Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak cemerlang dalam bidang akademik? Jadi untuk entri kali ini, kami di theAsianparent Malaysia akan kongsikan 9 cara membuat anak pintar.
Secara lazimnya, kebahagiaan ibu bapa terletak pada kejayaan anak. Tak kira dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Pendek kata, kalau boleh, piala dan sijil kecemerlangan yang tertera nama anak sudah cukup membanggakan.
Selain mendapatkan pelajaran di sekolah, tadika mahupun mana-mana pra sekolah, ada beberapa faktor lain yang boleh membuatkan anak lebih cepat pintar.
Berikut sebahagian daripadanya:
9 cara membuat anak pintar
1) Main permainan yang menggunakan daya pemikiran
Antara permainan yang menggunakan pemikiran adalah seperti catur, teka teki silang kata dan sudoku. Dengan permainan ini, ia sekaligus dapat mendorong strategi pemikiran anak.
Anak juga perlu berfikir cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih kompleks.
2) Bermain muzik
Seterusnya adalah bermain muzik kerana ia boleh merangsang pertumbuhan otak kanan anak.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Universiti Toronto, subjek muzik yang diajarkan di sekolah dapat meningkatkan IQ anak dan prestasinya dalam akademik.
Semakin lama anak bermain peralatan muzik maka kesan yang dihasilkan bertambah bagus.
3) Menyusu badan
Penyusuan susu ibu merupakan makanan otak yang paling penting. Penelitian dan kajian yang dilakukan saintis menunjukkan kelebihan minum susu badan yang ada kaitan dengan pertumbuhan bayi.
Anak yang minum susu badan secara eksklusif akan memiliki tingkat kepintaran yang lebih tinggi berbanding anak yang minum susu badan hanya beberapa bulan sahaja.
4) Memberi galakan untuk anak ceburi bidang olahraga
Pengkaji di Universiti Illinois mengatakan hubungan antara olahraga dan prestasi akademik saling berkait rapat antara satu sama lain.
Jika anak kuat bersukan, maka kemampuannya menerima pelajaran juga semakin meningkat.
Sebaiknya ibu bapa mendorong anak untuk sentiasa membabitkan diri dengan aktiviti olahraga di sekolah supaya selaras dengan minat mereka.
5) Elak makanan segera
Kurangkan makanan manis, berlemak dan fast food kepada anak. Gantikan makanan anak dengan zat dan nutrisi tinggi supaya perkembangan mental anak berkembang dengan lebih baik. Lakukan ini seawal usia 1 hingga dua tahun pertama.
Hal ini kerana, anak memerlukan perkembangan jaringan otak yang sihat. Jika anak mengalami kekurangan zat besi akan membuatnya lambat terima rangsangan.
6) Sentiasa ada rasa ingin tahu terhadap perkembangan anak
Para saintis mengatakan ibu bapa yang menunjukkan rasa ingin tahu pada aktiviti anak dapat mendorong mereka untuk mencari idea-idea baru sehingga merangsang otaknya berfikir.
Selain itu, pendidikan di luar rumah juga dapat mengembangkan intelektual anak.
7) Banyakkan membaca
Membaca merupakan cara mudah bagi meningkatkan pembelajaran dan perkembangan kognitif anak sejak usia kecil lagi.
Cara ini boleh dimulai dengan membacakan anak buku cerita sebelum masuk tidur. Selain menghadiahkan buku-buku yang boleh menarik minatnya untuk membaca.
8) Meningkatkan kepercayaan diri anak
Di samping itu, suntikkan rasa semangat dan yakin dengan kejayaan anak-anak.
Bahkan, kegiatan sosial yang dianjurkan pihak sekolah membantu meningkatkan kepercayaan diri anak bersama rakan-rakannya.
9) Menyediakan sarapan sihat
Terakhir ini adalah paling penting iaitu ibu harus rajin menyediakan sarapan yang sihat buat anak-anak supaya dapat meningkatkan memori dan tumpuan belajar di sekolah.
Hal ini kerana, anak-anak yang tidak mendapatkan sarapan cenderung mudah marah dan kurang tumpuan sewaktu belajar.
Tetapi, anak-anak yang mengambil sarapan pagi tetap fokus dan bertahan selama beberapa jam di sekolah.
Semoga 9 cara membuat anak pintar ini bermanfaat untuk anda. Silakan share!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Health Detik
Kredit gambar: The Vocket
Baca juga: