X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Kencing Dah La berdiri, Main Pancut Merata!"- Selagi Tak Lulus, Ibu Ayah TOLONG Urus Anak Ke Tandas!

4 min bacaan
"Kencing Dah La berdiri, Main Pancut Merata!"- Selagi Tak Lulus, Ibu Ayah TOLONG Urus Anak Ke Tandas!

Jangan cincai saja ajar anak adab di tandas ya, takut masih berbau pula nanti!

Bila anak meningkat usia 5-6 tahun, adalah afdal untuk ibu ayah mengajar anak cara membersihkan diri selepas buang air.

Malah, sebaik-sebaiknya mereka diajar adab buang air yang lebih sempurna agar bukan sahaja menjaga kebersihan diri sendiri, malah untuk kebaikkan orang lain juga.

Mungkin sesetengah ibu ayah anggap ini perkara yang leceh dan biarkan anak pandai sendiri saja. Namun sebenarnya lebih baik ibu ayah yang ajar adab buang air ini ya, kalau tidak malu pula nanti bila anak sekolah rendah dia masih tidak tahu menguruskan diri sendiri semasa di tandas.

Adab Buang Air: Pentingnya Ajar Anak Buang Air Kencing Dengan Sempurna

cara guna tandas

sumber: youtube

Anak-anak mudah teruja, jadi kadangkala bila terlalu asyik menonton cerita kegemaran pun dia sanggup tahan nak ke tandas. Kalau dah masuk tandas, boleh pula anak kencing cepat-cepat atau separuh saja sebab disuruh.

Tahan kencing atau tak habis kencing boleh memudaratkan kesihatan sebenarnya Jadi seboleh-bolehnya kena ajar anak yang buang air itu satu keperluan yang harus diselesaikan dengan sempurna.

Berikut merupakan sebahagian dari perkongsian dari saudara Khairul Anuar Basri di Facebook.

Saya masih ingat pesan Tuan Mudir sekolah menengah saya dulu (Almarhum Ustaz Haji Nawawi bin Haji Salleh) dalam satu kuliah Subuh. “Kencing orang lelaki ni dia macam air dalam gelas. Bila kita minum air tu sampai habis, kita ingat memang air tu dah habis. Tapi bila kita letak gelas tu sekejap, kemudian kita ambil dan terbalikkan gelas tu, kita akan nampak ada lagi baki air beberapa titik. Itulah air kencing yang masih berbaki”. Nampak? Faham? Sebab tu kena ajar anak lelaki kita (anak perempuan pun sama kot) buat beberapa perkara lepas kencing. ✅ Bertenang sekejap beberapa saat. ✅ Urut kemaluan beberapa kali. ✅ Berdehem beberapa kali. ✅ Pastikan betul-betul puas dan habis kencingnya. ✅ Basuh kencing dengan cermat dan teliti. Kalau tak, sia-sia je nanti air kencing masih terkeluar dan kena pada seluar, kain pelikat atau seluar dalam. Pakai masa solat pun, solat jadi tak sah.

Itu baru cerita kencingnya dan apa perlu dibuat lepas kencing. Belum lagi kita cerita cara kencing. Ini pun ada isu dan masalah besar jugak. Semuanya bermula dari kesedaran ibu bapa tu sendiri. Cakna tak caknanya ibu bapa dalam mendidik anak bab bab thoharah ni.

Ajar Anak Cuci Najis Dengan Betul, Penting Untuk Menjaga Kebersihan

adab di tandas, adab buang air

Kadang-kadang bila nampak anak dah boleh masuk dan keluar tandas sendiri, ibu ayah terus anggap anak dah tak perlu bimbingan kita. Tapi ibu ayah yakin ke yang anak dah cuci betul-betul dengan sabun, ke tak basuh tangan langsung?

“Walaupun wudhu’ kita sempurna, tapi kat atas lantai, kat atas kain lap kaki depan pintu tandas tu macamana pula? Takde ke kesan najis anak-anak yang tak sempurna cara kencing dan basuhnya tu?” “Tak merecik ke air yang diorang basuh kemaluan sambil berdiri tu tadi?

Ini perkara penting yang ibu ayah perlu pesan kepada anak berulang kali, kalau boleh tengokkan sampailah si anak betul-betul boleh melakukannya.

✅ Jangan buka seluar separuh-separuh gitu-gitu je dalam tandas. Buka semua, sangkut kat pintu ke, apa ke.

✅ Kencing kena duduk elok-elok. Sebab air kencing tu, lagi rendah, lagi kurang percikannya.

✅ Air kalau guna getah (kita panggil apa ntah benda tu, yang sambung kat kepala paip tu, nak buat basuh tu), bila basuh kemaluan, pastikan rendah juga. Kalau tinggi nanti terpercik merata-rata.

✅ Bila basuh kemaluan, basuh sekali paha dan kakinya. Sebab kita tak tahu percikan air kencing tadi sangat halus. Kalau main zass zass zass dah siap, alamatnya ada la bahagian yang tak suci betul lepas kencing tu.

adab buang air

✅ Jangan lupa jirus dan alirkan air di sekitar tempat kita basuh kencing tu jugak. Kalau dekat dengan dinding, jangan lupa dinding tu sekali. Lebih lagi la kalau yang suka kencing pancut ke dinding. Bukan saja najis, tapi hancing bau air kencing tu memang kita boleh bau bila kita masuk bilik air lepas tu.

✅ Basuh sekali lagi kaki bila nak keluar dari bilik air. Jangan kedekut sangat untuk pastikan kebersihan ni.

Itulah antara beberapa panduan yang kita nak kena ajar dan pastikan anak-anak kita mahir sejak umurnya masih kecil. Barulah mereka akan tahu dan faham pentingnya kebersihan.

Semoga artikel tentang adab buang air ini bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kencing Dah La berdiri, Main Pancut Merata!- Selagi Tak Lulus, Ibu Ayah TOLONG Urus Anak Ke Tandas!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr  Zubaidi Hj Ahmad

Baca juga:

https://my.theasianparent.comajar-anak-anda-guna-tandas-dalam-masa-3-hari-sahaja-kaedah-potty-training-ini-sangat-berkesan

 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • "Kencing Dah La berdiri, Main Pancut Merata!"- Selagi Tak Lulus, Ibu Ayah TOLONG Urus Anak Ke Tandas!
Kongsikan:
  • Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

    Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

  • Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

    Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

    Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

  • Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

    Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.