TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Ayah Buat TAK TAHU SAJA Lihat Abang Cabul Adik Angkat Di Tempat Umum!

11 Sep, 2017
Ibu Ayah Buat TAK TAHU SAJA Lihat Abang Cabul Adik Angkat Di Tempat Umum!

Foto seorang remaja mencabuli adik angkat di tempat umum ini telah mengejutkan warga internet. Mari ketahui beberapa sebab gangguan seksual boleh berlaku dalam sesuatu keluarga.

Berita ini sangat mengejutkan! Kami di theAsianParent Malaysia benar-benar berharap keadilan dapat ditegakkan, dan gadis kecil ini tidak akan mengalami hal serupa di masa depan.

Abang cabul adik angkat sendiri

Baru-baru ini, seorang saksi telah merakam gelagat seorang remaja, dikenali sebagai Duan, yang asyik mencabuli adik angkatnya sendiri di tempat umum, tanpa rasa bersalah.

Foto tersebut dengan cepat tersebar melalui sosial media Weibo, dan telah menggemparkan warga China.

Seperti dilaporkan oleh AsiaOne, foto tersebut telah tersebar sejak 12 Ogos 2017, dan insiden berikut terjadi di stesen kereta api Nanjing Selatan di China. 

Menurut saksi yang mengambil foto tersebut, keluarga itu terdiri daripada ibu ayah dan seorang lelaki remaja yang sedang duduk di ruang menunggu.

Sementara itu, terdapat juga seorang gadis kecil, usia kira-kira 12 atau 13 tahun, berdiri di samping mereka.

Tak berapa lama, si remaja yang berusia 18 tahun tersebut meminta si gadis kecil yang merupakan adik angkatnya, duduk di pangkuannya.

abang cabul adik angkat tempat umum

Abang cabul adik angkat di tempat umum tanpa rasa bersalah. Sumber foto: Weibo

Tak disangka, ia kemudian memasukkan tangannya ke dalam baju si adik dan mulai meraba-raba payudaranya di depan umum!

Yang lebih mengejutkan lagi, gadis tersebut kelihatan biasa dan tidak melawan. Bahkan, kedua ibu ayahnya juga tidak menegur atau kelihatan marah.

Saksi bernama Chen, mengatakan kepada AsiaOne,

“Pada awalnya, saya melihat gadis tersebut duduk di pangkuan remaja lelaki itu, dan saya ingat dia sedang menggeleteknya. Saya tercengang apabila menyedari yang tangannya tidak berada di pinggang anak perempuan itu, tapi di dadanya!”

Selama dicabuli, gadis itu hanya bermain dengan penselnya dan sama sekali tidak melawan.

Ayah remaja itu kemudian menyedari yang orang-orang di sekeliling mula mengawasi mereka, dan meminta anaknya itu untuk berdiri dan meninggalkan tempat itu.

Saksi ingin tindakan tegas diambil

Chen sangat risau dengan keselamatan gadis kecil itu. Dia segera memberitahu Chen Lan, seorang penulis dan pekerja LSM yang bekerja untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa kekerasan atau cabul.

Chen Lan kemudian telah menyiarkan foto tersebut dan melaporkannya ke pihak polis.

Kini remaja laki-laki tersebut telah ditangkap, dan jika terbukti bersalah, ia akan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara.

Namun, Chen Lan masih khuatir yang budak itu akan dilepaskan tanpa sebarang tindakan.

“Pihak berkuasa mungkin akan memberikan banyak alasan dan menyangkal bahawa itu adalah gangguan seksual. Mereka mungkin berkeras bahawa itu merupakan sentuhan normal dalam keluarga mereka.”

Dia juga sangat menginginkan anak gadis perempuan yang telah diambil sebagai anak angkat sejak tahun 2009 tersebut dikembalikan ke keluarga mereka sementara siasatan dijalankan.

Gangguan seksual di dalam keluarga

Insiden ini sungguh menyedihkan, tapi sememangnya, kebanyakan kes gangguan seksual kanak-kanak banyak terjadi di kalangan keluarga mangsa sendiri.

Pesalahnya pula kerap terdiri daripada anggota keluarga atau kenalan si mangsa.

Sebab itulah, apabila kekerasan atau gangguan seksual terjadi, si mangsa menjadi sukar untuk memberikan keterangan kerana beberapa sebab berikut:

  • Tidak sedar yang apa dialaminya satu bentuk gangguan seksual; gangguan seksual tidak selalunya menimbulkan rasa sakit, jadi mangsa tidak merasa dipaksa ketika dicabul.

Dan dalam insiden yang terjadi pada gadis kecil di atas, gangguan seksual itu mungkin telah terjadi untuk jangka masa yang lama, sejak mangsa masih sangat kecil lagi.

Sehingga si mangsa cenderung untuk percaya yang pencabulan tersebut adalah sebahagian daripada interaksi normal antara saudara kandung!

  • Si mangsa mungkin menikmatinya; sekali lagi, gangguan seksual tanpa rasa sakit boleh menimbulkan kefahaman yang menyesatkan.
  • Rasa takut terhadap pelaku; si mangsa juga mungkin cenderung untuk berasa takut (atau kadangkala kasihan) terhadap si pelaku, dan merasakan yang jika mengadu, dia akan mendapat masalah.
  • Risau terhadap reaksi orang tua; ramai mangsa berasa risau yang jika dia menceritakan apa yang terjadi, dia akan menyakiti perasaan ibu ayah mereka. Juga anggapan bahawa hal-hal yang terjadi dalam keluarga harus dijaga sendiri. Istilah ‘aib keluarga‘ seringkali menghalang si mangsa untuk menegakkan kebenaran.

Bagaimana pendapat anda, ibu ayah? Pernahkah anda melihat atau mengalami sendiri kes seperti ini? Mari berkongsi pengalaman dan pendapat di ruangan komen ya.

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?
Ini Cara Untuk Terap Tabiat Wang Sihat Dalam Anak Remaja Anda
Ini Cara Untuk Terap Tabiat Wang Sihat Dalam Anak Remaja Anda
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Baby Signing Basics
Baby Signing Basics

Remaja Kini Makin Berani & Terbuka Bercakap Mengenai Seks Di Online, Ibu Ayah Sila Alert!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Ayah Buat TAK TAHU SAJA Lihat Abang Cabul Adik Angkat Di Tempat Umum!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham