kerana risau si kecil akan memasukkan jari dan menghisap ubat tersebut.

Kalau anda masih risau, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor segera. Mereka pasti dapat memberikan rawatan yang bersesuaian untuk si manja anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Perlu Bedung Bayi Sampai Umur Berapa? Jika Terlajak Boleh Beri Kesan Bahaya!