Anak Kurus & Pendek Tanda Masalah Perkembangan? Ibu, Ini Cara Bagi Mengatasinya!

Abbott Malaysia telah melancarkan PediaSure GrowthCam bagi membolehkan ibu ayah memantau perkembangan berat dan ketinggian anak agar seiring dengan usia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda bahawa kajian yang dilakukan mendapati hampir 60 peratus perkembangan anak-anak terbantut dalam tempoh lima tahun pertama mereka? Memahami akan kebimbangan ibu ayah mengenai perkara ini, pihak Abbott Malaysia melancarkan Pediasure GrowthCam dalam menyokong tumbesaran si manja.

1 daripada 5 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah mengalami masalah kekurangan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tanpa pengawalan tepat, si manja cenderung memiliki bentuk fizikal lebih kecil dan berupaya memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan, prestasi di sekolah serta kemampuan bekerja masa hadapan.

Abbott Malaysia memperkenalkan Pediasure GrowthCam

foto: freepik

Tempoh kehidupan lima tahun pertama amat penting bagi kanak-kanak. Salah satu aspek perlu diutamakan ialah pemakanan yang betul bagi menyokong potensi tubuh badan untuk berkembang sepenuhnya. 

Namun rata-rata ibu mengakui bahawa ia bukanlah perkara yang mudah dan menjadi cabaran dalam membesarkan anak-anak. Perkembangan tidak stabil merupakan salah satu bentuk kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan sebanyak 57 peratus ibu ayah langsung tidak menyedari bahawa anak-anak mereka berdepan risiko tumbesaran terbantut.

Bagi membantu ibu ayah mengenali tanda-tanda kekurangan zat makanan dan menjaga perkembangan si manja agar berada di landasan yang betul, Abbott telah melancarkan Pediasure GrowthCam.

Ia merupakan salah satu medium pengukuran ketinggian, sumber dalam talian yang memberi sokongan kepada ibu ayah dan membantu anak-anak membesar pada tahap optimum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Pengarah Perubatan, Perniagaan Pemakanan Abbott di Malaysia, Dr. Nina Mazera, perkembangan yang perlahan bukan hanya masalah fizikal. Ia mampu memberi kesan kepada proses pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak.

Abbott Malaysia- PediaSure GrowthCam memudahkan pemantauan ibu ayah

''Kami mengambil langkah dengan melancarkan PediaSure GrowthCam bagi membolehkan setiap keluarga menyedia kepentingan pemakanan dalam menentukan tahap perkembangan anak, terutamanya pada beberapa tahun pertama mereka.''

''Ia memberi akses kepada alat pengukuran dan bahan pendidikan pemakanan untuk menyokong ibu ayah bagi membolehkan kita membantu anak-anak mencapai potensi pertumbuhan sepenuhnya.'' jelas Dr. Nina.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pediasure GrowthCam merupakan Filter Augmented Reality (AR) yang inovatif membolehkan ibu ayah mengukur ketinggian anak-anak hanya dalam beberapa saat mengikut standard usia dan jantina mereka.

Selain itu ibu ayah juga dapat mengakses alat dan sumber lain yang berguna melalui:

  • Ramalan ketinggian- kalkulator ketinggian ini boleh digunakan oleh anda bagi mengukur status perkembangan anak dan mengetahui cadangan pemakanan yang bersesuaian
  • Garis Panduan Pemakanan & Rancangan Makanan- ia berdasarkan Pinggan Sihat Malaysia, panduan visual yang mudah difahami bagi mendorong tabiat makan secara sihat melalui konsep Suku Suku Separuh
  • Resipi untuk kanak-kanak- Senarai resipi ringkas dan berkhasiat untuk anak yang memilih makan dan aktif bermain memerlukan makan lebih kerap
  • Abbott's Nutrition Careline- perkhidmatan kaunseling pemakan untuk ibu ayah

Pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil menjelaskan bahawa tanpa pengambilan makanan dengan betul, perkembangan si manja boleh menjadi tidak stabil dan menyebabkan masalah gangguan kognitif yang serius kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana perkembangan anak yang terbantut ini dapat dicegah dengan beberapa langkah berikut:

  • Mengatasi kekurangan zat makanan dengan lebih awal
  • Mengaktif semula potensi perkembangan si manja
  • Faktor persekitaran yang sihat
  • Pemantauan perkembangan anak seiring dengan usia dan jantina

Nutrisi pemakanan yang cukup elemen utama perkembangan si manja

''Melalui program ini, kami dapat memberi kuasa kepada ibu ayah mengenal pasti risiko masalah perkembangan dan langkah proaktif dalam menyokong anak-anak mereka.'' kata Pengurus Besar Perniagaan Pemakanan Abbott Malaysia.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan nutrisi, ibu ayah boleh memberi mereka makanan tambahan seperti PediaSure Plus. Ia terbukti secara saintifik bagi menyokong perkembangan berat, ketinggian dan sistem imunisasi yang lebih kuat pada kanak-kanak.

PediaSure Plus turut mempunyai 38 nutrien termasuklah Arginine dan vitamin K2 semula jadi. Ia adalah supplemen no.1 yang disyorkan oleh kebanyakan pakar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai PediaSure GrowthCam, anda boleh melayari pediasure.com.my/.

Ibu bapa boleh berkongsi kisah mengenai perjalanan pertumbuhan anak-anak di Facebook atau Instagram dengan hashtag #RealMomsRealGrowth dan ikuti MY Abbott Cares Facebook.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berat Badan Kurang & Tubuh Anak Kecil Tanda Perkembangan GAGAL, Ibu Sila Take Note!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan