Ada antara kanak-kanak memang payah untuk menjamah nasi. Mereka lebih sukakan makanan ringan seperti keropok atau gula-gula. Jadi untuk membantu anda, di sini ada 8 resepi untuk kanak-kanak yang ibu boleh buat dari rumah.
Ada juga ibu bapa suka menyuap anak-anak dengan bubur yang dimasak sendiri, tetapi ditambah sedikit dengan gula dan garam, sehingga anak-anak terbiasa dengan makanan berperisa apabila membesar.
Namun demikian, ibu bapa tak perlu risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ibu bapa boleh memikirkan hidangan ringkas dan menarik untuk anak-anak, sesuai dengan peringkat usianya. Hidangan yang diolah seharusnya juga sesuai untuk orang dewasa agar hidangan ini boleh dinikmati untuk semua peringkat umur.
Resipi-resipi dibawah adalah untuk bimbingan dan anda bolehlah menambah atau menggantikan bahan tersebut. Semua resipi adalah senang dimasak dan sedap dimakan.
Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ibu Boleh Sediakan Dari Rumah
#1. Resepi untuk anak – Cucur Nasi
Kisar nasi secawan. Potong ½ lobak merah, ½ bawang merah dan segenggam kecil daun sup. Masukkan semua bahan dalam 1 cawan tepung gandum. Kacau sehingga sebati, tambah sebiji telur dan goreng.
Udang atau ikan bilis juga boleh ditambah untuk dijadikan cucur udang atau cucur ikan bilis.
#2. Spaghetti carbonara
Bahan yang ringkas dan mudah. Untuk kuah spagetti, cukuplah dengan memasak 500ml susu segar bersama potongan ½ lobak merah, 400gram ayam dan 1 bawang. Masukkan keju Mozzarella dan gaul sekata.
Rebus spagetti dan apabila masak, tuang kuah spagetti ke atas spagetti yang telah disediakan di dalam pinggan. Anak pasti menyukainya.
#3. Makaroni bakar
Baki kuah dari spaghetti carbonara bolehlah digaul bersama makaroni yang telah direbus dan juga keju cheddar, dan dimasukkan ke dalam ketuhar. Anak pasti berselera dengan bau keju tadi dan mesti makan dengan penuh selera.
#4. Bihun goreng Singapore
Bihun goreng Singapore adalah bihun goreng yang digoreng tanpa menggunakan apa-apa jenis sos dan kicap. Tumis 1 bawang besar, 1 bawang merah dan sedikit 2-3 ulas bawang putih serta ayam atau udang. Masukkan bihun yang telah direbus lembut.
Hidangkan di dalam pinggan bersama telur goreng scramble. Tentu anak anda makan dengan penuh berselera sehingga menjilat jari.
#5. Pizza
Roti pizza senang didapati di semua kedai bakeri. Sapukan sos spaghetti di atasnya, sosej, ham, ayam rebus yang telah dicarik-carik, letakkan cendawan butang, tomato dan bawang besar yang telah dipotong serta ditutup dengan kepingan atau parutan keju.
Anak pasti sangat menyukai hasil tangan ibu.
#6. Nasi ayam
Air rebusan ayam dimasakkan dengan nasi. Ayam yang telah direbus tadi gorenglah sehingga lembut. Hanya garam sebagai penambah perisa. Potong sayuran pilihan anak-anak, dan juga ayam tadi. Hidangkan, seisi keluarga pasti menyukainya.
#7. Biskut chip coklat
Kurangkan membeli makanan dari kilang, terutamanya biskut kerana kandungan gula yang tinggi.
Dalam mangkuk sederhana, kacau tepung, serbuk penaik , baking soda , garam, oat, dan pecans bersama-sama dengan pemukul atau garpu.
Dalam mangkuk besar, pukul mentega , gula perang, dan gula pasir bersama-sama selama 30 saat sehingga sebati dan tambahkan telur. Setkan pengadun ke tetapan terendah dan secara beransur-ansur menambah campuran tepung oat. Blend hanya untuk menggabungkan, kemudian campurkan dalam cip coklat.
Dengan jari yang dibasahkan, ratakan doh sedikit. Bakar selama 9 minit , biskut telah dimasak apabila berwarna keperangan. Biar biskut sejuk.
#8. Pankek Pisang
Pankek pisang adalah hidangan paling senang dan sangat berkhasiat. Kemanisan dari pankek adalah dari gula semulajadi, iaitu pisang. Lecekkan 1 pisang saiz sederhana dengan 2 biji telur besar. Gaul sehingga sebati. Sedukkan dalam kuali “non stick” dan masak dengan api perlahan sehingga campuran habis dimasak. Pankek sedap dimakan bersama madu atau hirisan buah pisang.
Olah resepi sendiri. Jangan hanya berpandukan buku resipi.
Suaplah makanan ke dalam mulut anak semasa menonton televisyen atau bermain dengan mainan, elakkan memaksa anak makan. Pasti mereka akan makan sedikit walaupun tidak mampu habiskan.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Lauk Resepi Ayam Untuk Anak Yang Pasti Sedap – Jangan Terkejut Kalau Anak Minta Tambah Nasi Lagi!
Baca juga: 5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!
Baca juga: Variasi 5 resepi roti yang mudah dibuat, anak pasti suka nak makan